Thursday, 28 June 2012

MAHLIGAI KE-2 SHASHA BAKAL RUNTUH....

Sasha Saidin

MEMANG SAYA MAHU BERCERAI....
KUALA LUMPUR -  Kehadiran penyanyi Sasha Saidin, 36, ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam menjadi teka- teki kepada media dan juga peminat.
Namun, segalanya telah terjawab apabila dia memang mempunyai niat untuk memohon penceraian dari suaminya.
“Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo,” katanya yang dipetik dari kosmo.
Sasha yang sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang kontroversi ataupun gosip rumahtangga telah memberi kejutan kepada semua peminat- peminatnya.
Hasil perkahwinan bersama suami  iaitu Salyo Priyanto,37, Sasha di kurniakan seorang anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.
Dia juga pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islammya, Johan Abdullah Skinner pada 2003.
Namun bahtera perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama empat tahun.

HARIMAU MILIK MICHAEL JACKSON MATI AKIBAT KANSER PARU-PARU

This image provided by Bill Dow shows a tiger formerly owned by Michael Jackson,named Thriller, shown in California. Thriller, the tiger that belonged to Michael Jackson when the entertainer lived at Neverland, died of lung cancer at Tippi Hedren's wildlife preserve near Los Angeles on June 11, 2012. (AP Photo/Bill Dow) MANDATORY CREDIT

Haiwan peliharaan Michael Jackson ketika penghibur terkenal itu tinggal di ladang di Neverland, telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru, ketika dalam peliharaan Tippi Hedren di California.


Haiwan yang diberi nama Thriller, berusia 13 tahun dan seberat 375 pound, menurut Hedren meninggal pada 11 Jun lepas. Thriller yang mempunyai 'saudara' bernama Sabu dilahirkan pada 20 November 1998 dan hidup dengan Jackson sehingga 4 Mei 2006.......Baca seterusnya.... di sini

FAKTA MENARIK IKHWANUL MUSLIMIN YANG TIDAK AKAN DIDEDAHKAN PAS...!!!



Suratan atau kebetulan..??? Persamaan bendera Ikhwanul Muslimin dengan bendera UMNO...
Perhatikan juga Logo yang Ikhwanul Muslimin gunakan..??? 






Kenapa Dacing dan tidak Bulan..??? Bulan sudah gerhana atau malam cahayanya..???

Di Mesir, Ikhwanul Muslimin akhirnya berjaya juga membentuk Kerajaan setelah bertahun-tahun ditindas dan dinafikan hak mereka. Menariknya, mereka menggunakan logo DACING sebagai lambang parti mereka. Sama seperti BN.

TERKINI..!!! BICARA PERJUANGAN MENANGI HADIAH $11.3 JUTA....!!!

Jika kamu seorang yang memang benar-benar sedang menghadapi masalah kewangan, mungkin kamu rasa sangat bertuah bila tiba-tiba terima email yang kamu telah memenangi jutaan wang dari luar negara yang akan dimasukkan terus ke akaun peribadi kamu...!!!


AKU memiliki beberapa alamat email yang digunakan setiap hari untuk pelbagai urusan dan sudah pastinya turut diberikan kepada kawan-kawan untuk menyalurkan maklumat. Sebenarnya tidak ada masalah langsung  dengan email-email tersebut.... TETAPI.... AKU agak pelik dengan email yang satu ini kerana melalui email inilah AKU sering diganggu dengan limpahan hadiah-hadiah berupa wang tunai jutaan ringgit dari luar negara...


Lumayan beb..!!!


BERIKUT ADALAH PAPARAN BEBERAPA EMAIL DARI PULUHAN EMAIL YANG MENEMBUSI KANTUNG INBOX EMAIL AKU :

ABIS LAAA...MICROSOFT TERBAKAR..!!!


SEBUAH van hangus terbakar di pejabat Microsoft di Athens semalam.

Beberapa penyerang membakar pejabat syarikat perisian komputer, Microsoft Corp di sini menjelang subuh semalam, kata polis.

Mereka merempuh pintu masuk dengan sebuah van mini sebelum membakar kenderaan tersebut yang dipenuhi tong berisi gas.

Polis antipengganas dan pihak berkuasa menolak serangan itu didalangi sebuah kumpulan pelampau.

Menurut polis, dua atau tiga lelaki bertopeng mengusir dua pengawal keselamatan sekitar pukul 3.45 pagi waktu tempatan.

Kebakaran dan letupan telah merosakkan pintu masuk dan tingkat bawah bangunan yang menempatkan ibu pejabat korporat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu.

Seorang jurucakap bomba memberitahu, terdapat kerosakan teruk di tingkat bawah bangunan dan menganggarkan kerugian sebanyak AS$75,000 (RM239,289).

Syarikat Microsoft diasaskan oleh bilionair Bill Gates dan Paul Allen

ORANG MELAYU ASALNYA BERKULIT HITAM...???

Sebagai menambahkan pengetahuan, seperti biasa penulis gemar meneroka dari blog ke blog untuk dijadikan sumber bacaan sebelum menjamah sarapan pagi jam 10. Penulis tidak pernah menetapkan level tertentu di dalam pembacaan, yang penting memberikan sumber pengetahuan. Samada blog tersebut tersebut famous atau tidak, lama ataupun baru, yang penting adalah ilmu pengetahuan yang boleh didapati melaluinya..... dan hasil 'klik yang tidak menentu pagi ini'.... penulis telah menemui satu PETIKAN DARI BLOG 'SEJARAH BANGSA MELAYU YANG HILANG' yang ingin dikongsikan di sini....



ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?

Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna 
tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang 
Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, 
tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.

ISMAIL SABRI BUKA PINTU HATI SHARIFAH AINI UNTUK MENDAFTAR DENGAN SPR


Kata seorang kawan, 'better late than never'.... mungkin kerana itulah walaupun usia sudah dianggap sebagai warga emas, tetapi itu bukan halangan buat biduanita negara, Datuk Sharifah Aini untuk mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkannya mengundi dalam pilihanraya kelak.

Semalam, Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam di sini hari ini, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi.

"Namun hasil kesedaran yang diberi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dua hari lalu (semasa Hari Perhimpunan Bintang 2012 anjuran akhbar Kosmo! dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyebabkan saya hadir hari ini untuk mendaftar," katanya kepada pemberita.

Sharifah Aini berkata, seramai 50 rakan dan peminat tegar beliau juga turut mengambil langkah yang sama apabila mendaftar sebagai pengundi hari ini di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau akan mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya.  Diharapkan lebih ramai peminat biduanita negara ini yang belum lagi mendaftar akan segera berbuat demikian..... Undi adalah rahsia dan hak individu tetapi ....Mudah2an undi anda semua akan membantu BN menakhluki semula Negeri Selangor.