Wednesday, 7 March 2012

500 JUTA HILANG : KHALID GAGAP TERGAGAP-GAGAP DI CABAR UMNO SELANGOR!!!!



PUTRAJAYA - Umno Selangor mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik juruaudit bebas bagi menjalankan siasatan terhadap ketirisan aset Yayasan Selangor (YS) berjumlah RM500 juta yang didakwa berpunca dari pentabiran Barisan Nasional (BN).Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata, adalah perlu diadakan satu siasatan jika benar apa yang didakwa oleh Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki bahawa pada tahun 1991 hingga Mac 2008 berlaku ketirisan aset YS.

Menurutnya, kerajaan negeri harus mengemukakan bukti bahwa ia berpunca daripada BN dan jangan hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti, ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menutup kelemahan mereka. Saya ingin jelaskan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar malah kami mempunyai bukti mengenainya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim yang mencadangkan Kerajaan Negeri perlu melantik juruaudit bebas bagi menyiasat ketirisan YS.

Dalam sesi pendengaran awam yang diadakan semalam, Chang Khim mendakwa sejak Pakatan Rakyat mengambil alih YS, berlaku empat perbelanjaan tidak munasabah bernilai RM1.4 juta. Ia membabitkan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor, majlis berbuka puasa, majlis jamuan Aidilfitri dan Majlis Korban Perdana.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, beliau mencabar Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan terhadap Ilham kerana sepanjang menjawat jawatan itu, berlaku empat perbelanjaan yang tidak munasabah dan ia telah dibuktikan oleh Selcat.

Katanya, sebelum ini beliau pernah mendakwa berlaku perbelajaan yang tidak munasabah oleh YS, tetapi perkara itu dinafikan oleh Abdul Khalid.

"Ini membuktikan bahawa dakwaan saya sebelum ini adalah benar, saya tidak bercakap kosong. Setiap apa yang saya katakan, saya mempunyai bukti yang mencukupi.

"Saya juga ingin meminta Abdul Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana mendakwa apa yang saya katakan tidak benar. Oleh itu beliau harus memohon maaf," katanya.

Noh berkata, sepanjang sesi pendengaran awam yang diadakan itu beliau tidak dipanggil untuk memberikan penerangan, walaupun sebelum ini mendakwa berlakunya perbelanjaan tidak munasabah oleh YS.

Menurutnya, jika dilihat secara menyeluruh pendengaran awam itu, adalah tindakan kerajaan negeri dalam cubaan untuk menyelindungi 'orang mereka' yang melakukan kesalahan.

“Selcat adalah mahkamah kanggaru,” katanya. - SH

AUDIT NEGARA DEDAHKAN KERAJAAN SELANGOR AMALKAN DIRECT NEGO..!!!

PAKU DULANG PAKU SERPIH RUPANYA...!!!



Raja Petra mendedahkan baru-baru ini bahawa kerajaan negeri Selangor mengamalkan direct nego walaupun mereka telah nyatakan bahawa semua kontrak akan diberikan hanya berdasarkan tender terbuka. Sila lihat blog Halimah Ali sini

Antara yang didedahkan adalah projek melebihi RM100 juta untuk tahun 2008 dan 2009. Butiran seterusnya boleh diperolehi di Kita Gempur sini


Lepas 2009 hingga 2012 apa pula dengan PKNS begitu agressif mahu jadi pemaju komersil.

SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA CARL GERSHMEN (PRESIDEN NED)

Dalam pendedahan surat-surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yahudi, berikut disertakan bukti surat kedua, ditulis kepada NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocondi Amerika Syarikat (AS).
Surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
AIA adalah singkatan kepada ‘Anwar Ibrahim & Associate’, sebuah syarikat milik Ketua Umum PKR itu yang berpengkalan di AS, beralamat 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170.
Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, AS.




Dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Carl Gershman yang menjemputnya berucap di the Westminster Address at the Library of Congress bersempena dengan sambutan 25 tahun pentadbiran Ronald Reagan.

Anwar juga turut memohon kepada Gershman agar dapat membantu pilihanraya umum ke-12 di Malaysia dan beliau telah menyediakan proposal Malaysian Center for Electoral Integrity’s (MCIE).
Dalam majlis anjuran NED yang dihadiri Anwar itu, yayasan topeng CIA itu turut menderma dokumen-dokumen kepada Perpustakaan Kongres AS berkaitan dengan sejarah penubuhannya hingga ke peringkat operasi di seluruh dunia.
NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983, kata William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy
Penulis memetik kata-kata penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein yang berkata, “Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA”.
Wartawan Barat itu mendedahkan, NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya.
Program NED secara umumnya menyampaikan falsafah bahawa rakyat lebih baik dilayan di bawah perniagaan bebas, kerjasama antara kelas, penawaran secara kolektif, campur tangan kerajaan yang minima dalam ekonomi dan berlawanan dengan sosialisme. Ekonomi pasaran bebas disamakan dengan demokrasi, perubahan dan pembangunan dan dasar keterbukaan kepada pelaburan luar.
Sebelum ini CIA/NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.
Hernando Calvo Ospina menghuraikan secara terperinci kaitan CIA dan NED dalam artikelnya, bertajuk “The CIA’s Successors And Collaborators“.
Video di sebelah adalah ucapan Anwar dalam program seperti yang ditulis dalam surat tersebut.
Dalam ucapannya Anwar memuji usaha Reagan menubuhkan NED dan berbangga kerana dijemput Carl Gershman untuk beliau terlibat dengan badan topeng CIA itu.
Surat kedua kepada Carl Gershman bertarikh pada 29 Julai 2007 sebagai susulan surat pertama berkaitan permohonannya meminta agar NED campur tangan dalam pilihanraya umum di Malaysia.
Katanya, bantuan NED amat penting untuk mewujudkan demokrasi dan kebebasan di Malaysia sepertimana peranan yang telah NED lakukan di seluruh dunia.
Menurut Thierry Meyssan dalam artikel bertajuk “NED: National Endowment for Democracy-The networks of “democratic” interference“, menyebut Carl Geshman adalah berbangsa Yahudi, merupakan bekas pengikut fahaman Trotskyite.
“Carl Gershman adalah merupakan ahli neo-konservatif”, katanya.
Fahaman Trotskyite merujuk kepada fahaman Leon Trotsky seorang ahli teori Komunis dan pemimpin Revolusi Rusia 1917 yang diusir dari Kesatuan Soviet selepas tewas perebutan kuasa dengan Stalin. Pada tahun 1940, Trotsky telah mati dibunuh.
Menurut laman jewwatch.com, nama penuh Trotsky ialah Lev Davidovich Bronstein adalah berketurunan Yahudi yang menggerakkan Revolusi di Rusia.
Penganut fahaman Trotskyite ini kebanyakannya berada dalam rangkaian neo-konservatif AS yang bergabung dengan CIA untuk menentang fahaman Stalinisme. Aliran “idealis sayap kiri” ini, telah menyertai Parti Republikan dan pada masa ini mempunyai pengaruh intelektual terhadap White House dan Pentagon.
Carl Gershman yang menjadi Presiden NED dari tahun 1984 hingga sekarang menggerakkan operasinya melalui empat cabang, iaitu NDI (National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), CIPE (Center for International Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity).
Dalam masa sama NED turut menaja Freedom House.
“Kedua-dua instrumen (IRI dan NDI) telah mendapat tajaan besar daripada NED….sebaliknya NED pula menerima wang daripada pembayar cukai rakyat Amerika.
“Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima NDI, IRI sudah tentu sesuatu yang tidak sah di AS, kata Ron Paul, Ahli Republikan menulis dalam artikelnya, “National Endowment for Democracy: Paying to Make Enemies of America“.
BERIKUT ADALAH APA YG ANWAR IBRAHIM KATAKAN DI DALAM CERAMAHNYA...

"Saya tidak pernah walau sekali pun, berjumpa dengan mana-mana PM Israel, Menteri 
Luarnya mau pun Menteri Pertahanannya. Yang pergi menjilat Israel ialah puak-puak UMNO.
 Yang berdagang dan bekerjasama dengan Israel ialah kerajaan UMNO@BN.

Semuanya itu ialah kerja jahat UMNO, tetapi.... 'aku jugak yang jahat!'? " - Anwar Ibrahim

Sudah menjadi resam gerombolan Umno - Mereka buat onar kemudian tuduh orang lain
 yang buat... Ini berlaku dari dulu kini dan selamanya...

Ayuh dengar penjelasan Chegubard mengenai hubungan diplomatik dan hubungan dagang 
antara Malaysia dan Israel Lakhnatullah... Akan didedahkan satu demi satu bukti 
perdagangan Malaysia-Israel, bukti Malaysia membantu ekonomi Israel termasuklah
 menyelamatkan Israel dari kebuluran apabila tergamak menghantar minyak sawit terus ke
 pelabuhan Israel!

Turun ke program penerangan, turun ke program ABU... bersama-sama kita ABU kan regim
 Umno !! Asalkan Bukan Umno !!
***Pengikut-pengikut taksubnya tentu terpesona dgn alunan kata-kata lemak merdu yang keluar satu persatu dari mulut longkang Anwar...!!! Jika Anwar di landasan yang betul, kenapa ramai yang bersama-samanya dahulu meninggalkannya satu persatu... Jika Anwar tidak pernah berjumpa dengan PM Israel, adakah foto-fotonya yang bersama dengan Israel itu adalah palsu... super impose??? So, kenapa Anwar tak saman???? Bagaimana pulak denga kenyataannya baru-baru ini yang menyokong segala usaha mengenai keselamatan negara Israel???? HAHA... JGN DGR OMONGAN KOSONG MULUT LONGKANG ANWAR, ANDA PASTI TERPESONA .... KERANA PUTAR ALAMNYA MENGALAHKAN AYAT-AYAT CINTA!!!!

KUASA RAKYAT DAPAT JATUHKAN ANWAR IBRAHIM DARI TERUS BERMAHARAJALELA...!!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kuasa rakyat melalui peti undi dalam pilihanraya umum ke-13 adalah satu-satu cara untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus bermaharaja lela di negara ini.
“Terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
“Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh AS untuk menukar Kerajaan”, katanya dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc, bertajuk “Peperangan Mesir Melawan NGO
Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir membuat perbandingan usaha menjatuhkan kerajaan oleh kuasa asing AS yang diistilahkan ‘regime change‘ di Mesir hampir sama dengan usaha dilakukan di Malaysia.
Menurutnya, dalam mencapai cita-cita mewujudkan kerajaan boneka itu, AS membayar NGO NED (National Endowment for Democracy), dan cabang-cabangnya, termasuk NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House untuk menaja calon proksi mereka di Mesir dan Malaysia.
“Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh AS di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.
“NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika”, katanya.
Katanya lagi, apabila AS berjaya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM boneka, maka matlamat untuk menggubal undang-undang yang menghalalkan aktiviti seksualiti songsang LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dapat dilaksanakan.
“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat AS.
“Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
“Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?”, katanya.

PANAS!!! PENGAKUAN IKHLAS PENGURUS BESAR YAYASAN SELANGOR!!!



"inilah antara kelemahan-kelemahan tatacara di Yayasan Selangor..."

"saya mengaku dan saya bersetuju saranan YB... ini adalah satu amalan kurang sihat..."

GEMPAR!!! REMAJA MELAYU MENGAKU DIMURTADKAN, JUMPA HASSAN ALI..!!!

Remaja Melayu Murtad Bertemu Dr Hasan Ali

AIDCNews –  Rakaman video di sebelah adalah bukti berlakunya usaha permurtadan sebagai mana yang diwar-warkan sebelum ini.
Seorang remaja Melayu lelaki yang mengaku telah dimurtadkan oleh Kristian telah menemui Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI untuk meminta nasihat dan mahu kembali memeluk Islam.
Teknik rakaman visual ini dibuat melindungi wajah remaja tersebut, di atas pemintaannya sendiri kerana bimbang dirinya akan terancam selepas tersebar wajahnya di media.

SKANDAL SALAH GUNA KUASA TERBESAR KERAJAAN PAS

Inilah salah guna kuasa terbesar PAS setelah mereka memerintah.

Prof Agus: PAS cuba wujudkan konsep ‘parti menguasai kerajaan’ melalui Jawatankuasa Pemandu

Oleh Syed Mu'az Syed Putra 
March 06, 2012 

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Prof Datuk Dr Agus Yusof menyifatkan pembentukan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS memperlihatkan parti Islam itu mahu mewujudkan konsep “parti menguasai kerajaan.” 

Bagaimanapun penganalisis politik ini menegaskan konsep “parti mengusai kerajaan” boleh diamalkan namun ia mesti dilaksanakan dengan tanggujawab yang melibatkan barisan kepimpinan pentadbiran. 

Jelas Agus, Jawatankuasa Pemandu itu hanya sekadar penasihat kepada kerajaan negeri yang diketuai PAS dan tidak boleh sama sekali campur tangan dalam urusan pentadbiran. 

“PAS cuba buat konsep parti menguasai kerajaan...nak tubuh jawatankuasa boleh tapi jangan masuk campur urusan negeri di mana konteks penentunya masih terletak kepada menteri besar dan barisan exconya. 

“Jawatankuasa Pemandu ini boleh beri nasihat tapi tidak boleh campur tangan sebab kerajaan negeri bukan hanya PAS tapi Pakatan Rakyat,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah menteri besar dan exco daripada PAS tidak terikat dengan Jawatankuasa Pemandu itu dan boleh untuk menolak keputusan dibuat. 

“Jawatankuasa ini hanya berpengaruh ke atas menteri besar atau exco daripada PAS dan tidak boleh bertindak lebih daripada itu...jangan campur tangan. 

“Kalau jawatankuasa ini buat keputusan tapi menteri besar tidak terikat dengan keputusan itu dan kalau (menteri besar) terikat (dengan jawatankuasa) maknanya jawatankuasa ini yang berkuasa,” kata Agus menambah menteri besar dan exco PAS boleh setuju atau tidak dengan nasihat diberikan jawatankuasa itu. 

Kata beliau, apa-apa keputusan dalam pentadbiran negeri termasuk pelantikan di bawah kuasa menteri besar dengan perkenan Sultan Kedah. 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prof-agus-pas-cuba-wujudkan-konsep-parti-menguasai-kerajaan-melalui-jawatankuasa-pemandu/ 

Selama lebih 50 tahun mentadbir negara, Barisan Nasional tidak pernah sesekali mencampur adukkan urusan politik dan pentadbiran.

Tapi bagi PAS, walaupun baru tak sampai 5 tahun memerintah, mereka berani menggantikan kuasa pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat dengan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh parti.

Semoga rakyat Kedah boleh melihat salah guna kuasa yang dibuat oleh PAS Pusat untuk menggulingkan MB Kedah.

*Ustaz Azizan seorang bekas pensyarah cuba digantikan dengan Mahfuz Omar yang tak habis belajar. Ada ke patut.

:   SUMBER  :