Showing posts with label AL-QURAN. Show all posts
Showing posts with label AL-QURAN. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

TEKNOLOGI CANGGIH MENCETAK AL-QURAN

Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibina untuk menjaga kemurnian kitab suci Al-Quran. Dengan pekerja berjumlah 1700 orang, setiap tahun, percetakan mampu mencetak 10 juta Al-Quran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset.


Proses pencetakan Al-Quran. Selain mencetak Al-Quran, Percetakaan Mushaf Al-Quran Kompleks Malik Fahd ini juga menetapkan pengedaran Al-Quran di seluruh dunia termasuk membagikannya ke masjid-masjid ataupun institusi pendidikan.

Proses pengisian suara untuk pembuatan Al-Quran digital (CD / Kaset).

Proses tashih (editing suara) untuk pembuatan Alquran digital (CD/Kaset).

Mesin cetak Alquran kini menggunakan teknologi canggih.

Masjid di pabrik pencetakan Alquran Madinah al-Munawwaroh.
Sumber : http://tabekpuang.blogspot.com

Tuesday, 5 June 2012

TIPS MENGHAFAL AL-QURAN


Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. Tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.

Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. Sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. Mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut, lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.

Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. Kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. Kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. Banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. Utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

Thursday, 24 May 2012

LELAKI MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN KOMA


Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Sumber: Melayukini.net

Tuesday, 1 May 2012

BAKAR AL-QURAN

TEHERAN 30 April - Iran hari ini mengutuk tindakan seorang paderi Amerika Syarikat (AS) yang membakar al-Quran dan menyifatkannya sebagai tindakan provokasi serta mendesak pihak berkuasa negara itu mengambil tindakan bagi mengelak berulangnya kejadian tersebut.

Agensi berita IRNA melaporkan, Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengutuk perbuatan biadab dan menghina oleh paderi, Terry Jones.

Jones dalam satu majlis di Florida kelmarin membakar al-Quran dan lukisan menggambarkan Nabi Muhammad bagi membantah tindakan Iran memenjarakan paderi Kristian negara ini, Yousef Nadarkhani.

Perbuatan biadab itu disiarkan melalui laman web YouTube.

Jones yang menolak permintaan Jabatan Pertahanan AS untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut ekoran kebimbangan keselamatan tentera negara itu di luar negara, mendalangi perbuatan sama pada Mac 2011 yang mencetus keganasan di Afghanistan dan mengakibatkan 12 orang maut.

Kementerian Luar Iran berkata, perbuatan terbaru itu adalah kerana wujudnya perasaan fobia terhadap Islam di Barat.

"Dunia kini menanti tindakan pantas, serius dan jujur daripada kerajaan AS untuk mengelak kejadian ini tidak berulang,' kata kementerian itu.

Ia berkata, perbuatan tersebut akan menimbulkan kemarahan dan kebencian penganut Islam di seluruh dunia. - AFP