Tuesday, 21 August 2012

SURAT SOKONGAN UNTUK NASHARUDDIN


Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.

Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.

Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah.

Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti Pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan Pas di negeri Melaka.

Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli Pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kira sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam Pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli Pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti.

Susah senang saya tanggung didokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan. Namun tiada perkara yang boleh menggoyahkan sokongan saya sehinggalah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat, namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Antaranya, apabila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB (Datuk) Dr. Hasan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.

Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr. Hasan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita? Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan Pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr. Hasan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pula berlaku.

Betapa lemahnya iman kita dalam mempertahankan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah.

Kepimpinan Pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, DAP. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba-Mu ini untuk menghadap-Mu nanti.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi Pemuda Pas, berasa malu akan tindakan ketuanya itu.

Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini, selepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli Pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan Pas ini namun sayalah yang sering memujuk mereka untuk bersabar.

Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan Putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini.

Percayalah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam Pas semakin kelam dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding Pas.

Sehingga ini sahaja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum.

SOKONGAN AKAR UMBI UNTUK NASHARUDDIN



KEPALA BATAS 20 Ogos - Ahli-ahli akar umbi Pas Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa (gambar) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kesucian Islam.

Mereka juga bersependapat dengan Ahli Parlimen Bachok tersebut supaya Pas mengkaji semula kedudukannya termasuk keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi parti yang berdiri dengan sendiri.

Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Pas Cawangan Bagan, Azmi Jaafar berkata, pemimpin parti itu sepatutnya meletakkan kepentingan Islam dan perpaduan ummah melebihi agenda politik sempit mereka.

Pemimpin atasan Pas dilihat mula menggadai prinsip perjuangan asal demi meraih sokongan politik pada pilihan raya semata-mata.

Selama ini kami dididik oleh mereka supaya memegang teguh prinsip menegakkan Islam tetapi tiba-tiba mereka jugalah yang menggadai atau menjual prinsip tersebut demi meraih kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dihadiri oleh sekumpulan ahli Pas Pulau Pinang termasuk yang pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti itu di sini Jumaat lalu.

Khamis lalu, sebaik sahaja tiba dari Mekah, Nasharudin mengadakan sidang akhbar khas bagi membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadirannya di Tanah Suci bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohamad Nordin Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh secara terang-terangan menunjukkan beliau menentang penubuhan negara Islam.

Justeru, sebagai orang Islam, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk ahli Pas menghentikan mana-mana perbuatan menyentuh perasaan dan kesucian agama itu.

Sekiranya Karpal sanggup menggadai nyawa untuk memastikan sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan di negara ini, maka ahli-ahli Pas juga rela berbuat perkara sama demi Islam," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Karpal dan pemimpin DAP lain supaya berhenti menimbulkan perkara sensitif sedemikian bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.

Bagi bekas Setiausaha Pas Kepala Batas, Abdul Halim Abd. Rashid, matlamat utama perjuangan Pas bukannya mahu memerintah Malaysia tetapi hendak mewujudkan keharmonian dalam kalangan semua kaum dengan cara berdakwah.

Beliau memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya dapat mengajar erti perpaduan ummah sebenar kepada rakan mereka yang bukan Islam.

Tambahnya, mereka wajar menunjukkan Islam sebagai agama yang telah terbukti berjaya menjaga keharmonian semua kaum di dunia dengan asas-asas perpaduan sesama umat.

Sebaliknya jika Pas sendiri kini menjadi juara perpecahan umat Islam dengan sikap dwistandard mereka dalam isu perpaduan ummah. Bagaimanakah keharmonian semua kaum dalam negara ini akan terjamin?" ujarnya. 


~ Utusan Malaysia ~

SIAPAKAH BAPA KEPADA ANAK LELAKI NORISH KARMAN...?


Norish Karman Mengakui Lahir Anak Lelaki, Haq Lutfie Alexander


“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi selepas tersebar di’internet, saya lega,” ujar Norish Karman.
Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman.
Berkata kepada Utusan Malaysia hari iniNorish Karman meminta semua pihak supaya tidak mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas”
Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok”
Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan yang ada.
“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.

Teman : Dulu masa heboh diperkatakan dia bersalin.... tak mengaku pulak..... tapi kini gah mengaku dalam paper, anak dia....tp siapa bapanya??? Kalau memang anak itu anak yang sah....Malu ke nak mengaku anak itu ada bapa? 

{ FOTO } 'KANAK-KANAK SOTONG AJAIB PIALA DUNIA'

Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah “kembar parasit”-nya telah dibuang dalam satu pembedahan

Anak lelaki atau budak aneh yang menjadi terkenal di seluruh dunia yang mendapat gelaran “kanak-kanak sotong ajaib piala dunia” dia lahir dengan kaki dan lengan yang sesetengah darinya tumbuh dengan pesat di dadanya. Mari kita lihat gambar kanak-kanak ajaib yang digelar budak kembar sotong di India ini.


Sotong Melekat Pada Perut



Pelik

Pelik 2

Sotong Melekat

AZMIN TIDAK PULANG....IBU KECEWA DI HARI RAYA..


MELAKA  - Che Tom Yahaya, ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi sebak dan terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.

Malah, katanya, Azmin langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.

"Saya sangat kecewa dengan sikapnya," kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua, Che Tom, 79, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Kali pertama, beliau berbuat demikian ialah pada Mei lalu, apabila Che Tom dengan nada sebak menceritakan bagaimana Azmin tidak pulang menziarahinya sejak Ogos tahun lalu.

          

Monday, 20 August 2012

KISAH ANWAR IBRAHIM DAN LINGKARANNYA BERSAMA JESUIT, FREEMASON DAN NEW WORLD ORDER


Seorang pembaca AIDC meminta disiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yang pernah disiarkan di sini.
“Perkara ini penting untuk memahami apa yang didedahkan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.
“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dengan Jesuit (Kumpulan Jesus). Kombinasi kedua organisasi rahsia dihampiri Anwar untuk mencari pengaruh demi mencapai cita-citanya” katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam pendedahannya berkata, beliau terkejut apabila mendapati nama Anwar Ibrahim disenaraikan dalam laman web organisasi freemason, Civil Service Lodge No. 148.
Beliau turut meminta Anwar tampil ke hadapan untuk mengesahkan atau menafikan kebenaran dakwaan laman freemason tersebut.
Untuk tidak menghampakan permintaan pembaca itu, maka kami siarkan semula beberapa tulisan Angela yang telah dikompilasi dan disunting semula oleh AIDC.
Anwar Ibrahim : Jaringan Jesuit, Freemason & New World Order


OPS SELAMAT : 46 PEMANDU BAS EKSPRESS POSITIF DADAH...!!!

gambar hiasan

KOTA BAHARU - Seramai 46 pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lalu.

"Kami akan mendapat laporan daripada AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Beliau berkata, JPJ akan sentiasa membuat pemantauan di semua terminal bas ekspres di seluruh negara bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam itu mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama dalam tempoh Op Selamat yang bermula 12 Ogos dan berakhir 26 Ogos. - BERNAMA