Wednesday, 2 May 2012

NIK AZIZ NYANYOK : TAK SALAH SOKONG DAN BERI SUMBANGAN UNTUK KEGANASAN, HURU-HARA DAN KEGIATAN MELAWAN UNDANG-UNDANG..!!!


Adakah Nabi Muhammad SAW dan ISLAM mengajar umatnya perkara berikut:

1. Melawan dan menderhaka kepada pemimpin

2. Sengaja melanggar undang-undang dan memberotak

3. Menyokong aktiviti keganasan dan huru-hara yg membawa mudharat dalam masyarakat

4. Berusaha dan bersekongkol untuk memecah belahkan kesatuan umat ISLAM demi kuasa

5. Bekerjasama dan redha diperguna KAFIR HARBI untuk menghancurkan kesatuan ummah walau terang-terangan ISLAM diperguna dan dijadikan alat walhal mereka mengaku terang terangan ANTI ISLAM.

6. Menggunakan nama ISLAM demi raih sokongan walhal inti pati dan prinsip perjuangan berbeza dengan nilai ISLAM sama sekali.

7. Mengganas dan melawan wakil pemerintah yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan menegakkan undang-undang.

BERSAMA KITA FIKIRKAN SEDALAMNYA...PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT BERTENTANGAN DENGAN ISLAM DAN NILAI MORAL MANA-MANA MASYARAKAT DAN AGAMA...

CUKUPLAH MENYOKONG PAKATAN RAKYAT! JANGAN BERI MEREKA UNDI LAGI!

TOLAK PAKATAN RAKYAT BERMAKNA ANDA MENOLAK KEGANASAN SERTA HURU HARA!

Tuesday, 1 May 2012

SIDANG MEDIA AZMIN ALI : RAMAINYA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK


SIDANG MEDIA KHAS
OLEH YB AZMIN ALI
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya.


SENARAI PENGAMAL MEDIA YANG TIDAK DIBENARKAN MASUK

1. Semua Anak Syarikat Media Prima
2. Semua Anak Syarikat Utusan
3. Papagomo
4. Mymassa
5. Panglima Perang Siber
6. Pisau
7. Dr. MIM
8. UMB dan semua ahlinya
9. Agenda Daily
10. Merdeka Online
11. Taiping Mali
12. House PK
13. AIDC
14. MYKMU
15. The Unspinner
16. Gelombang Rakyat
17. Keris 7 Lok
18. Angin Perubahan
19. Badut Rakyat
20. Jiwa Paradox
21. Jawa Berenam
22. Jari jemari
23. KL Pos
24. Matkilaupenang
25 Kickdefella
26. JATI
27. Ummi Hafilda
28. Sabahkini
29. Sarawakupdates
30. SPRM

* Lain-lain dibenarkan.

Inilah kemungkinan yang dikhabarkan. Sila layari berita sebenar di http://www.keadilanrakyat.org/ Sila abaikan jika perkhabaran ini kurang tepat, tetapi sentiasalah menanti Press Conference Khas Azmin Ali.

***Itu macam kalu, Azmin sama Shamsidar dan Anwar lagi bagus, lain olang tak perlu join maa....

VIDEO : MANGSA LANGGAR DI SOGO..???



Kejadian yang digambarkan dalam video ini mungkin dijadikan alasan untuk perusuh perusuh membelasah anggota polis dan seorang pemberita Al Jazeera yang cuba menyelamatkan mangsa.Tapi tahukah mereka angkara siapa yang membuat pemandu kereta polis tersebut pengsan tak sedarkan diri bila diserang bertubi tubi dengan objek keras oleh perusuh perusuh 100m sebelum terbabas melanggar tembok Sogo?

Banyak video yang berada di Youtube menunjukan betapa ganasnya serangan terhadap kereta polis dan pemandunya oleh perusuh perusuh disepanjang jalan sebelum pengsan dan terbabas ke Sogo.Itulah fakta yang tidak dapat disangkal dan siapa yang mahu kita salahkan dalam soal ini?

Gunakan pemikiran rasional dan jangan terbawa bawa dengan sentimen sokongan kita kepada pihak mana sekalipun..Saksikan video ini dan kemudian saksikan video punca kejadian terbabas itu dan banyak lagi video yang berkaitan...



By : AKU PEDULI APA

DARI 222 PARLIMEN, INI SAHAJA YANG SOKONG ANWAR, AMBIGA, NIK AZIZ.....


Dari jumlah 222 buah Parlimen yang akan dipertandingkan pada PRU 13 nanti yang melibatkan 12.5 juta pengundi, hanya dalam gambar tersebut sahaja yang akan menyokong penuh Ambiga dan Anwar Ibrahim. Mereka mensasarkan yang turun merusuh dalam BERSHIT 3.0 adalah sekitar 30 ribu sahaja. Bermaksud tidak sampai 5% dari jumlah pengundi yang akan memberi mandat pada PRU 13 nanti. Perusuh bersih yang terlibat ada juga datangya dari Singapura. Jika ditolak tambah.. Mungkin yang sebetulnya menyokong penuh Anwar Ibrahim dan Ambiga hanya sekitar 20 ribu.
By :  Gua In The House

**** POLITICS IS NUMBERS N PERCEPTIONS...!!!

BAKAR AL-QURAN

TEHERAN 30 April - Iran hari ini mengutuk tindakan seorang paderi Amerika Syarikat (AS) yang membakar al-Quran dan menyifatkannya sebagai tindakan provokasi serta mendesak pihak berkuasa negara itu mengambil tindakan bagi mengelak berulangnya kejadian tersebut.

Agensi berita IRNA melaporkan, Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengutuk perbuatan biadab dan menghina oleh paderi, Terry Jones.

Jones dalam satu majlis di Florida kelmarin membakar al-Quran dan lukisan menggambarkan Nabi Muhammad bagi membantah tindakan Iran memenjarakan paderi Kristian negara ini, Yousef Nadarkhani.

Perbuatan biadab itu disiarkan melalui laman web YouTube.

Jones yang menolak permintaan Jabatan Pertahanan AS untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut ekoran kebimbangan keselamatan tentera negara itu di luar negara, mendalangi perbuatan sama pada Mac 2011 yang mencetus keganasan di Afghanistan dan mengakibatkan 12 orang maut.

Kementerian Luar Iran berkata, perbuatan terbaru itu adalah kerana wujudnya perasaan fobia terhadap Islam di Barat.

"Dunia kini menanti tindakan pantas, serius dan jujur daripada kerajaan AS untuk mengelak kejadian ini tidak berulang,' kata kementerian itu.

Ia berkata, perbuatan tersebut akan menimbulkan kemarahan dan kebencian penganut Islam di seluruh dunia. - AFP



ANGELINA JOLIE + BRAD PITT.... BARU NAK KAWIN..!!!


Ramai yang minat giler pada Angelina Jolie dan Brad Pitt.... bukan sahaja kerana kecantikan dan kekacakan pelakon terkenal Hollywood itu, tetapi kerana lakonannya di dalam filem2 box-office mereka.

Harap peminat2 di negara ini yang beragama Islam...setakat minat aja lah ye. Jangan ditiru cara kehidupan artis glamour ni.... duduk serumah bertahun2 sehingga melahirkan anak..... tetapi, baru umumkan nak berkahwin. Sebenarnya, mereka dh lama kahwin... CUMA BELUM 'NIKAH' AJA.... !!!

SELEPAS diberitakan bertunang pada awal April lalu, khabar bahagia daripada pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sekali lagi muncul alabila mereka dikatakan bakal berkahwin pada 11 Ogos ini.
Menurut laporan Digital Spy, tarikh perkahwinan itu bukannya dipilih sekadar suka-suka tetapi ia merupakan ulang tahun perkahwinan ke 50 tahun buat kedua-dua orang tua Brad iaitu Bill dan Jane.
Difahamkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di kediaman pasangan tersebut di perancis itu bakal disambut dengan meriah dengan jumlah seramai 300 orang tetamu undangan dan antara selebriti yang akan hadir ialah George Clooney, Matt Damon, Johnny Depp dan Tom Cruise.
“Majlis besar-besaran diadakan kerana pasangan itu mahu anak-anak mereka melihat kebahagiaan ibu bapanya.
“Lebih menarik lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu bapa Brad turut disambut,” kata sumber kepada Daily Star.
Tambah sumber itu lagi, keluarga Angelina terlalu menyayangi keluarga Brad lebih-lebih lagi ketika aktres itu kehilangan ibunya akibat kanser ovari pada lima tahun lalu.
- mStar Online

KERAP MARAH DAN GADUH DENGAN ISTERI : AHLI PERNIAGAAN MATI DITIKAM ANAK SENDIRI...



IPOH – Akibat pergaduhan keluarga, seorang ahli perniagaan mati ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri, remaja berusia 15 tahun, di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, remaja berusia 15 tahun itu dikatakan menikam bapanya dalam sebuah bilik dengan menggunakan dua pisau.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan.

Bagaimanapun motif pembunuhan remaja berkenaan dipercayai kerana marah dengan tindakan bapanya yang selalu bergaduh dan memukul ibunya.

“Suspek sendiri membuat laporan, kononnya menjumpai bapanya di rumah, mati dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.



****Takziah utk ahli keluarga dan saudara mara....