Seminggu selepas kes kepala lelaki india dijumpai tanpa badan di satu kuil hindu di Johor pada 20 Mac lalu.... LIHAT DI SINI, muncul pula mayat badan lelaki tanpa kepala di Seremban. Mayat itu dijumpai dalam keadaan reput dalam Sungai Linggi. Walaupun terpisah sebanyak 179 km, adakah mayat badan ini seorang sama dengan mayat kepala yang dijumpai di Kluang, Johor?
Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan itu.




