Sunday 26 February 2012

HIJAU YANG TAK GEMPAK LANGSUNG...!!!

lynasdd513

Himpunan  yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu  jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.
Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.
Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.
Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.
Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.
Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu
Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.
Beliau antara lain berjanji  akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.
lynas-arakxx

Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.
Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.
Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear  secara terbuka kata projek itu selamat.
Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.
lynas1xx
BENARKAH :
1. LYNAS MENYEBABKAN AIR HUJAN MENGANDUNGI RADIOAKTIF???
Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid yang berkepekatan tinggi di udara.

Sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.

Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.

2. OPERASI LYNAS MENYEBABKAN KANSER DAN KECACATAN KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN???
Dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat dan bodoh sekali. Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk. Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk. Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year.    

3.  RADON DAN THORON DARI KILANG LYNAS BOLEH BERTEBARAN SEHINGGA BERIBU-RIBU BATU JAUHNYA DAN PENYEBAB MASALAH KESIHATAN???
Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).

Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek dan tidak akan bergerak jauh.

Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.

4.  LYNAS HANYA MEMBAWA KEBURUKAN, LANGSUNG TIDAK MEMBAWA APA-APA KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DAN KERAJAAN MALAYSIA???
Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa manfaat kepada penduduk dan kawasan terlibat? 

Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.
Takkanlah kerajaan Malaysia sebodoh itu!!!!
5.  SISA LYNAS DISIMPAK KEKAL DI TAPAK KILANG???
Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal. Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.

No comments: