Saturday, 5 May 2012

KHALID ISMATH : HASRAT NAK BUNUH SEMUA PDRM TIDAK KESAMPAIAN, KINI DALAM TAHANAN..???


KUALA LUMPUR – Aktivis pelajar, Khalid Mohd Ismath yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan ‘semua polis patut dibunuh’ dipercayai telah ditahan untuk siasatan.
Bagaimanapun kesahihan mengenai berita itu belum dapat dipastikan kerana pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Namun khabar angin mengenai penahanannya kini bertiup kencang.
Ini berikutan kehadiran aktivis pelajar itu di Balai Polis Pudu dipercayai untuk diambil keterangan pagi tadi
Kumpulan gerakan Occupy Dataran awal-awal lagi sudah menulis dalam akaun Twitter mereka meminta agar rakan mereka itu dibebaskan.

Khalid 'Nak Bunuh Polis' Sudah Ditahan?

Semalam sebuah NGO yang mengelar diri mereka sebagai Waris Wawasan (Waris) menghantar memorandum bagi mengesa pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tatatertib ke atas Khalid.
Memorandum disampaikan wakil Waris, Kamal Maarof Abd Jamal kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Lobi Canselori.
Waris dipercayai bertindak menghantar memorandum itu kerana kurang berpuas hati dengan sikap Khalid yang mengeluarkan kenyataan ‘membunuh polis’ dan beberapa tindak-tanduknya yang dikata memalukan UiTM.
Khalid yang sering digelar mahasewel oleh penulis blog juga pernah ditegur seorang editor kanan sebuah akhbar kerana hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2 di sebuah universiti yang ditubuhkan semata-mata untuk membantu pelajar Melayu sepertinya.
Berikut adalah di antara posting rakan FB penulis...
Siapakah pemuda di dalam gambr di atas...???



ADA SABOTAJ DALAM PARTI UNTUK JATUHKAN AZMIN ALI..???


PKR nampaknya segera mahu cuba ‘tutup lubang’ cerita pasal gambar aksi panas lelaki mirip Azmin Ali yang tersebar meluas sekarang.

Ingat lagi isu dakwaan video seks 99.9 peratus tulin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Begitulah jalan ceritanya dalam bab ini yang melibatkan Timbalan Presiden PKR ini.

Hukum akal kata... tiada siapa dalam dunia ini yang buat salah...akan mengaku.

Jalan mudah...tiada siasatan akan dibuat sama ada dakwaan babitkan Azmin betul atau tidak.

Segalanya dianggap beres dengan satu penafian sahaja,

Itulah benchmark kepimpinan PKR.

Soal salah belakang kira, jika lubang sudah bocor senang saja...buat penafian atau saman pihak yang mendedahkan berita mengenai mereka.

Senang saja....itulah yang Azmin buat dalam menangani isu gambar-gambar aksi panas yang didakwa dirinya termasuk dalam tandas bersama seorang wanita.

Mungkin diarah... beberapa pemimpin PKR adakan sidang media di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya,Jumaat mempertahankan Azmin.

Mereka yang hadir bukan ramaipun.

Dan...seperti biasa, itu semula salah UMNO dan Barisan Nasional. Nak ulang...salah UMNO dan Barisan Nasional.

Antaranya Ketua Wanita Keadilan yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid serta ahli parlimen Petaling Jaya Utara Lee Loy San.

Selain itu beberapa pemimpin PKR negeri termasuk Datuk Fauzi Abdul Rahman dari Pahang.

Alasan mereka memang sempoi...kalau betul lelaki itu Azmin, kenapa tidak dilaporkan kepada polis, mengapa didedahkan blog yang pro UMNO?

Menjawab soalan Agendadaily dalam sidang media itu, Kamarul Baharin berkata, parti tidak perlu siasat sama ada pendedahan aksi panas Azmin itu benar atau sebaliknya.

“Azmin sudah nafi. Kami percaya,” katanya.

Pemimpin PKR yang hadir juga menolak perlunya parti melaporkan perkara itu kepada polis.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar, mereka tidak mahu lapor kerana khuatir jadi macam kes liwat pertama, Anwar dahulu.

“Anwar buat laporan tetapi beliau kena siasat dan dakwa,” ujarnya.

Zuraida pula berkata beliau tidak pasti siapa yang fitnah Azmin,

"Kita percaya Azmin tidak terlibat dan beliau difitnah dalam kes ini.

"Kami sangat mengenali Azmin. Jadi tidak kira apa pun, kami akan tetap mempercayai beliau tidak terlibat," katanya.

Bagaimanapun, Kamarul Baharin berkata,"yang perlu membuktikan ialah orang yang menuduh. Kenapa yang dituduh perlu buktikan. Jadi tak perlu kita jalankan siasatan kerana kita tahu ia satu fitnah.

"Tapi yang paling penting ialah pengakuan Azmin. Beliau memberi penjelasan kepada parti dan parti menerima...itu yang penting," katanya.

Ditanya sama ada mereka sudah mengambil kira pengakuan Umi Hafilda Ali yang yakin lelaki dalam tandas itu imej Azmin, Kamarul berkata: "Bagi kami dia tidak mempunyai kredibiliti."

Namun, dalam usaha tutup lubang pasal gambar-gambar panas lelaki menyerupai Azmin itu, Zuraida ‘buka lubang’ pasal kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu itu .

Khalid ketika ditanya pemberita Rabu lalu, hanya berkata,no comment.

Zuraida yang jelas berharap sangat Menteri Besar itu tampil garang mempertahankan Azmin ...nampak angin satu badan bila diminta mengulas mengenainya.

Beliau dakwa komen ringkas itu Khalid buka ruang rakyat untuk membuat tafsiran negatif kepada Azmin.

"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.

"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya.

Selain itu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menegur Abdul Khalid agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan khususnya kepada media.

"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti.

"Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.

Itulah kisah tutup lubang – gali lubang dalam PKR isu Azmin.

Cakap-cakap bengang Zuraida pasal ayat no comment oleh Khalid nampak macam ada lagi banyak lubang nak terbuka dalam PKR.

Maklumlah, bukan rahsia perang Azmin dan Khalid dalam PKR Selangor. Khalid jadi Menteri Besar tetapi akhirnya terpaksa serah jawatan Pengerusi PKR Selangor pada Azmin.

Banyak yang dikatakan tidak kena pasal hubungan mereka ini.

Sebab itu, bila ada wartawan tanya, mungkin ada sabotaj dalam parti untuk jatuhkan Azmin, Kamarul Baharin segera jawab, “ kita tidak dapat beri pandangan. Kita tak buat siasatan. Hanya terima pengakuan (Azmin) dan anggap benar serta akan dipertahan,”.

Kata 'no comment' pun salah...

-Agendadaily

EKSKLUSIF!!! HADI AWANG : ISLAM BUKAN AGAMA RASMI NEGARA JIKA PR MEMERINTAH!!! KARPAL SINGH TIDAK SETUJU!!!


PRESIDEN PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.
Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari Perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.
Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.
Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh Barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.
Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.
Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”
Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.
Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.
Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.
Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.
Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.
Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.
Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.
Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.
Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik.
Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.
Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?
Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?
Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?
Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.
Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.
Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?
Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.
Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi daripada cadangan yang beliau kemukakan.
Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?
- BERUANG BIRU

JEJAI, FASHA, TIDAK DIRESTUI IBU JEJAI...???

Ketidakhadiran Ibu Jejai Tanda Perkahwinan Tidak Direstu? NO KOMEN Kata Fasha

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.
Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.
“Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu,” ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.
Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.
Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
Fasha dan suaminya, Jejai.
Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri, Fasha berkata, dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia.
Tambah Fasha, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
“Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri,” ujarnya.
Sementara itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu.

ANGKARA NIK AZIZ : BOB KUMAN YG MENINGGAL, BOB LOKMAN JADI MANGSA...!!!

Nyaris Ditalkinkan Semasa Hidup

‘BEKAS’ artis bernama Bob Lokman pernah menggegarkan industri hiburan tanahair apabila mengumumkan untuk meninggalkan industri tersebut dan menyertai PAS sekitar tahun lepas.
Dimaklumkan, keputusan Bob Lokman itu ada kaitan dengan masalah keluarga yang dihadapinya yang kemudian mendorong Bob Lokman menyertai PAS, katanya untuk mencari syurga.
Secara peribadi, penulis pun tak tahu apa kaitan masalah keluarga dengan hasrat mencari syurga, tapi satu yang nyata, hasrat itu (mencari syurga) nyaris tercapai semalam bila Nik Aziz Nik Mat, tersilap mengumumkan di dalam Tweetnya yang Bob Lokman telah meninggal dunia, sedangkan yang meninggal dunia ialah Bob juga tapi Bob Kuman.
Bagi seorang tua seperti Nik Aziz, kesilapan mudah seperti ini memang boleh berlaku.


Lagipun penulis tidak pula tahu sejak kurun bila Nik Aziz pandai bertweet-tweet apa segala ni.
Mungkinkah yang menjalankan urusan tersebut ialah para pegawainya kerana setakat yang penulis tahu Nik Aziz buta komputer, dia hanya celik kitab.
Tapi walaupun kesilapan itu dilakukan pegawainya, ia jelas memalukan pemimpin yang dipandang tinggi pengikut PAS di negara ini.
Nampak sangat Nik Aziz tidak pandai memilih pegawai yang kompeten untuk menjalankan tugas-tugas semudah itu bagi pihaknya. Tak sepatutnya boleh tersilap tweet, apatah lagi mengucapkan takziah kepada orang yang sebenar yang masih hidup.
Tweet aje pun bukan nak buat roket pergi bulan.
Pelik macam mana Nik Aziz boleh menyerahkan bulat-bulat kepada pegawai untuk menjalankan urusan ‘rasmi’ seumpama itu yang juga mewakili dirinya secara rasmi.
Dibuatnya pegawai tersebut tersampuk jin UMNO, ditweetnya “Saya akan masuk UMNO”, macam mana? Silap-silap tercabut kopiah lebai PAS dek kesilapan mudah seumpama itu.
Minggu ini sahaja dah 2 kali Nik Aziz bikin gempar, yang pertama Selasa lepas bila beliau mengaku membayar perusuh-perusuh dari Kelantan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat onar dan melanggar undang-undang negara.
Tidak hairan kenapa ada yang ‘berani mati’ melanggar arahan bersurai oleh polis yang menguatkuasakan perintah Mahkamah untuk melarang perusuh menjejak kaki ke Dataran Merdeka, rupanya sebab dibayar.
Tengok macam Guan Eng, Khalid Ibrahim dan Azizan Razak, kerajaan negeri masing-masing keluar wang rakyat juga untuk taja berbas-bas perusuh datang ke Kuala Lumpur membuat huru hara, tapi taklah mengaku secara terbuka macam Nik Aziz.
Pengakuan Nik Aziz itu menyebabkan hampir semua blog-blog pro pembangkang bersilat nak menjawab, dalam nak mengelak Pakatan Rakyat ini kelihatan jahat kerana menggunakan wang rakyat untuk menaja perusuh-perusuh melanggar undang-undang negara sendiri.
Ada lebih banyak acara yang berfaedah dan tidak melanggar undang-undang, yang ganas ini juga ditaja mereka.
Sudahlah sebelum Bersih 3.0 berlangsung beliau memfatwakan kehadiran ke perhimpunan ganas tersebut sebagai wajib (beliau sendiri pun tak hadir).
Dan berbalik kepada Bob Lokman, mungkin inilah hadiah terbaik yang diterimanya setelah menyertai PAS, nyaris ditalkin semasa masih hidup.
Mungkin Bob Lokman sudah tidak berapa penting di mata PAS, sampai pihak yang berkenaan terlupa nak periksa dulu sebelum tweet. (My News Hub)

Friday, 4 May 2012

KHALID ISMATH AKAN DITENDANG DARI UiTM...???


KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelar diri mereka sebagai Waris Wawasan (Waris) pagi tadi menghantar memorandum bagi mengesa pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tatatertib ke atas salah seorang pelajar mereka, Khalid Mohd Ismath.
Memorandum disampaikan wakil Waris, Kamal Maarof Abd Jamal kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Lobi Canselori, pagi tadi.
Ketika ditanya apakah bentuk tindakan yang mungkin boleh diambil ke atas Khalid, Sahol berkata; “jika betul Khalid bersalah, dia patut dipecat daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM”.
Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM

Waris dipercayai bertindak menghantar memorandum itu kerana kurang berpuas hati dengan sikap Khalid yang mengeluarkan kenyataan semua polis patut dibunuh dan beberapa tindak-tanduknya yang dikata memalukan UiTM.
Khalid yang sering digelar mahasewel oleh penulis blog juga pernah ditegur seorang editor kanan sebuah akhbar kerana hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2 di sebuah universiti yang ditubuhkan semata-mata untuk membantu pelajar Melayu sepertinya.

Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM


(Sumber: Pemikir Politik) 

AKHBAR CINA 'HITAMKAN' AKHBAR SENDIRI... KENAPA HITAM? KENAPA TIDAK KUNING..???

Akhbar Cina Menghitamkan Akhbar Mereka, Atau 'Menghitamkan' Pemikiran Pembacanya?

Akhbar- akhbar Cina tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.
Namun mereka terlupa hendak ‘menghitamkan wajah mereka’ sendiri sewaktu menulis pelbagai perkara sensitif dan menyakitkan perasaan orang Melayu dalam berita dan rencana yang mereka hasilkan.
Mereka hanya melihat dari sudut layanan kerajaan terhadap pekerja mereka sepanjang demo Bersih 3.0 tetapi mereka lupa bagaimana selama ini kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melayan mereka bagai ‘menatang minyak yang penuh’ hingga tiada satu pun akhbar mereka ditutup walaupun adakalanya mereka menghentam kerajaan macam akhbar itu mak bapa mereka yang punya!
Apa yang mereka mahukan sebenarnya dalam demo Bersih 3.0? Adakah mereka mahu setiap wartawan mereka diberi permaidani merah atau cenderahati seperti mana yang mereka dapat dalam setiap sidang akhbar?
Tolonglah, siapa pun tidak mahu cedera, siapa pun tidak mahu menghadap anggota FRU, siapa pun tak mahu nak ‘makan’ asap gas pemedih mata, baik anggota pasukan keselamatan, baik wartawan mahupun penyokong Bersih sendiri.
Tetapi apa pilihan yang pihak polis ada waktu demo tempoh hari?
Nak bagi stadium, ditolak. Nak suruh bersurai, tak mahu. Nak suruh duduk diam-diam, engkar!
Satu-satu pilihan terbaik ialah menyuraikannya secara keras, dan masalah semakin rumit apabila ramai peserta demo tempoh hari melakukan provokasi secara fizikal dan mental hingga menyebabkan keadaan menjadi semakin haru-biru.
Dalam keadaan yang sebegitu, setiap daripada kita yang ada di situ, tak kira siapa pun, termasuk wartawan, terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.
Risiko ditangkap, risiko dipukul, risiko dicemuh, risiko dimaki dan perbagai risiko lagi.


Kalau akhbar Cina tak mahu wartawan dan jurugambarnya berhadapan dengan sejuta macam risiko yang disebutkan tadi, lebih baik tak payah buat liputan demonstrasi Bersih itu, baik lepak kat Petaling Street, pekena bak kut teh!
Sepatutnya akhbar Cina kena sedar yang Malaysia merupakan negara ‘syurga’ buat pengamal media kerana boleh kira dengan jari petugasnya ditangkap, dicederakan atau dibunuh.
Tak payah sembang pasal kebebasan medialah kerana tidak ada media di dunia yang benar-benar bebas, tak percaya tanya akhbar Harakah dan Roket.
Mereka pun tak bebas melaporkan apa yang berlaku dalam parti mereka, kalau baca Harakah dan Roket, kita mungkin ingat Pas dengan DAP adalah parti paling syumul di alam semesta ini!
Sebenarnya tidak salah untuk akhbar Cina ‘menghitamkan’ muka depan akhbar mereka, tetapi jangan sampai menghitamkan minda dan pemikiran pembaca mereka.
Selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa, ops! (My News Hub)