Wednesday, 2 May 2012

HATI SYAITAN : REMAJA MASIH BERSEKOLAH CEKIK DAN BENAM BAYI DALAM BALDI..!!!

SIASAT...anggota  forensik memeriksa mayat bayi yang  ditanam dua remaja.
SIASAT...anggota forensik memeriksa mayat bayi yang ditanam dua remaja.

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai mencekik dan melemaskan bayi lelaki yang dilahirkannya dalam baldi berisi air Ahad lalu, sehari sebelum menanam mayat bayi itu dalam semak berhampiran kawasan kilang di Taman Ria Jaya di sini, keesokannya dengan bantuan teman lelakinya berusia 17 tahun.

Dalam kejadian 6.30 petang Ahad lalu, pelajar terbabit yang melahirkan bayi lelaki cukup sifat, panik lalu mengambil tindakan membunuh bayinya bagi mengelak perbuatan kejinya diketahui.

Menurut sumber, pelajar terbabit mencekik dan melemaskan bayi itu dalam baldi berisi air sebelum menyimpan mayatnya dalam almari di biliknya.
“Bayi itu dipercayai hidup dan sempurna sifat ketika dilahirkan.

“Ibu bapa remaja perempuan itu tidak tahu anak mereka hamil mungkin kerana perutnya yang membesar tidak terlalu ketara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, keesokannya kira-kira jam 6.30 pagi, remaja perempuan itu memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg sekolah untuk dibawa ke sekolah dan membuat temu janji dengan teman lelakinya, bekas pelajar sekolah berkenaan yang sudah tidak bersekolah.

“Pelajar perempuan itu kemudian mengikut teman lelakinya yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal, membawa mayat bayi untuk ditanam di tanah kosong di Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya.

“Mereka menanamnya bersama beg sebelum menutup dengan batang kayu untuk mengelak dikesan,” katanya.

Menurutnya, perbuatan pasangan remaja berkenaan terbongkar selepas pelajar perempuan itu menceritakan kejadian kepada beberapa rakannya yang kemudian melaporkan kepada guru kaunseling di sekolah berkenaan. Beliau berkata, guru kaunseling berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada seorang ahli jawatankuasa masjid berhampiran yang melaporkan kepada polis. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya sudah menahan pasangan berkenaan malam kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat bayi tanpa kebenaran. Polis akan menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

“Mayat bayi itu dipercayai ditanam lebih 24 jam lalu di Jalan PKNK 1/8, Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya dan ia dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.


MISTERI PAKAIAN DALAM BERSELERAK DEPAN RUMAH..!!!

Misteri pakaian dalam depan rumah
Sarah menunjukkan laporan polis dan gambar seluar dalam yang ditaburkan lelaki misteri di hadapan rumahnya



BERCHAM – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan

coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan 

dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin. 

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan 

seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah 

dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. 

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari 

pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut 

apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas 

kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu. 

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak 

berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk 

melakukan perbuatan keji ini. 

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi 

dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia 

melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai 

Polis Bercham di sini, kelmarin. 

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada 

waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku. 

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak 

lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika 

dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan 

rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan 

penduduk.

'SAYA SETUJU JIKA SEMUA ANGGOTA PDRM DIBUNUH' - KHALID ISMATH (PELAJAR UiTM SHAH ALAM)


"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan" 
Kata-kata ugutan yang dikeluarkan oleh :
  • Nama : Khalid Mohd.Ismath
  • Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
  • Umur : 22 tahun
  • Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
  • Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
Budak ini bukan sekali dua tunjukkan sifat biadap dan kurang ajar. Kebiadapan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam ini semakin menjadi-jadi sejak demo di hadapan pagar UPSI ketika malam tahun baru.

Pelajar yang GAGAL dalam semester yang lalu ini,  pernah melemparkan fitnah jahat kepada PDRM ketika kejadian demo di hadapan pagar UPSI dengan menulis cerita berbentuk fitnah di laman blognya.
FITNAH KHALID ISMATH KE ATAS PDRM KETIKA DEMO UPSI

Kali ini budak yang GAGAL dalam pelajaran ini cuba menghasut serta mengugut untuk membunuh semua anggota PDRM. Ketaksuban budak ini terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan dirinya menjadi semakin biadap.

Sewajarnya pihak UiTM mengambil tindakan ke atas pelajar ini, kerana lebih lama pihak UiTM menyimpan pelajar berperangai biadap dan kurang ajar ini, saya khuatir fahaman 'gila' yang diamalkan beliau akan merebak dalam kampus tersebut.

Biarlah bapanya menempatkan beliau di IPTS lain yang mana kos pengajian untuk jurusan yang diambil mungkin mencecah puluhan ribu.

Baca juga serangan komen yang dibuat di SINI

OLEH : Double - Y

PAS CAWANGAN NERAKA AKUI YANG GAMBAR ITU MEMANG AZMIN ALI!!!


APA KATA SURVEY?? ADAKAH PERUTNYA SAMA? 
ADAKAH RAMBUTNYA SAMA?
KEH3

>>>  JAWA BER6 <<<


NIK AZIZ NYANYOK : TAK SALAH SOKONG DAN BERI SUMBANGAN UNTUK KEGANASAN, HURU-HARA DAN KEGIATAN MELAWAN UNDANG-UNDANG..!!!


Adakah Nabi Muhammad SAW dan ISLAM mengajar umatnya perkara berikut:

1. Melawan dan menderhaka kepada pemimpin

2. Sengaja melanggar undang-undang dan memberotak

3. Menyokong aktiviti keganasan dan huru-hara yg membawa mudharat dalam masyarakat

4. Berusaha dan bersekongkol untuk memecah belahkan kesatuan umat ISLAM demi kuasa

5. Bekerjasama dan redha diperguna KAFIR HARBI untuk menghancurkan kesatuan ummah walau terang-terangan ISLAM diperguna dan dijadikan alat walhal mereka mengaku terang terangan ANTI ISLAM.

6. Menggunakan nama ISLAM demi raih sokongan walhal inti pati dan prinsip perjuangan berbeza dengan nilai ISLAM sama sekali.

7. Mengganas dan melawan wakil pemerintah yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan menegakkan undang-undang.

BERSAMA KITA FIKIRKAN SEDALAMNYA...PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT BERTENTANGAN DENGAN ISLAM DAN NILAI MORAL MANA-MANA MASYARAKAT DAN AGAMA...

CUKUPLAH MENYOKONG PAKATAN RAKYAT! JANGAN BERI MEREKA UNDI LAGI!

TOLAK PAKATAN RAKYAT BERMAKNA ANDA MENOLAK KEGANASAN SERTA HURU HARA!

Tuesday, 1 May 2012

SIDANG MEDIA AZMIN ALI : RAMAINYA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK


SIDANG MEDIA KHAS
OLEH YB AZMIN ALI
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.


SENARAI PENGAMAL MEDIA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK

1. Semua Anak Syarikat Media Prima
2. Semua Anak Syarikat Utusan
3. Papagomo
4. Mymassa
5. Panglima Perang Siber
6. Pisau
7. Dr. MIM
8. UMB dan semua ahlinya
9. Agenda Daily
10. Merdeka Online
11. Taiping Mali
12. House PK
13. AIDC
14. MYKMU
15. The Unspinner
16. Gelombang Rakyat
17. Keris 7 Lok
18. Angin Perubahan
19. Badut Rakyat
20. Jiwa Paradox
21. Jawa Berenam
22. Jari jemari
23. KL Pos
24. Matkilaupenang
25 Kickdefella
26. JATI
27. Ummi Hafilda
28. Sabahkini
29. Sarawakupdates
30. SPRM

* Lain-lain dibenarkan.

Inilah kemungkinan yang dikhabarkan. Sila layari berita sebenar di http://www.keadilanrakyat.org/ Sila abaikan jika perkhabaran ini kurang tepat, tetapi sentiasalah menanti Press Conference Khas Azmin Ali.

***Itu macam kalu, Azmin sama Shamsidar dan Anwar lagi bagus, lain olang tak perlu join maa....

VIDEO : MANGSA LANGGAR DI SOGO..???



Kejadian yang digambarkan dalam video ini mungkin dijadikan alasan untuk perusuh perusuh membelasah anggota polis dan seorang pemberita Al Jazeera yang cuba menyelamatkan mangsa.Tapi tahukah mereka angkara siapa yang membuat pemandu kereta polis tersebut pengsan tak sedarkan diri bila diserang bertubi tubi dengan objek keras oleh perusuh perusuh 100m sebelum terbabas melanggar tembok Sogo?

Banyak video yang berada di Youtube menunjukan betapa ganasnya serangan terhadap kereta polis dan pemandunya oleh perusuh perusuh disepanjang jalan sebelum pengsan dan terbabas ke Sogo.Itulah fakta yang tidak dapat disangkal dan siapa yang mahu kita salahkan dalam soal ini?

Gunakan pemikiran rasional dan jangan terbawa bawa dengan sentimen sokongan kita kepada pihak mana sekalipun..Saksikan video ini dan kemudian saksikan video punca kejadian terbabas itu dan banyak lagi video yang berkaitan...



By : AKU PEDULI APA