Thursday, 6 December 2012

OPERASI MENYELAMAT ANAK GAJAH DALAM LUMPUR..!!!!


Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terperangkap di dalam lumpur dan sukar untuk keluar kerana lumpur itu semakin mengering....? 
Atau mungkin diri anda sendiri pernah terlibat di dalam operasi menyelamat mangsa banjir  lumpur yang melanda persekitaran anda.... suasananya tentu amat sukar sekali bukan....

ARTIS KE GAZA BUAT ABBY DAN PEMINAT MEROYAN...!!!


Baru-baru ini, sekumpulan artis lelaki telah berangkat ke Gaza dalam misi memberi bantuan kepada penduduk-penduduk yang dizalimi.

Delegasi Aqsa Syarif (A2G11-ER) yang telah disertai Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin bersama enam kru Vision Works beserta team badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut telah pun memulakan misi bantuan kemanusiaan mereka semalam. Lihat  <  di sini   >



Pelakon dan penyanyi wanita, Heliza juga telah berangkat ke sana pada malam tadi, jam 10 malam untuk menyertai Misi Solidariti Gaza. Lihat  <  di sini  >

HELIZA HELMI BERSAMA MISI SOLIDARITY GAZA

Photo: Laungan takbir Allahu Akbar sebelum berangkat

Penyanyi Heliza Helmi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia telah berlepas ke Gaza untuk menyertai Aman Palestin Misi Solidarity Gaza bersama-sama lebih 100 orang ahli rombongannya. 

Melalui laman page Facebook miliknya, Heliza Helmi sangat teruja dengan misi tersebut...... "Semoga kedatangan kami ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral dan tekanan kepada Israel. Apa perasaan sekarang? Sukar digambarkan .. hanya Allah yg tahu. Dari Malaysia ke Bangkok ambil masa dalam 2 jam. Dari bangkok ke cairo dalam 6 jam"

A2G11-ER : SEMOGA ALLAH AKAN MEMBERKATIMU.....


Delegasi Aqsa Syarif (A2G11-ER) ke Palestin yang telah disertai Afdlin Shauki, Bront Palarae, Zain Saidin bersama 6 crew Vision Works beserta team badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah pun selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah kira-kira jam 5.45 pagi (waktu Mesir) semalam.

Daripada Kaherah, mereka telah meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah untuk memasuki Gaza. Mereka tiba di Gaza City, bandar utama di Semenanjung Gaza pada Jam 7:30 malam Palestin (12:30 mlm M'sia) dengan iringan Engr. Ab Rahim Shihab dari Jabaliya Islamic Society dan Ust Haris Bain dari Pertubuhan IKRAM Mesir (ahli misi A2G10 yang menunggu di sana).

KEJAM !!! JURUSOLEK AMY MASTURA MATI DIBUNUH !!!


Bekas jurusolek peribadi kepada penyanyi dan pelakon, Amy Mastura yang dikenali sebagai Dicky telah ditemui mati dalam keadaaan yang sangat kejam apabila tangan dan kaki dikat dengan sehelai kain di rumahnya di Kampung Kasipilay, Selasa lalu.

Dalam akhbar News Strait Times hari ini melaporkan, mayat, Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, ditemui oleh abangnya pada pukul 8 malam semalam apabila dia berkunjung ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu. Allahyarham dipercayai telah dicekik oleh suspek.

PENGAKUAN MANGSA SERANGAN GOMBAK BERDARAH


Dengar dan fahami kenyataan Mohd Faizaruddin Mustafha,37, mangsa keganasan penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang Bilik Gerakan UMNO, Cawangan Batu 8, Gombak semalam. Ternyata PR melakukan provokasi terlebih dahulu dan menyerang kumpulan Pemuda UMNO Gombak.

Menurut ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, apa yang berlaku semalam ialah bantahan daripada penduduk setempat di rantau Gombak Utara di mana tempat ceramah PR diadakan.

SAHIH....DR. MAZA AKAN JADI ADUN PKR..!!!




KUALA LUMPUR : Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.

Antarapos difahamkan Mohd Asri akan diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Ya betul, beliau (Mohd Asri) akan bertanding di DUN Penanti dalam pilihan raya akan datang," kata sumber itu.