Sebenarnya kalau nak dikumpulkan, terlalu banyak kejadian-kejadian giler dan pelik yang berlaku di persekitaran kita, mahupun di dunia luar sana. Berikut dipaparkan sebahagian gambar-gambar dari berbagai sumber mengenai kejadian-kejadian tersebut :
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Showing posts with label PELIK TAPI BENAR. Show all posts
Monday, 1 October 2012
Thursday, 27 September 2012
GEMPAR ! BAYI ANEH BERKAKI KAMBING DAN TIADA TENGKUK
PELIK : GEMPAR BAYI LAHIR DENGAN KAKI KAMBING DAN TIADA TENGKUK | Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya
Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.
Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber : taotauajer.blogspot
Friday, 21 September 2012
PAU SELUAR DALAM.... TERHANGAT DI PASARAN.....!!!!
Saat musim dingin di Akihabara, Jepun terdapat sebuah kedai yang menjual seluar dalam hangat. Kelihatan seperti menjual pau, Mereka memasukkan semua seluar dalam itu ke dalam mesin penghangat makanan. Tersaji dalam tiga warna yang boleh dipilih sesuai selera: merah muda, hijau, dan biru. Setiap potong spendar itu dijual dengan harga ¥800.

Dan yang menarik, mereka menjualnya seperti mereka menjual pau. Stafnya mengambil seluar dalam yang digulung dengan penjepit lalu memasukkannya ke dalam kertas pembungkus. Penjualnya menggunakan penjepit mungkin agar kesterilan dari seluar dalam tersebut masih terjaga.
Sunday, 16 September 2012
ANJING LAHIRKAN ANAK KUCING....???
Kerana ia berkeras bahawa anjing, yang belum bernama, melahirkan kucing awal minggu ini.
Dan dia senang mempamerkan apa yang dia katakan ketika ia ungkapkan sampah dalam Gambar-Gambar ini.
"Ini sepenuhnya benar," Jeong Pyong-bong, 63 tahun mengatakan kepada Korea Herald saat ia mempamerkan ibu dan kanak-kanak di rumahnya. 'Ini adalah sebuah keajaiban. "
"Setelah haiwan kecil itu lahir aku menatapnya tak percaya. Itu tampak seperti kucing dan mengiau seperti kucing. Jadi bagaimana boleh anak anjing?"
'' Orang-orang dari seluruh bandar menelefon ke rumah saya untuk melihat-lihat ketika berita tersebar, "kata Mr Jeong.
Dia menambah: "Saya rasa saya tahu bagaimana ini terjadi. Anjing saya pergi untuk malam yang panjang mengembara - sebenarnya dia keluar malam - dan saya fikir ia bermain-main dengan kucing sekutu."
'Bagaimana lagi anda menjelaskan hal ini?'
Walaupun desakan Mr Jeong bahawa anak anjing anjing adalah anak kucing, para ahli mengatakan 'keajaiban kelahiran' ini adalah genetik yang mustahil.
'' Tidak mungkin untuk anjing melahirkan kucing, "kata Profesor Son Chang-ho dari College Chonnnam National University Veterinar.
"Jumlah dan sifat kromosom pada taring dan felines sangat berbeza," katanya kepada Herald.
"Ada kemungkinan bahawa ini adalah anjing yang hanya kelihatan seperti anak kucing."
Ini bukan pertama kalinya bahawa 'kelainan kelahiran' telah didakwa dalam dunia haiwan.
Kenyataan serupa dari anjing melahirkan kucing dibuat di China beberapa tahun lalu, sementara enam tahun yang lalu di Brazil, didakwa kucing melahirkan dua anjing.
(as / thedailynews)

Sunday, 2 September 2012
25 WANITA DENGAN FIZIKAL LUARAN YANG SANGAT PELIK DI DUNIA
Kali ini saya postkan 25 perempuan yang mempunyai badan paling ekstreem di dunia sama ada terbesar, terkecil, terpanjang, terpendek dan macam-macam lagi..jom kita mulakan dengan yang pertama, namanya Svetlana Pankratova yang memiliki kaki terpanjang di dunia….Enjoyyy!!
1. Perempuan Kaki Terpanjang di Dunia
Svetlana Pankratova memiliki kaki terpanjang di dunia seperti mana yg tercatat dalam new Guinness Book of World Records….. panjang kakinya adalah 132cm…..panjangkan..Dalam pic yg kat bawah tu adalah Mr Pingping yg mana adalah lelaki terkecil di dunia kini.
Sunday, 26 August 2012
BEKAS GURU NEKAD JEJAKI HAIWAN PELIK
TEGAP... kerapu gergasi yang ditangkap di Queensland, Australia.
ADA yang sebesar kuda, ada yang boleh melumpuhkan anda dengan renjatan elektrik 500 volt dan ada yang berminat terhadap kemaluan lelaki.
Di dalam air sungai yang tenang, hidup haiwan bergigi tajam, licin dan berwajah menakutkan hingga menyebabkan penduduk tempatan menggigil setiap kali menceritakan kisah menyeramkan mengenai hidupan itu.
Wednesday, 22 August 2012
ANEH : ANAK KUCING 'DAJJAL' - BERMATA SATU
Sesuatu yang sangat luar biasa apabila seekor anak kucing dilahirkan hanya mempunyai satu mata sahaja..
SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang ketika sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin telah menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip seperti kera yang dilahirkan oleh seekor kucing liar di pekarangan stor berkenaan.
Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya bertahan selama tempoh 24 jam sahaja selepas ia ditemui mati keesokan paginya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu untuk diminum oleh anak kucing berkenaan.
Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu telah memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.
Tuesday, 21 August 2012
{ FOTO } 'KANAK-KANAK SOTONG AJAIB PIALA DUNIA'
Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah “kembar parasit”-nya telah dibuang dalam satu pembedahan.
Anak lelaki atau budak aneh yang menjadi terkenal di seluruh dunia yang mendapat gelaran “kanak-kanak sotong ajaib piala dunia” dia lahir dengan kaki dan lengan yang sesetengah darinya tumbuh dengan pesat di dadanya. Mari kita lihat gambar kanak-kanak ajaib yang digelar budak kembar sotong di India ini.
Friday, 17 August 2012
LELAKI BERWAJAH 2...
Kisah Seram Lelaki Berwajah 2
Kenalkah anda dengan lelaki yang bernama Edward Mordrake. Dikatakan Edward adalah seorang bangsawan Ingggeris abad ke-19 yang mempunyai wajah tambahan di belakang kepalanya. Menurut cerita lagi, wajah tambahan tidak boleh makan mahupun bercakap, tetapi ia mampu ketawa dan menangis.
Edward merayu kepada doktor untuk wajah keduanya yang digelar ‘devil twin’ itu dibuang, kerana, kononnya, ia berbisik sesuatu yang dahsyat terhadap beliau pada waktu malam, tetapi tiada doktor mampu membantu.
Beliau juga cuba membunuh diri pada usia 23 tahun dengan meracuni dirinya kerana dia tidak lagi dapat bertahan untuk hidup dengan muka di belakang kepalanya.
~ KAKI BISING ~
Wednesday, 1 August 2012
LUBANG NERAKA DUNIA....???
BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini. Ia juga dikenali sebagai 'kawah berapi'. Keluasannya dianggarkan 70.10 meter dan mula mengeluarkan api sejak tahun 1971 lagi.
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.
![]() |
| LOKASI Derweze, Turkmenistan. |
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini. Ia juga dikenali sebagai 'kawah berapi'. Keluasannya dianggarkan 70.10 meter dan mula mengeluarkan api sejak tahun 1971 lagi.
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.
Jika link broken boleh terus ke sini : Lubang Neraka Dunia
Itu dakwaan mereka tapi sebenarnya :
Misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.
Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.
Wallahua'lam.
Saturday, 28 July 2012
ANEH - TIDAK MAKAN DAN MINUM SELAMA 70 TAHUN
Cuba anda fikirkan, agak-agak berapa lama tubuh manusia mampu bertahan tanpa makanan dan minuman? Kebiasaannya manusia hanya mampu bertahan tanpa makanan cuma dalam tempoh 50 hari walaupun rekord paling lama ada mencatatkan 74 hari.
Tapi di India seorang lelaki berusia 82 tahun bernama Prahlad Jani mengaku tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun. Dengan tanpa makan dan minum, Jani mampu bertahan hidup dan dapat menjalaninya dengan baik.
Kerana keunikan tubuhnya itu, lelaki tua itu kini sedang diteliti militer India. Jani sedang di kuarantin di sebuah rumah sakit dikawasan Ahmedabad, Gurjarat.
Selama 6 hari masa pengasingan itu, Jani sama sekali tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan stamina atau dehidrasi.
Riset yang dilakukan India's Defence Research Development Organisation itu, masih terus melakukan monitoring secara tertutup terhadap Jani. Mereka menduga Jani memiliki sesuatu yang asli di tubuhnya yang tidak dimiliki orang lain, yang dengan itu mampu menyelamatkan nyawanya tanpa makan dan minum.
India's Defence Research Development Organisation adalah organisasi militer India yang memiliki ilmuwan pencipta pesawat jet, rudal balistik antara benua serta beberapa jenis bom baru.
Ilmuwan percaya, Jani dapat mengajarkan militer bagaimana membantu prajurit agar dapat bertahan lama tanpa makanan atau bertahan dari bencana sehingga bantuan tiba.
"Jika hasil penemuan ini mampu diverifikasi, ini akan menjadi laluan baru dalam dunia kedoktoran," kata Dr G Ilavazhagan, direktur The Defence Institute of Physiology & Allied Sciences.
"Jika penelitian ini berjaya, kami mampu membantu orang-orang yang mengalami bencana, masalah penyakit ketinggian, perjalanan laut dan alam yang ekstrem. Kami juga boleh mendidik masyarakat tentang teknik-teknik bertahan hidup dalam keadaan yang buruk tanpa ada makanan dan minuman sama sekali," lanjutnya.
Jani mengaku meninggalkan rumah saat berusia 7 tahun dan hidup mengembara sebagai sadhu (pertapa dalam agama Hindu) atau orang suci di Rajasthan. Jani dianggap sebagai 'breatharian' yang dapat hidup dengan hanya melakukan kekuatan spiritual.
Jani sendiri percaya dia mampu bertahan kerana bantuan magic dewa yang menurutnya menuangkan suatu ubat mujarab melalui lubang di langit-langit mulutnya.
Pengakuannya itu telah didukung oleh seorang doktor India yang khusus mempelajari orang-orang yang memiliki kemampuan supernatural. Meski begitu, Jani juga kerap ditolak masyarakat dan dianggap melakukan penipuan.
Selama masa pengasingan 6 hari iti, selain tidak makan dan minum, Jani juga tidak pernah buang air kecil atau buang air besar. Jani tetap cergas dan sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda kelemahan.
Doktor menjangkakan akan mengamatinya selama 15 hari dan akan melihat apakah ada otot-otot yang rosak, dehidrasi yang serius, penurunan berat badan, kelelahan atau kegagalan organ.
Sumber :
kotakhitamdunia.blogspot.com

Tuesday, 24 July 2012
KEANEHAN PISANG BELALAI GAJAH
Pisang Belalai Gajah, mempunyai buah pisang yang agak panjang sehingga boleh mencapai 3 meter dan mampu mencecah kebumi tandannya.
Pisang Belalai Gajah milik Zariah Yaakob, menjadi tumpuan orang ramai apabila pokok pisang yang jarang dilihat di Malaysia itu kelihatan subur ditanam oleh beliau.
Menurut puan Zariah Yaacob, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu.
Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand.
“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.
“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.
Zariah atau digelar Mok Yoh oleh penduduk kampung berkata, pisang tersebut boleh dimakan, cuma buahnya berlendir.
Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.
Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.
“Sebab itulah saya katakan ia unik, memang boleh dimakan tetapi rasanya agak berlainan dengan pisang biasa,” katanya.
***Di mana kampung Mok Yoh ni ye..... artikel dari sini
Thursday, 12 July 2012
KEPALA BERLUBANG TAPI MASIH HIDUP...!!!
This man from Sichuan ws in some sort of accident that left a fist-sized hole in his head.
This photo was taken in Taiyun, China on the street, where you can clearly see the man getting along in a wheelchai, despite the massive hole in his head.
We have been unable to find out how it happened or what effect it has had on the man, but you have to admire this man's courage and strength to continue living.
Wednesday, 11 July 2012
PELIK : MILIKI 220 VOLT ELEKTRIK DALAM TUBUHNYA
Seorang lelaki dari China Zhang Deke mengaku mampu mengeluarkan arus elektrik sebanyak 220 volt dari tubuhnya.Bagi membuktikan dakwaannya benar, dia membuat demontrasi kebolehannya itu.
Deke meletakkan sebanyak enam buah lampu berkuasa 13 watt berwarna putih dan merah di atas kepala serta telinganya.Kemudian dia telah mengenggam wayar lampu ditubuhnya itu dan semua lampu itu bernyala serta dia juga boleh mengawal arus elektrik dengan menunjukkan keupayaan memalap atau menerangkan lampu.
Arus elektrik yamg keluar melalui tubuhnya dalam jumlah yang sebegitu di katakan dapat memanggang seekor ikan sehingga masak dalam tempoh dua minit.Kemampuannya itu menyebabakan dia digelar 'manusia elektrik'.
Thursday, 5 July 2012
BAYI HAMIL...???
Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan doktor mendapati ada satu objek seperti bayi dalam perutnya.
Benar, bayi pelik itu yang baru berumur 1 tahun tetapi hamil. Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar bayi pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.

Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar bayi pelik yang mengandung tu.
Monday, 2 July 2012
PELIK TAPI BENAR : POKOK PISANG BERTANDAN 5
Che Amat menunjukkan pokok pisangnya bertandan lima dan mempunyai lima jantung.
KAMPUNG KUBANG BATANG (Tumpat) - Seorang warga emas di sini, terkejut apabila pokok pisang yang ditanam berdekatan rumah menantunya mengeluarkan lima tandan dan mempunyai lima jantung.
Warga emas berkenaan, Che Amat Che Mahmud, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik ini empat hari lalu ketika membersihkan kawasan pokok pisang itu.
Menurutnya, pada mulanya hanya tiga tandan kelihatan, tetapi selepas itu kelihatan dua dari tandan tersebut bercabang pula menjadikan lima kesemuanya.
“Pakcik tidak mengetahui spesies pokok pisang ini kerana benihnya dari Sabah, namun buah yang keluar itu seakan buah nangka.
“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh menantu saya, Saupi dari Sabah. Kalau berdasarkan cakapnya, pokok pisang ini berasal dari Bugis,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin pokok pisang ini boleh hidup subur kerana akarnya pendek seperti dipotong.
“Bagaimanapun selepas dijaga rapi, ia berbuah tetapi agak pelik kerana mengeluarkan lima tandan,” katanya.
Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kekuasaan Allah.
“Pakcik akan biarkan pokok pisang ini berbuah hingga masak, buahnya lebat di setiap tandang walaupun di tandan yang bercabang,” katanya.

~ SH
Saturday, 30 June 2012
BIAR BETUL....MAKHLUK HALUS AKIBATKAN BAS TERSADAI DI HUTAN......???
ORANG ramai melihat keadaan bas Pahala Kencana yang tersadai di hutan Gadogan, Jawa Tengah selepas laluannya dipercayai 'dialihkan' oleh makhluk halus. - AGENSI
JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.
Tuesday, 26 June 2012
PELIK TAPI BENAR : SEPOTONG KAKI DALAM OTAK BAYI
Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut.
Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.
Prosedur perubatan itu, bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil rakaman otak dengan MRI, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat saja.
“penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.
Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak.
Sunday, 3 June 2012
WAJAH MANUSIA PADA BATANG POKOK!
Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.
MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.
Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.
"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.
Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.
"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.
Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.
Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.
"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)