Friday, 20 July 2012

'BUJANG SENANG' RAKSASA, DITANGKAP KERANA PECAHKAN REKOD DUNIA

SEEKOR buaya air masin telah berjaya ditangkap di Bunawan, Agusan del Sur, di dalam kepulauan Filipina. 100 orang dan sebuah kren terpaksa digunakan untuk menarik naik buaya 'raksasa' itu dari muara sungai kecil!


Buaya yang dinamakan sempena nama seorang pegawai kerajaan yang terbunuh dalam usaha menangkapnya, Lolong berukuran panjang 20.24 kaki (6.17 meter) dan beratnya lebih dari satu tan. Reptilia gergasi ini berjaya memecahkan catatan Rekod Dunia Guiness kerana buaya terbesar yang pernah ditangkap sebelum ini yang berukuran 17 kaki dan beratnya tidak sampai 1 tan.

Datuk Bandar, Edwin Cox Elorde berkata, “Perasaan kami berbaur, antara kebanggaan sebagai bukti tempat kami kaya dengan biodiversiti dan kebimbangan jika bukan seekor Lolong saja yang berada di sekitar kepulauan ini."

Lolong kini menjadi tarikan utama di taman ekologi Bunawan, dan membantu bandar itu mengaut 3 juta pesos (US$72,000) setakat ini. Kebanyakan wang tersebut digunakan untuk membeli makanan buaya dan pengurusan taman itu.

Setiausaha Alam Sekitar & Sumber Asli Filipina, Ramon Paje berkata, pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness akan turut membantu meningkatkan kesedaran penduduk tentang peri-pentingnya penjagaan alam sekitar.



<  PUTRAJAYA ONLINE

KDN SAHKAN JI-KOMUNIS ADA DALAM POLITIK PEMBANGKANG.....???!!!



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.
  
Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu.
  
"Setakat ini saya tiada terima maklumat hubungkait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
  
Sebarang maklumat mengenai ancaman itu tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai, katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan polis bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dalam syarahannya di Parlimen semalam, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Polis Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Hishammuddin berkata maklumat seperti itu cukup sensitif kerana ia mungkin datang daripada badan dan agensi keselamatan antarabangsa yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam sehingga ia disiasat dan diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta polis Selangor mengadakan sidang media mingguan bagi menyebarkan sebarang isu berbangkit termasuk kadar jenayah semasa di negeri itu.

Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan mengetahui keadaan tahap jenayah sebenar yang berlaku di negeri itu.



GELOMBANG RAKYAT

LKS MINTA PDRM TUNJUK BUKTI ATAU TARIK BALIK KENYATAAN....!!!

Lim Kit Siang

SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik kenyataan pegawai kanannya semalam, yang mendakwa pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresapi parti-parti pembangkang dalam usaha untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau juga mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan nama pemimpin semasa DAP dan Pakatan Rakyat (PR) atau mana-mana ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang rapat dengan pengganas JI atau komunis.

KENYATAAN YANG AKAN BUAT PEMBANGKANG SESAK NAFAS..!!!


Rizab Antarabangsa Bank Negara berjumlah RM429.4b






KUALA LUMPUR, 20 Julai — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM429.4 bilion (bersamaan US$134.4 bilion) setakat 13 Julai.
Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan ia adalah 4.3 kali hutang luar jangka pendek, kata bnak pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah mata wang asing (US$121.2 bilion); Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$800 juta); hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.9 bilion); emas (US$1.9 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$8.6 bilion).
Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa, dicatatkan pada RM479.723 bilion.
Lain-lain asetnya termasuk kertas kerajaan Malaysian (RM2.126 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM29.133 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM10.211 bilion); dan lain-lain aset (RM8.858 bilion).
Liabilitinya termasuk modal berbayar (RM100 juta); dana rizab am (RM14.368 bilion); lain-lain rizab (RM18.322 bilion); mata wang dalam kitaran (RM63.071 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM171.116 bilion); deposit kerajaan persekutuan(RM23.004 bilion); lain-lain deposit (RM10.497 bilion); kertas-kertas Bank Negara (RM144.219 bilion); peruntukan SDR (RM6.459 bilion); dan lain-lain liabiliti (RM28.564 bilion). — Bernama

'THE GARBAGE CITY'

Jika bandar Guiyu terkenal sebagai e-waste city (kota sampah elektronik), bandar Manshiyat Naser di Mesir ini terkenal sebagai bandar sampah dalam erti sebenarnya (Garbage City). 

Gambar-gambar yang diambil oleh Bas Princen ini memperlihatkan bagaimana setiap sudut di kota ini "dimanfaatkan" sebagai tempat sampah.



http://discussion.socalskateparks.com/photopost/data/500/egypt_garbage_city.JPG
 

http://www.rafahtoday.org/newsphotos/07/april/22/gaza%20city.jpg
 

http://static.panoramio.com/photos/original/931569.jpg
 

Kalau anda mengira ini kota mati atau tidak ada penghuninya, itu ertinya salah besar kerana memang Garbage City adalah kota yang ramai penduduknya. 


http://static.panoramio.com/photos/original/7738844.jpg
 

http://www.guernicamag.com/incl/img/upl/2007/08/Egypt001.jpg
 

Dan tidak heran juga kalau di kota ini juga terdapat banyak warga yang kerjanya memungut sampah  yang akan menjual kembali sebagian sampah yang masih boleh dijual seperti botol plastik dan lainnya.

***Rasa macam tak percaya, tapi itulah kenyataan.... agaknya bagaimanakah cara mereka menikmati udara yang sihat tanpa bau busuk dari sampah...? Atau mereka dah lali dengan semua itu...?
Bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati di bumi Malaysia.....

MATI DITEMBAK KETIKA TUNGGU ISTERI




SEGAMAT - Seorang jurujual mati ditembak sebanyak tiga das ketika sedang menunggu isterinya selesai bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Utama, di sini awal pagi ini.


Dalam kejadian pukul 2.50 pagi itu, mangsa, Asnan Yunus, 28, dari Felda Palong Timur mati di tempat kejadian setelah tembakan itu mengenai rusuk, tengkuk dan bawah telinga sebelah kiri.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Md. Anuar Ismail berkata, semasa kejadian mangsa sedang menunggu di dalam keretanya tidak jauh dari sebuah kedai serbaneka. - UTUSAN

ADAKAH ANDA TERMASUK GOLONGAN YANG CUBA MENSABOTAJ USAHA RASULULLAH SAW....???


KUALA LUMPUR  – Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya meminta agar semua umat Islam di negara ini, terutama yang terlibat dalam dunia politik agar tidak menjadikan masjid medan berceramah soal-soal politik yang menjurus kepada umpatan dan kejian khususnya di bulan Ramadan ini.
Menurutnya,  Ramadan merupakan sebuah bulan di mana umat Islam sepatutnya perlu berlumba-lumba dan berusaha untuk dengan memperbaiki akhlak serta amal ibadah selaras dengan pentunjuk Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Katanya lagi,  larangan ini jelas berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud,  “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
“Hadis tersebut jelas memperlihatkan bahawa Nabi saw melarang kita bertengkar dan memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi di dalam masjid. Kita sebagai umat Islam tidak boleh menggunakan masjid sebagai medan untuk menyebarkan fitnah, mencerca dan memaki hamun orang lain, yang boleh mengundang perpecahan, “ tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Jelas beliau, jika ada orang-orang yang menggunakan masjid sebagai tempat untuk menghasut, mencerca dan mengata orang lain, mereka itu sebenarnya telah menyalahi sunnah Nabi Muhammad saw di mana baginda menjadi masjid itu sebagai satu tempat umat Islam bersatu, bukan sebaliknya.
“Masjid merupakan simbolik kepada perpaduan ummah. Masjid merupakan usaha Rasulullah saw  untuk menyatukan ummah.  Dan fungsi itu sepatutnya dikekalkan sehingga ke hari ini. Tapi ada di antara kita hari ini cuba menukar fungsi masjid itu kepada medan umpat mengumpat dan mengata sesama sendiri semata-mata kerana perbezaan ideologi politik.
“Golongan yang menggunakan rumah Allah ini sebagai tempat untuk menceritakan keburukan orang lain sebenarnya tanpa disedari, mereka sedang mensabotaj usaha Nabi Muhammad s.a.w. dengan meruntuhkan fungsi masjid sebagai simbolik perpaduan umat Islam  dengan menukar fungsi masjid sebagai medan perbalahan dan perpecahan,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua umat Islam di negara ini agar memanfaatkan sepenuh bulan Ramadan ini, dengan melibat gandakan amalan dan memperkemaskan akhlak diri dengan cara yang bertepatan berdasarkan petunjuk Al Quran dan Sunnah untuk mendapatkan kurniaan syurga Allah di akhirat kelak.