Showing posts with label MISTERI. Show all posts
Showing posts with label MISTERI. Show all posts

Friday, 6 July 2012

MISTERI KEHILANGAN DEBU DI KELILING BINTANG

LAKARAN artis menunjukkan sejumlah debu mengelilingi bintang TYC 8241 2652.


WASHINGTON - Beberapa saintis terkejut dan hairan apabila mereka menyaksikan sejumlah debu kosmik yang bersinar di sekeliling sebuah bintang didapati telah hilang.

Monday, 25 June 2012

GEMPAR..!!! PEREMPUAN MISTERI ANWAR MUNCUL..!!!



Zaliah Zakaria 56. - Bekas toke Lumba Kuda.

Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Friday, 1 June 2012

TUKANG KAYU NAMPAK PELESIT ATAS SYILING..?

Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling

KULIM – Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.
Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.
Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.
Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.
“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.
Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.
-sinar harian- (Berita 30 Mei)

Saturday, 26 May 2012

BAYI HILANG DARI BUAIAN DITEMUI MATI DALAM PERIUK..!!!


MOHD Noor Salleh menunjukkan tempat anaknya ditemui mati dalam periuk di kabinet dapur rumahnya di Kampung Sri Ladang, Rengit.
MOHD Noor Salleh menunjukkan tempat anaknya ditemui mati dalam periuk di kabinet dapur rumahnya di Kampung Sri Ladang, Rengit.
Misteri hilang dari buaian

BATU PAHAT: Kematian seorang bayi berusia 64 hari di Kampung Seri Ladang, Rengit, Jumaat lalu, menimbulkan misteri kerana mangsa yang dilaporkan hilang, ditemui dalam keadaan kaku dan lengkap berpakaian dalam periuk di dapur rumahnya.
Malah, ini bukan kali pertama pasangan Mohd Noor Salleh, 58, dan Zarinah Dahalan, 42, kematian anak, sebaliknya dua anak mereka sebelum ini turut meninggal dunia pada usia kurang tiga bulan.
Ibu mentua Mohd Noor, Salasiah Ahmad, 67, berkata selepas kelahiran anak sulung mereka, Asyraful Iqbal, yang kini berusia 15 tahun, tiga anak pasangan itu meninggal dunia dalam usia kurang tiga bulan.

Anak kedua pasangan itu, Nor Alia, meninggal dunia pada 2003 ketika berusia tiga bulan kerana tersedak susu, manakala anak ketiga, Siti Salmah, meninggal dunia pada 2010 dalam usia 44 hari selepas dilahirkan tidak cukup umur.

Terbaru, Jumaat lalu, anak keempat pasangan itu, Asyraful Iskandar Mohd Salleh, pula ditemui meninggal dunia dalam periuk secara misteri.

"Sebelum ini kami anak beranak hidup aman serta tiada gangguan melainkan pernah terdengar bacaan ayat al-Quran, marhaban, selain terhidu masakan kari dan kopi di belakang rumah yang mempunyai sungai tetapi itu bukan masalah besar kerana selama ini ia tidak menimbulkan sebarang gangguan kepada kami," katanya. 
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ketika dihubungi berkata bedah siasat tidak menemui sebarang kesan mencurigakan pada mayat bayi terbabit.

“Kejadian ini tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Sementara itu, Mohd Noor berkata beliau sempat menjenguk anak bongsunya itu yang nyenyak tidur dalam buaian sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, kira-kira jam 8 pagi.

"Saya ke klinik tidak jauh dari rumah bagi menjalani ujian tekanan darah dan sebelum ke sana, saya sempat menjenguk Asyraful yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

"Bagaimanapun, sejurus pulang ke rumah setengah jam kemudian, isteri saya yang panik memaklumkan bayi kami hilang daripada buaian.

“Saya yang terkejut, memaklumkan jiran tetangga sebelum orang kampung membantu mencari serta anak saya. Kami tidak berjumpa sebarang jejak, membuatkan saya bergegas membuat laporan di Balai Polis Rengit," katanya.

Mohd Noor berkata, sepasukan anggota polis termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba sebelum memeriksa segenap ceruk kediamannya.

"Selepas kira-kira sejam membuat pemeriksaan, anggota polis menemui anak bongsu saya dalam sebuah periuk sederhana besar dalam almari kabinet dapur dalam keadaan kaku terbaring lengkap berpakaian seperti sedang tidur,” katanya.

Friday, 18 May 2012

SIAPAKAH LELAKI BERJUBAH PUTIH YANG MENGANGKAT PEMUDA MATI SYAHID DENGAN SEBELAH TANGAN ....?????

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..Siapakah dia?

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.
Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan di belakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Siapakah lelaki berjubah putih itu?
Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam.
*Video ini pada asalnya telah dimuat naik pada 28 Disember tahun lalu sebelum dimuat naik berulang kali oleh pelbagai pihak.
*Lelaki dalam jubah putih itu dikatakan ghaib selepas menyerahkan pemuda yang cedera itu kepada sekumpulan pemuda lain.
*Punyalah tenang lelaki itu berjalan keluar dari bangunan di sebelah jasad pemuda berkenaan, sesuatu yang mengasyik untuk ditonton berulang kali.

Wednesday, 2 May 2012

MISTERI PAKAIAN DALAM BERSELERAK DEPAN RUMAH..!!!

Misteri pakaian dalam depan rumah
Sarah menunjukkan laporan polis dan gambar seluar dalam yang ditaburkan lelaki misteri di hadapan rumahnya



BERCHAM – Seorang gadis hidup dalam ketakutan apabila seluar dalam dan

coli miliknya yang dicuri sejak dua bulan lalu, ditemui bertaburan di hadapan 

dan halaman rumahnya di di Kampung Tersusun Tasek di sini, kelmarin. 

Keadaan itu begitu menakutkan dirinya selepas menjadi mangsa gangguan 

seksual seorang lelaki misteri yang gemar meninggalkan nota berbaur lucah 

dan mempelawa mangsa melakukan hubungan seks dengannya. 

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 32, berkata, kejadian itu disedari 

pada jam 9.45 pagi ketika dia ingin keluar untuk bekerja sebelum terkejut 

apabila mendapati seluar dalam miliknya bertaburan.

Menurutnya, beberapa coli dan seluar dalamnya turut bertaburan di atas 

kereta serta perkarangan rumah keluarganya itu. 

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku apabila lelaki berkenaan bertindak 

berani dengan menceroboh kawasan rumah kami pada jam 1 pagi untuk 

melakukan perbuatan keji ini. 

“Dalam kejadian pertama pada awal Mac lalu, dua helai coli hilang tetapi 

dikembalikan seminggu kemudian dengan sekeping nota lucah. Saya yakin ia 

melibatkan individu sama,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai 

Polis Bercham di sini, kelmarin. 

Katanya, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang lampu pada 

waktu malam bagi mengelakkan kejadian sama berlaku. 

“Keluarga sangat bimbang dengan lelaki berkenaan yang mungkin bertindak 

lebih berani dengan menceroboh rumah pula,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika 

dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan 

rondaan di kawasan berkenaan akan ditingkatkan bagi menjaga keselamatan 

penduduk.