Sunday, 26 February 2012

PAS OHH....... PAS...!!!!






Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.

Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.

Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.

Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.

Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.

Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.


Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.


Kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam, malahan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita. . Alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13 sahaja.



Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam. Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.



Apabila pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar, inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.


Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.


Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam, itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, Sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.



Perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan, ianya berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.



Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah, padahal dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.


Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?


Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan.....Nama parti Islam, tak jadi soal. Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. 


Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah. Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.


Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.


Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.


Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.


Sejak dulu, Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas, dalam hal ni, nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.


UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia?
Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.


Perjalanan Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.


Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.


Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa dan sebaiknya kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.


Menjelang PRU13, saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.


Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.


Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan, buanglah Nik Aziz, buanglah Pas.


AKHIRNYA.....Saya sedia menerima 24 jam, kalau nak kritik pun tak apa, kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita.


**** SAYA DI DALAM TULISAN DI ATAS ADALAH ABDULLAH SA'AMAH....PENGASAS MADRASAH AL-NAJMIAH KOTA BHARU, KELANTAN

MENCORAK DESTINI ANAK BANGSA

IKUTI WAWANCARA MINGGUAN MALAYSIA BERSAMA PROF. DATUK DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR

MINGGUAN: Apa matlamat Datuk melalui projek Mencorak Destini Anak Bangsa?

SAHOL: Matlamat sebenar saya melalui program ini adalah untuk membawa balik UiTM kembali ke haluan asalnya. Asal usul universiti ini yang ditubuhkan atas usaha para pemimpin UMNO selepas Kongres Ekonomi Bumiputera, bertujuan membela orang Melayu yang jauh ketinggalan. Salah satu caranya adalah mewujudkan sebuah institusi pendidikan untuk membantu mereka.

Begitu sejarah UiTM dan pada peringkat awal golongan muda dari kampung memasuki institusi ini yang kebanyakan mereka mempunyai latar belakang pendidikan sekolah yang biasa-biasa sahaja. Ini tujuan asalnya iaitu memberi peluang pelajar yang tercicir di kampung-kampung dengan latar belakang ekonomi yang daif dan miskin. Apabila institusi ini semakin berkembang dan dinaik taraf menjadi sebuah universiti, kita lihat universiti ini semakin hilang arah tuju dan terlalu bertumpu kepada keputusan peperiksaan yang baik serta berasaskan merit.

MINGGUAN :  Bagaimana masalah ini boleh timbul sekarang?

SAHOL: Sebenarnya kita tidak boleh lupa jasa kerajaan yang telah membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah seperti MRSM dan sekolah berasrama penuh hinggalah universiti seperti UiTM. Masalah mula timbul di sini apabila pelajar-pelajar yang mendapat peluang belajar yang lebih selesa di sekolah ini turut sama bersaing untuk memasuki UiTM. Ini membuatkan universiti ini terpaksa mengetatkan syarat kemasukan pelajar sehingga mengakibatkan pelajar di luar bandar semakin terhad tempatnya di UiTM. Ini mengakibatkan pelajar di kampung tidak berpeluang menyambung pelajaran, tercicir dan sebagainya. Bukan kerana tidak pandai. Ini kerana persaingan sengit dan peluang untuk pendidikan yang lebih baik adalah terhad.

Berbeza dengan pelajar di bandar yang boleh pergi tuisyen, suasana belajar yang selesa dan kondusif serta pelbagai lagi. Keadaan sebegini yang membuatkan pelajar di kampung jauh ketinggalan.

Maka apabila saya kembali ke UiTM maka antara perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah menjadi seperti peringkat awal penubuhannya.

Saya juga pelajar kampung yang diberi peluang melanjutkan pelajaran di UiTM sehingga berjaya mencapai tahap sekarang. Katalah jika saya tidak diberi peluang itu, entah sekarang jadi apa, saya pun tak tahu. Mungkin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi kemudian menjadi mat rempit dan sebagainya.

MINGGUAN  :  Apakah ini bermaksud masalah yang berlaku dahulu masih terus berlaku sekarang?

SAHOL: Kita tidak boleh nafikan orang Melayu semakin berjaya dan berkembang di negara ini. Namun hakikatnya taraf ekonomi orang bandar dan kampung masih tidak berubah.

Saya berani katakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya dan orang miskin sebaliknya. Keadaan ini yang berlaku di bandar kerana orang bandar menjadi semakin kaya berbeza dengan orang kampung yang tetap di takuk lama.

Saya sedih kerana terdapat orang yang sudah berjaya ini kemudian mempersoalkan kewujudan UiTM dan meminta kemasukan pelajar dibuka kepada semua kaum. Bila saya dengar orang Melayu sendiri cakap begitu saya rasa sangat marah. Kalau bangsa lain yang cakap mungkin saya boleh terima lagi tapi apabila bangsa sendiri yang menidakkan sumbangan UiTM kepada bangsanya, itu adalah melampau. Saya tidak faham kenapa orang Melayu jadi begini, mungkin kerana mereka sudah berpelajaran tinggi atau sudah lupa sejarah. Bagi mereka, mungkin ia bukan keperluan tetapi bagi orang kampung yang hidup susah, mereka tahu bahawa UiTM boleh membantu mereka keluar daripada kemiskinan dan membantu hidup lebih baik.

MINGGUAN  :  Bagaimana perancangan Datuk untuk menjayakan program ini?

SAHOL: Sebenarnya projek ini telah bermula pada 2010. Sebelum ini kita terima pelajar pintar berdasarkan merit sebagai contoh untuk belajar bidang seni bina, perlu ada sekurang-kurangnya 8A. Pelajar cemerlang ini akan tetap memasuki UiTM berdasarkan merit.

Pada masa sama, saya buat satu program untuk pelajar yang hanya mendapat kelulusan sekadar tiga kredit juga dipelawa masuk ke UiTM. Memandangkan mereka ini tidak layak mendapat bantuan PTPTN, kita cari dana untuk menampung perbelanjaan mereka. Saya tubuhkan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa – ia hasil kutipan dan potongan gaji pensyarah, alumni UiTM, zakat dan sumbangan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Apabila idea ini saya kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengarahkan saya supaya menjayakan program ini. Malah beliau berjanji akan memberi bantuan seringgit untuk setiap ringgit yang saya kutip. Setakat ini pihak kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM20 juta dan Perdana Menteri setuju menambah RM20 juta lagi. Melalui dana ini, saya gunakan untuk membantu pelajar miskin ini yang kini jumlahnya seramai 11,500 orang telah terpilih dari seluruh negara.

MINGGUAN  :  Bagaimana pula dengan proses pengambilan pelajar ini?

SAHOL: Istimewanya program ini, pelajar tidak perlu mengisi borang termasuklah melalui Internet. Sebaliknya, kami sendiri yang mencari mereka di setiap ceruk kampung. Kami redah bersama dengan pensyarah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kami tubuhkan, Gerakan Destini Anak Bangsa.

Saya sendiri turut sama turun padang mencari pelajar-pelajar ini. Sekali keluar sebanyak 30 buah kereta akan turut serta meredah kampung-kampung yang disasarkan. Kami akan cari pelajar yang sesuai, minta kad pengenalan dan lihat sijil peperiksaan mereka. Jika sesuai kami akan terus keluarkan surat tawaran serta-merta kepada mereka.

Namun mereka ini tidak dimasukkan terus ke program diploma UiTM. Kami tempatkan mereka di kampus-kampus untuk mengikuti program khas selama lima bulan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka supaya mereka lebih bersedia apabila memasuki kampus sebenar nanti. Alhamdulillah setakat ini daripada 11,500 pelajar, sebanyak 82 peratus berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di UiTM.

MINGGUAN  :  Mampukah program sebegini diteruskan pada masa-masa hadapan?

SAHOL: Program sebegini merupakan satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM untuk anak bangsa. Sekurang-kurangnya kami memberi peluang kedua kepada mereka untuk berjaya dan memperbaiki taraf hidup.

Paling penting mereka ini kami berjaya selamatkan daripada masalah sosial seperti gejala rempit, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi. Lebih membanggakan para pelajar yang dibawa masuk ini menunjukkan prestasi dan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.

Bagi saya, projek ini haruslah diteruskan pada masa-masa hadapan selagi terdapat mereka yang terpinggir untuk dibantu dan diberi harapan.

Buat masa sekarang, saya sangat berharap supaya ahli-ahli politik UMNO terutama mereka di peringkat bahagian dapat membantu kami mencari pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini. Saya minta mereka hanya membantu mengenal pasti pelajar yang patut dibantu memasuki program ini manakala segala bantuan lain akan kami berikan. Matlamat kami hanya satu iaitu mahu menyelamatkan mereka daripada terperangkap dengan hidup yang tidak ada masa depan.

***Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 2010.

PAS JAGUH PEMECAH BELAH UMAT ISLAM....!!!

ABDULLAH SA'AMAH


NAMA Abdullah Sa‘amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.


Pengasas Pondok Geting, Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini, tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.

Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana, beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.

Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.

“Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam,” kata Abdullah.

IKUTI SETERUSNYA WAWANCARA BERSAMA  BELIAU  DI SINI

HIJAU YANG TAK GEMPAK LANGSUNG...!!!

lynasdd513

Himpunan  yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu  jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.
Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.
Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.
Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.
Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.
Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu
Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.
Beliau antara lain berjanji  akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.
lynas-arakxx

Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.
Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.
Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear  secara terbuka kata projek itu selamat.
Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.
lynas1xx
BENARKAH :
1. LYNAS MENYEBABKAN AIR HUJAN MENGANDUNGI RADIOAKTIF???
Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid yang berkepekatan tinggi di udara.

Sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.

Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. OPERASI LYNAS MENYEBABKAN KANSER DAN KECACATAN KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN???
Dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat dan bodoh sekali. Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk. Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk. Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year.    

3.  RADON DAN THORON DARI KILANG LYNAS BOLEH BERTEBARAN SEHINGGA BERIBU-RIBU BATU JAUHNYA DAN PENYEBAB MASALAH KESIHATAN???
Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).

Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek dan tidak akan bergerak jauh.

Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

4.  LYNAS HANYA MEMBAWA KEBURUKAN, LANGSUNG TIDAK MEMBAWA APA-APA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DAN KERAJAAN MALAYSIA???
Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa manfaat kepada penduduk dan kawasan terlibat? 

Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.
Takkanlah kerajaan Malaysia sebodoh itu!!!!
5.  SISA LYNAS DISIMPAK KEKAL DI TAPAK KILANG???
Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal. Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

Friday, 24 February 2012

PIALA SULTAN AZLAN SHAH - DISERTAI 7 PASUKAN HANDALAN DUNIA...


IPOH 24 Feb. - Great Britain yang menduduki ranking keempat dunia adalah antara tujuh pasukan yang akan berentap pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-21 di Stadium Azlan Shah di sini dari 24 Mei hingga 3 Jun ini.

Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata, selain Great Britain, pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan ialah Korea Selatan (ranking keenam dunia), New Zealand (7), Pakistan (8), Argentina (9), India (10) dan tuan rumah Malaysia.

Malaysia menduduki ranking ke-13 dunia.

Sempena dengan kejohanan berprestij itu, katanya, pihaknya akan menganjurkan Kejohanan Tertutup Kebangsaan dan Klinik Hoki secara serentak dengan tujuan memeriahkan lagi kejohanan tahunan itu.

"Acara sampingan itu adalah untuk menarik lebih ramai peminat menyaksikan kelibat pasukan handalan dunia di Ipoh," katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, hadiah untuk cabutan bertuah semasa kejohanan itu juga akan ditambah bagi menarik lebih ramai penonton datang menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan.

Abdul Rahim berkata, Kejohanan Tertutup Kebangsaan akan diadakan di Stadium Indera Mulia dari 1 hingga 3 Jun.

Manakala Klinik Hoki anjuran Persekutuan Hoki Asia (AHF) akan diadakan sepanjang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Akademi Hoki Malaysia di Bangunan Majlis Sukan Negara (MSN) Perak. - BERNAMA

***Mengharapkan penyertaan dari Holland, Jerman, Australia dan Italy..... dah lama tak menyaksikan pemain2 dari negara2 tersebut beraksi di depan mata..... 


PAS KEDAH DIAMBANG KEHANCURAN.... EXCO ENGGAN DILANTIK, KOSONGKAN PEJABAT - AZIZAN TIADA KEUPAYAAN TADBIR KEDAH..!!!!

ALOR SETAR 23 Feb. - Kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 28 Februari ini.

Empat Exco yang dikaitkan ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya.

YB DR.HAMDAN MOHAMED KHALIB


Dr Ismail Salleh (kiri) dan  Phahrolrazi Zawawi.DR. ISMAIL SALLEH (KIRI) DAN PAHROLRAZI ZAWAWI

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.

Sejak September tahun lalu, Azizan menghadapi pelbagai tekanan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas alasan beliau tidak mempunyai keupayaan mentadbir Kedah dan menghadapi masalah kesihatan.

Sementara itu, satu sumber mendedahkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco sudah mengosongkan bilik masing-masing dan seorang daripadanya dilaporkan sudah sah menghantar surat peletakan jawatan kepada Azizan.
Sumber itu mendakwa, kesemua mereka bertindak demikian sebagai bantahan kepada gaya pentadbiran Azizan yang dikatakan tidak efisien.

Krisis terbaru politik Kedah itu bermula apabila tersebar khabar angin terdapat tiga Exco negeri berkenaan telah menghantar surat kepada Azizan menyatakan mereka tidak mahu dilantik semula ke jawatan tersebut dan salinannya dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber memberitahu, langkah yang dibuat oleh mereka bertujuan memberi tekanan kepada Azizan supaya tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tindakan itu sekali gus akan membolehkan Azizan tidak dilantik semula ke jawatan tersebut jika pakatan pembangkang terus memerintah Kedah.

Sementara itu, Exco yang terlibat ketika dihubungi Utusan Malaysia tidak mengesahkan atau menafikan sama ada mereka akan menghadiri majlis pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Dua daripada empat Exco yang dikatakan terlibat seolah-olah berdolak-dalik dalam memberikan pengesahan.

Phahrolrazi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga berkata, belum masanya beliau membuat sebarang kenyataan tetapi jika perlu, satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut akan diadakannya dalam tempoh terdekat.

"Bagi buah masak cukup dahulu, baru boleh buat kenyataan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.
Sementara itu, Dr. Ismail juga enggan membuat sebarang kenyataan dengan mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Ditanya sama ada beliau telah menghantar surat tidak mahu dilantik semula sebagai Exco, Pengerusi Kesihatan, 
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri itu berkata: "Tanya MB (Menteri Besar), beliau tahulah kot. Saya tidak tahu apa-apa, jadi tak mahu kata apa-apa lagi."

Dr. Hamdan yang memegang portfolio Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan negeri pula gagal dihubungi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Azizan selaku Menteri Besar berhak untuk melantik atau menggugurkan mana-mana Exco kerana ia proses biasa dalam pentadbiran.

"Hak negeri untuk pilih siapa yang layak. Lantik orang baru atau gugur juga perkara biasa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena malam tadi.

Justeru, Abdul Hadi berkata, orang ramai tidak sewajarnya mempercayai khabar angin kerana ia bukan sumber rasmi.

Kerajaan Negeri Kedah melakukan rombakan barisan Exconya setahun sekali.

YANG DIKATAKAN TIDAK BERKEUPAYAAN MENTADBIR KEDAH....

Thursday, 23 February 2012

LUPA KE : ANWAR IBRAHIM SELALU HINA PAS..!!!

Berikut adalah petikan-petikan daripada akhbar,semasa Anwar Ibrahim dalam kerajaan.sekiranya anda kurang percaya,cari balik kesemua tajuk ini di google... kredit to Badut Rakyat....

Pas gagal hormati prinsip Islam

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya,melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri,khususnya kaum Kurdis.Naib Presiden Umno,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata Pas hanya mendewa-dewakan kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian,04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed


KUALA TERENGGANU,Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam

RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

kepada penyokong PAS,jangan percaya kepada pemimpin PAS,kerana Anwar kata mereka menipu rakyat !!!

Anwar bidas taktik kotor Pas

DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu

PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam : Anwar

KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS),kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Timbalan Perdana Menteri,tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

anwar kata pas gadai masa depan bila bersetongkol dengan DAP sekarang boleh pulak anwar bersetongkol dengan DAP ??? Nampaknya demi kuasa,Anwar heran apa maruah dan masa depan orang Melayu....

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

anda lihat sendiri !!! Anwar pun mengaku DAP melenyapkan kepentingan orang Melayu.bukan saya kata !!!

Pas khianati orang Melayu

CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng.(Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)

Lihatlah perangai Anwar.Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaysia ??? ada hati nak jadi PM Malaysia ??? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa ??? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina.Semasa PAS tak diperlukan,Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu.Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.



*** Macam mana PAS boleh lupakan semua itu??? Mungkin PAS nmpak di dahi Anwar ada cop Imam Mahadi..???