Tuesday 1 May 2012

ANGELINA JOLIE + BRAD PITT.... BARU NAK KAWIN..!!!


Ramai yang minat giler pada Angelina Jolie dan Brad Pitt.... bukan sahaja kerana kecantikan dan kekacakan pelakon terkenal Hollywood itu, tetapi kerana lakonannya di dalam filem2 box-office mereka.

Harap peminat2 di negara ini yang beragama Islam...setakat minat aja lah ye. Jangan ditiru cara kehidupan artis glamour ni.... duduk serumah bertahun2 sehingga melahirkan anak..... tetapi, baru umumkan nak berkahwin. Sebenarnya, mereka dh lama kahwin... CUMA BELUM 'NIKAH' AJA.... !!!

SELEPAS diberitakan bertunang pada awal April lalu, khabar bahagia daripada pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie sekali lagi muncul alabila mereka dikatakan bakal berkahwin pada 11 Ogos ini.
Menurut laporan Digital Spy, tarikh perkahwinan itu bukannya dipilih sekadar suka-suka tetapi ia merupakan ulang tahun perkahwinan ke 50 tahun buat kedua-dua orang tua Brad iaitu Bill dan Jane.
Difahamkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di kediaman pasangan tersebut di perancis itu bakal disambut dengan meriah dengan jumlah seramai 300 orang tetamu undangan dan antara selebriti yang akan hadir ialah George Clooney, Matt Damon, Johnny Depp dan Tom Cruise.
“Majlis besar-besaran diadakan kerana pasangan itu mahu anak-anak mereka melihat kebahagiaan ibu bapanya.
“Lebih menarik lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu bapa Brad turut disambut,” kata sumber kepada Daily Star.
Tambah sumber itu lagi, keluarga Angelina terlalu menyayangi keluarga Brad lebih-lebih lagi ketika aktres itu kehilangan ibunya akibat kanser ovari pada lima tahun lalu.
- mStar Online

No comments: