Pada 30 APR 14, Jam 0900-1000, bertempat di ibu pejabat PAS Pusat, jalan Raja Laut, KL telah berlangsung satu mesyuarat tertutup Unit Amal Wilayah Persekutuan & Selangor bagi membincangkan pembahagian penugasan demonstrasi bantah GST.
Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48 tahun meninggal dunia pagi tadi akibat kanser. Perkara itu disahkan oleh parti tersebut menerusi laman Twitter mereka sebentar tadi. Beliau meninggal di Hospital Universiti jam 7.45 pagi.
Tuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyertai persembahan itu.
Sudah tentu peminat dunia hiburan tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang dikatakan mabuk dalam gosip hangat yang dikeluar oleh ERA.FM. Dalam gosip itu, seorang pelakon wanita kacukan berketurunan Melayu dikatakan berperangai kurang sopan apabila menjerit-jerit dalam keadaan mabuk.