Sunday, 3 June 2012

ALAHAI..!!! DUNGUNYA MAHFUZ OMAR!!



Mahfuz Omar sekali lagi menyerlahkan kedangkalan otak beliau apabila memutarbelitkan isu di depan ahli-ahli PAS semasa Himpunan Hijau di Kedah baru-baru ini. Beliau sekali lagi menggunakan tektik lapok dan murahan apabila menyalahkan kerajaan UMNO kononnya mengerahkan polis menyerang dengan ganas semasa perhimpunan mereka.

Adalah amat memalukan apabila Mahfuz Omar sengaja tidak memberitahu kebiaDAPan ahli-ahli PAS yang bertindak liar dan memaki hamun pihak polis di sebelah malam sebelum hari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.


Beliau juga sengaja memperbodoh-bodohkan ahli PAS dengan tidak memberitahu mereka bahawa perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas bermula dengan aman dan tidak diusik oleh pihak polis sehinggalah program itu dirampas oleh pemimpin pembangkang.

Mereka itu pula sengaja mengapi-apikan keadaan. Malah semua orang tahu berlaku adegan isyarat tangan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, beberapa saat sebelum pagar dirempuh di Dataran Merdeka.

Dan ketika itu, suasana tidak lagi aman, semuanya disebabkan oleh perusuh Bersih 3.0 yang disokong oleh Mahfuz Omar sendiri.


Yang lebih memualkan ialah kebangangan dan kedegilan perusuh-perusuh Bersih 3.0 yang tidak mahu bersurai walau pun telah dipujuk dan diberi amaran oleh pihak berkuasa. Malah, mereka berkumpul semula dan berarak kembali ke Dataran Merdeka.


Segalanya ini tidak dijelaskam dan disembunyikan oleh Mahfuz Omar.

Seriously, PAS sekarang sedang menghadapo krisis intelek dan kredibiliti pemimpin atasan seperti Mahfuz Omar dan Mat Sabu yang sangat memalukan!

Sila baca celoteh Mahfuz Omar :

Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.


Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang." seterusnya.

SUMBER

WAJAH MANUSIA PADA BATANG POKOK!



Wajah manusia pada batang pokok
Batang pokok tembesu yang ditebang menyerupai seraut wajah lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berdekatan rumah keluarga Mat Dang di Kijing, Marang.
MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

TSUNAMI POLITIK SELATAN AKAN BERPIHAK KEPADA BN..!!!!

MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN

KUALA LUMPUR - Beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak tanggapan Pas kononnya tsunami selatan akan melanda Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
  
Sebaliknya, menurut mereka, tsunami yang dikatakan itu akan memihak kepada BN dan yakin dengan sokongan rakyat, BN akan meneruskan penguasaan kerajaan negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dalam pertemuan dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online mendakwa tsunami selatan akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang apabila pakatan pembangkang yakin akan menang di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, tsunami itu juga akan berlaku di selatan Semenanjung kerana tsunami dari arah utara sudah kering dan tepu. Ahli Parlimen, Jasin Melaka Datuk Ahmad Hamzah ketika menyangkal dakwaan

Pas itu berkata pengaruh pembangkang sejak akhir-akhir ini sebenarnya semakin berkurangan dan menurun, tambahan pula rakyat semakin sedar terhadap apa yang dimomokkan kepada mereka sebelum ini hanyalah janji-janji manis belaka.

"Pada saya bercakap soal tsunami ini, tsunami sebaliknya akan berlaku yang mana rakyat akan menyokong parti dan kerajaan Barisan Nasional, seterusnya memenangi kerusi-kerusi di Melaka dan membentuk kerajaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, kesedaran rakyat adalah berpokok pangkal kepada inginkan kemajuan berterusan dan kesinambungan kepada usaha yang dilakukan kerajaan dengan pelbagai perancangan seperti program transformasi dalam pelbagai aspek dan sudut.

"Rakyat nampaknya tidak mengharapkan pembangkang untuk melakukan semua ini. Perjuangan pembangkang juga nampak tidak jelas langsung," katanya.

Ahli Parlimen BN kawasan Muar, Johor Datuk Razali Ibrahim berkata, apa pun boleh diperkatakan oleh parti yang bertanding, tetapi tsunami yang didakwa akan berlaku di selatan itu tidak bersandarkan kepada sebarang alasan yang kukuh.

"Jika dia bersandarkan pada prestasi, saya tak nampak keyakinan rakyat kepada mereka kerana kerjasama mereka (pembangkang) amat rapuh. Mutu kerja pun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan BN," katanya kepada Bernama menerusi kenyataan SMS.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pembangkang cuma bersandarkan janji yang tidak pasti, termasuk mainan sentimen, emosi dan fitnah bagi mendapatkan sokongan.

Ahli Parlimen BN kawasan Jempol, Negeri Sembilan Datuk Lillah Yassin berkata, jangkaan itu tidak akan berlaku kerana kekuatan BN di selatan adalah sokongan yang bergantung kepada undi orang Melayu.

"Di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan undi teras datang daripada orang Melayu, dengan sokongan masyarakat daripada kaum India dan Cina yang akan berpihak kepada BN.

"Sebahagian besarnya pula terdapat tanah rancangan Felda yang mana majoriti masyarakat Felda iaitu peneroka akan memberi sokongan kepada BN. Faktor lain pula, kesemua janji yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk rakyat sudah mula dinikmati oleh mereka. Mereka sangat bersyukur dalam hal ini," katanya kepada Bernama.

Lillah berkata rakyat juga sekarang sudah dapat menilai dengan baik apabila pembangkang sendiri menghadapi masalah untuk menguruskan negeri yang mereka menangi pada pilihan raya umum yang lepas.

"Tidak ada jaminan masa depan untuk mereka di negeri-negeri berkenaan, jadi saya tak nampak bagaimana pembangkang dapat menubuhkan kerajaan di negeri-negeri terbabit," katanya.

APA MOTIF OBAMA ARAH SERANGAN SIBER TERHADAP IRAN..???




WASHINGTON  -  Sebuah akhbar Amerika Syarikat semalam mendedahkan, Presiden Barack Obama secara senyap mengarahkan serangan siber dengan menggunakan virus komputer Stuxnet terhadap Iran untuk mensabotaj program nuklear negara itu.

“Presiden Obama secara senyap mengarahkan serangan yang semakin canggih terhadap sistem komputer yang menjalankan aktiviti pengayaan uranium di Iran,” lapor akhbar New York Times. 

Menurut laporan itu, tindakan itu adalah sebahagian daripada serangan digital Amerika Syarikat terhadap Iran yang bermula sejak pentadbiran George Bush dengan nama kod ‘Olympic Games.’

Akhbar itu juga menegaskan, virus Stuxnet dicipta oleh pakar di Amerika Syarikat dengan bantuan unit perisikan Israel.

Serangan siber itu bertujuan menghalang Iran daripada menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimapun, virus itu ‘terlepas’ dari loji nuklear Iran di Natanz dan muncul dalam sistem komputer di beberapa negara, kata akhbar itu, mendorong pegawai kanan Amerika menimbang untuk menghentikannya.

Pendedahan akhbar itu dibuat beberapa hari selepas pakar di Makmal Kaspersky, syarikat perisian antivirus terkenal yang berpusat di Russia menemui virus ‘Flame’ yang beberapa kali lebih besar daripada Stuxnet dan juga disasar terhadap Iran. - Agensi 

KISAH BUDAK TINGGAL DENGAN KAMBING

[Image: Shasa-T-dibesarkan-oleh-kambing-300x224.jpg]

SHAKHTI (Russia): Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing.

Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.

Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia.

Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

“Doktor berkata, kerana cara hidupnya itu menyebabkan otaknya tidak berkembang.” Doktor Natalya Simonina berkata: “Sasha enggan tidur di atas katil. Dia cuba tidur di bawahnya. Dia terlalu takut dengan orang ramai.

“Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu.” - Agensi

LETUSAN LUARBIASA GUNUNG BERAPI DI JANGKA AKAN BERLAKU..!!!

GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.


Saintis menjangkakan bunyinya akan dapat didengar di seluruh dunia !!!

WASHINGTON: Letusan luar biasa gunung berapi dengan kuasa pemusnah kehidupan mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangka, lapor satu kajian saintis.
Saintis berkata, gunung berapi mega adalah fenomena alam semula jadi yang kurang difahami dan cuma menunggu masa untuk berlaku.
Sedikit saja gunung berapa seumpama itu wujud dalam dunia tetapi jika satu daripadanya meletus, kesannya amat dahsyat. 

Adalah dijangkakan bunyi letusan luar biasa itu akan kedengaran di seluruh dunia, hujan hitam akan turun dan langit berubah menjadi gelap. 

Keadaan dahsyat itu cuma sedikit kurang daripada impak asteroid khususnya daripada segi kemusnahan yang berlaku jika ia menghempas bumi. 

Gunung berapi besar dipenuhi kolam magma mega yang terbina jauh di dasar bumi. Pada awalnya ia dijangka mengambil masa 100,000 hingga 200,000 tahun untuk membina tekanan mencukupi untuk letusan besar berlaku. 


Bagaimanapun, penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal online, Public Library of Science ONE, kini menunjukkan proses itu cuma mengambil masa beberapa ribu tahun atau mungkin juga beberapa ratus tahun saja. 

Penyelidikan mendapati kolam magma besar mungkin sebenarnya wujud untuk beberapa ribu tahun atau beberapa ratus tahun sebelum ia meletup. 

Penemuan baru itu dapat membuktikan berita amat buruk kepada Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat yang memiliki kolam tadahan magma 9.6 kilometer di bawahnya. Takungan di kolam tadahan itu semakin meningkat sejak tahun 2004. 

Taman di Wyoming itu berada betul-betul di atas sekumpulan besar batu lebur kira-kira 480 kilometer sepanjang puncak tertinggi 48 kilometer di dasar bumi. – Agensi 

AUTA PAS UNTUK LEBUHRAYA KE SYURGA...




KENAPA BOLEH JADI MACAM TU...?




Gimik nak buat lebuhraya menjelang PRU 13.... atau mungkin sebenarnya Husam Musa sudah kehabisan duit dalam akaunnya.... Mintak rakyat penuhkan kantung akaunnya untuk selamatkan company dia...

Kata rakan BP : PAS, PAS.......SAMPAI BILA ASYIK NAK BERBOHONG MENIPU RAKYAT. BILA BERCERAMAH, HULUR GUNI TEPONG KUTIP DERMA KONONNYA ISI TABUNG PERJUANGAN, TAPI BILA DISELIDIK, KUTIPAN DIBUAT UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PENCERAMAH MACAM MAT SABU UNTUK BELANJA TUKAR TAYAR BARU MERCEDESNYA.

SEKARANG NAK KUTIP WANG RAKYAT LAGI KONONYA NAK BINA LEBUHRAYA. MASYAAALAH ! CUKUP CUKUPLAH TU MENIPU RAKYAT. SELAMA LEBIH DUA PULOH TAHUN PERINTAH KELANTAN, NAK BINA SEBUAH MASJID PUN TERKIAL KIAL, INIKAN PULA NAK BINA HIGHWAY ?

LEPAS ITU SALAHKAN KERAJAAN PUSAT KERANA TAK TAMBAH ROYALTI MINYAK. DENGAN CARA PERTADBIRAN LINTANG PUKANG PAS DI KELANTAN, JANGANLAH HENDAKNYA KERAJAAAN PUSAT IKUT KEHENDAK PAS. 
BIARKAN LAH HASIL MINYAK ITU DIBAHAGIKAN SAMARATA KEPADA RAKYAT KELANTAN TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK MEREKA. KALAU IKUT CARA PAS, NAK BAGI GULA SATU KILO PUN , RAKYAT AKAN DITANYA SAMAADA MENYOKONG PAS ATAU UNMO. 
PAS, PAS.......SAMPAI BILA NAK BERUBAH.......?

Kita ikuti pula kupasan yang dibuat oleh rakan blogger dari Info4TT  :

Kontroversi Lebuh raya balak-satu lagi cubaan menarah balak balak Hutan Lipur Bukit Barau setelah kes Timbermine Sdn Bhd (Syarikat Singapura) berjaya menyaman Kerajaan Kelantan RM 800 juta.

Dalam artikel kronologi yang seringkas mungkin ini, penulis hanya ingin berkongsi latarbelakang serta hanya sedikit ulasan berkenaan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) yang sekarang sedang hangat digebang merata alam oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Umum sedia maklum sejak seawal bulan Disember 2010, dunia politik tanahair telah dihangatkan dengan desas desus dan khabar angin yang bertiup kencang menjangkakan parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya umum ke 13 bakal dilangsungkan dalam bulan Mac 2011.

Ramalan tersebut kemudiannya tersasar lantaran itu ia dianjak pula dengan jangkaan ianya akan diadakan pada akhir tahun yakni bulan November 2011.

Tidak semena-mena pada tanggal 10 Ogos 2011 (Sinar Harian 11082011), Husam Musa mengumumkan kerajaan PAS Kelantan akan membina lebuhraya KB-KK yang panjangnya 63 km secara penswastaan dengan kos sekitar RM1.9 bilion dan apabila ‘siap’ kelak mungkin pengguna akan dikenakan tol.

Info sampingan: 
pada 18 Mei 2011 iaitu kira-kira tiga bulan sebelum Husam dan kerajaan PAS Kelantan mengumumkan lebuhraya ‘syurga’, Kerajaan Pusat melalui agensinya JKR ada menjawab persoalan seorang pembaca Berita Harian berkaitan jalan baru Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang-Simpang Pelangai (Central Spin Road sebahagian dari Central Spin Expressway). 

Pada 24 Ogos 2011 (Sinar Harian Online 24082011), Husam Musa mendakwa tiga (3) syarikat kelas A berminat telah menghantar tawaran masing-masing untuk membida projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu.

Seterusnya pada 15 September 2011 (Haprakdaily 15092011 & Sinar Harian 16092011), sekali lagi beliau mengulangi pengumuman bahawa kerajaan PAS Kelantan telah tekad akan membina lebuhraya KB-KK itu secara penswastaan dan diikuti dengan pengesahan kadar tol yang akan dikenakan adalah pada tahap minima yang tidak membebankan pengguna.

Selanjutnya kata Husam lagi, kutipan tol akan dibatalkan sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pusat dan royalti minyak dikembalikan. Dengan duit royalti itu, lebuhraya tersebut akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Respon terakhir bagi tahun 2011 berkaitan ura-ura lebuhraya tersebut datangnya dari Nik Aziz melalui kenyataannya pada 18 Oktober 2011 semasa sidang DUN Kelantan. Kata Nik Aziz, kerajaan Kelantan sedang meneliti cadangan tersebut yang akan dibangunkan dengan kerjasama swasta.

Kelihatan seakan bersungguh benar kerajaan PAS Kelantan tika itu mahu membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sekalipun kantung kewangannya tipis dan belanjawan negeri acapkali mengalami defisit manakala di masa yang sama hutangnya dengan kerajaan pusat terus meningkat kepada RM 1.12 billion (sumber catatan kewangan Kelantan yg didedahkan Kickdefella).

Info selingan: 
salah satu sumber kewangan negeri ialah konsesi kayu balak. kebetulan tahun 1978 PAS jatuh di Kelantan selain kes tikam belakang kawan, juga turut melibatkan skandal kawasan balak yg mana berjaya disaman RM 800 juta oleh Syarikat Singapura Timbermine. Konsesi balak itu sebeasar 1/3 negeri Kelantan. Kebetulan juga, ladang rakyat di Gua Musang turut dibangunkan di kawasan yang ada kayu balak. 

Bagaimanapun barangkali disebabkan ramai pihak telah tampil secara lantang mempertikaikan kenapa perlunya diwujudkan kutipan tol sedangkan selama ini pakatan pembangkang khususnya PAS dan PKR sering mendakwa kutipan tol adalah bentuk penindasan kapitalis terhadap rakyat, maka untuk seketika isu lebuhraya tidak lagi kedengaran.

Dan tarikh 11.11.11 yang dikhabarkan parlimen akan bubar akhirnya berlalu begitu sahaja, turut berlalu dan senyap sepi ialah perkhabaran berkenaan lebuhraya ‘syurga’.

Tahun baru 2012 kemudiannya menjelang tiba, tika itu hangat isu Anwar Ibrahim dan pemecatan Hasan Ali dek angkara tangan ghaib dari PKR dan DAP. Saat ini tidak kedengaran walau sebutir kata perkhabaran terkini perihal lebuhraya yang gah diwar-warkan beberapa ketika sebelum ini.

Tika ini juga kembali hangat desas desus dan ura-ura pilihanraya umum ke 13 kemungkinan akan berlangsung sekitar Jun 2012 selepas beberapa ramalan sebelumnya tidak menepati sasaran.

Tiba-tiba pada 12 Februari 2012 (Haprakdaily 12022012), Husam Musa kembali membuka mulut katanya, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari lima (5) buah syarikat yang berminat dengan projek lebuhraya KB-KK sepanjang 73 kilometer itu sejak tawaran dibuka dari 2 Januari 2012 hinggalah ditutup pada 9 Februari 2012.

Agak menghairankan kerana sebelum ini dalam kenyataannya pada 24 Ogos 2011, Husam mendakwa telah menerima cadangan dari tiga syarikat kelas A. Kenapa pula sekali lagi tawaran dibuka pada 2 Januari hinggalah tawaran ditutup pada 9 Februari 2012 yang menyaksikan lima syarikat dikatakan telah menghantar cadangan projek?

Pada 3 April 2012, semasa berucap di majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS Kawasan Kota Bharu, Husam mendakwa “tiga dari tujuh tender syarikat yang memohon tender untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April”.

Sekali lagi timbul persoalan dalam benak penulis, kenapa angka syarikat yang memohon boleh berubah-ubah. Dari tiga menjadi lima dan sekalipun tawaran telah lama ditutup, tiba-tiba sekarang menjadi tujuh pula? Ada sesiapa yang mahu memberi penjelasan?

Kemudian pada 10 Mei 2012 (Haprakdaily 10052012), Husam mengumumkan pembinaan lebuhraya akan dimulakan pada akhir bulan ini disamping itu katanya lagi konsep lebuhraya tersebut adalah bebas tol kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 16 Mei 2012, konsep bebas tol dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan negeri telah ditukar menjadi konsep gotong royong dengan mengharapkan derma dari rakyat serta pihak lain bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut Husam, konsep tersebut diperkenalkan bukan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri sebaliknya untuk menanam semangat kerjasama dikalangan rakyat yang sebelum ini hanya pernah terdedah terlibat langsung menderma dalam pembinaan masjid dan surau sahaja.

Jelasnya lagi, jajaran pertama lebuhraya tersebut akan melalui kawasan Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk makluman, Hutan Lipur Bukit Bakau juga adalah antara hutan simpan yang digazetkan oleh Jabatan Perhutanan. Boleh tahan banyaknya kayu balak di sana.

Akhirnya pada 28 Mei 2012, Nik Aziz menyempurnakan majlis pecah tanah untuk permulaan projek tersebut di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan.

Juak-juak PAS bersorak sakan bangga seolah-olah sebaik sahaja majlis pecah tanah selesai, lebuhraya ‘syurga’ juga sudah terbentang siap untuk diguna. Tiada terdetik walau sekelumit persoalan, semuanya angguk dan gembira.

Ada penyokong PAS yang sudah tidak sabar menderma wang ringgit sebagai jaminan penghubung menuju ‘syurga’ dek kerana kata Nik Aziz adanya pahala untuk sesiapa menderma menjayakan projek lebuhraya tersebut tanpa terfikir risiko tragedi tabung memali mungkin berulang kembali.

Agaknya, jika mereka mengikuti kronologi dan percanggahan demi percanggahan dengan banyak persoalan bermain di minda sejak awal cetusan idea Husam Musa, adakah mereka berani menyatakan lebuhraya KB-KK tidak akan menerima nasib sama seperti projek kambing jamnapari?

Pesan penulis cuma satu, bila dekat pilihanraya pandai-pandailah jaga duit dan harta benda kalian semua, bukan apa menjelang pilihanraya akan banyak tabung dan kutipan derma datang dan pergi. Banyak wayang dan banyak temberang, gitulah selalunya "

IKLAN LEBIH JELAS :