Sunday, 22 April 2012

WAJAH-WAJAH 'SUCI' ANWAR IBRAHIM..!!!


Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri?


Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.


Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang dengar. Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri. Lihatlah wajah pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan. 


Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau. Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca. Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.


Awang Selamat

PROTON PREVE GAGAL UJI PANDU..???

Huh...Proton Preve Kantoi?

Beberapa keping gambar memperlihatkan sebuah model Proton Preve (untuk tujuan uji pandu) yang mana kedudukan tayar bahagian hadapannya (kanan) tercabut sedang tersebar dengan begitu meluas di media sosial sejak semalam.
Ramai yang memberikan pandangan dan komen tersendiri mengenai kejadian itu.
Sekali imbas, siapa yang hendak membeli atau mempercayai Proton lagi kan bila model pandu uji pun boleh rosak begitu pantas.
Namun, pihak Proton Edar telah tampil menjawab apa yang berlaku di fan page Facebook mereka.
Menurut Proton Edar, pada pukul 4.45 petang semalam, salah seorang penasihat jualan mereka terbabit dalam satu kemalangan ketika memandu dari Jalan Sentul menuju ke Jalan Pahang (Kuala Lumpur).
Penasihat jualan berkenaan kata mereka, telah melanggar pembahagi jalan hingga kereta berkenaan terangkat, dan ketika ia jatuh kembali, ‘lower arm’ kereta terbabit patah.
“Kami gembira penasihat jualan kami tidak cedera, namun unit uji pandu kami itu mengalami kerosakkan akibat kemalangan berkenaan,” katanya.
Pihak Proton Edar dalam kenyataan di Facebook mereka menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu apa jua jenis kenderaan.

Saturday, 21 April 2012

ISU MANSUH PTPTN : DAP, PAS, PKR LANGSUNG TAK SEHALUAN..!!!

ZIONIST ALJUBURI DAN ANAK2 HANJIN PKR JE YANG BERMIMPI NAK MANSUH PTPTN. TAPI PESAL PENGANUT PAS MACAM NAK GILA KHINZIR PERJUANGKAN BANTAHAN PTPTN????????? SEDANGKAN DAP DAN PAS TAK SETUJU IANYA DIMANSUHKAN.........



 

Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai. Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN. DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion. Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit 'muka' kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya. Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari. Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3. Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.



- BRO JINGGO -

EKSKLUSIF : KERATAN AKHBAR UNTUK PENYOKONG PAS!!!

Orang PAS tak baca Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar arus perdana yang lainnya. Ye ke? Berikut dipaparkan beberapa keratan akhbar untuk tatapan orang-orang PAS yang tak mungkin akan menjumpainya di Harakah.... 



PAS Kata UMNO Kafir Sebab Kerjasama Dengan MCA dan MIC. Apa Hukum PAS Komplot Dengan DAP?
 

  
Amanat Haji Hadi Menyebabkan Orang Islam Berpecah.


PAS Pernah Berkata Jika Mengundi Anwar Ibarat Kita Menempah Untuk Masuk Neraka. Sekarang Apa Dah Jadi?


Pengerusi DAP Berkata PAS Jangan Berangan Untuk Laksanakan Dasar Negara Islam. Siapa Kuda Siapa?

PAS Selalu Tuduh UMNO Perasuah. Tetapi Dalam PAS Juga Sudah Wujud Politik Kotor.



Apa Pendirian PAS Bila Karpal Singh Cakap Begini? Nik Aziz Membisu Seribu Bahasa.


PAS Perlukan Nas dan Hadith Yang Sahih Untuk Membuktikan Bahawa Orang Islam Yang Menyokong UMNO Tidak Masuk Syurga.


Mat Sabu Adalah Dalang Kepada DAP Untuk Hancurkan Islam. Beliau Dibayar RM12,000.00 Sebulan Oleh DAP Secara Senyap.


DAP Sudah Bertukar Jadi Malaikat Ker Sekarang Wahai Nik Aziz?

Nama Lim Guan Eng Ganti YdPA Dalam Doa Khutbah Jumaat Di Pulau Pinang.


Nik Aziz Kata Haram Bagi Penjualan Arak Di Selangor Sewaktu BN Memerintah.


DAP Nekad Akan Hapuskan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Jika Pakatan Pembangkang Memerintah.


PAS Kata Lompat Parti Jadi Bebas Haram. Hassan Ali Tahu Ker Hukum Ini?


Banyak lagi keratan akhbar dalam simpanan gua. Malas rasanya nak upload semua sebab kawasan banglo gua 3G slow yang amat dasyat. Cukuplah dulu sekadar ini untuk menjadi renungan kita bersama terutama penyokong PAS yang kononya alim....


-Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim-

KREDIT TO :  Gua In The House

WOW..!!! NIK AZIZ SESAT LAGI MENYESATKAN...!!!

Perkara hebat yang ada pada Nik Aziz adalah menjatuhkan hukum mengikut selera dan nafsu makhluk yang ada pada dirinya. Sifat sebagai manusia ini adalah jauh berbeza dengan pencipta, oleh itu adalah amat pelik jika sifat Nik Aziz yang kononnya dalam ilmu dan makam nilai agamanya.... Itu org kata, bukan aku.

Perkara hebat inilah yang tidak ada kpd pemimpin UMNO dan BN!. Nik Aziz sebagai mursyidul Am Pas telah diangkat sebagai nabi parti mereka sekaligus telah mendapat status quo untuk menghukum mana-mana sahaja makhluk yang tidak mengisi borang keahlian Pas. Dalam masa yang sama, Nik Aziz juga telah mengambil alih beberapa tugas Tuhan dan antaranya mampu menentukan samada seseorang akan ke syurga atau neraka. Kepala bapak dia!!!!!

Apa nak jadi kepada pengikut yang cerdik pandai ni? Apakah kerana rasa tidak puashati kepada kerajaan mengakibatkan mereka terus menerus menyokong amalan songsang PAS yang menyesatkan umat atau mereka benar-benar berjuang untuk agama?

Jika agama di dahulukan, maka amat malanglah mereka memilih PAS sebagai landasan perjuangan kerana terbukti selama 22 tahun Pas di Kelantan, satu enakmen Hudud pun tidak pernah dilaksanakan. Jika kerana tidak berpuashati kepada kerajaan, juga mereka ini terdiri dari golongan yg tidak bersyukur. Cuba bandingkan negara ini dengan negara jiran yang lain.
Bersyukurlah......


*** Apa nak heran dengan Nik Aziz... Tuhan pun mencarut.... ingat lagi tak ucapan dia kat Stadium Sultan Muhammad Ke 1V, Kota Bharu pada 1 Mei 1999.... tak caya?.. Tengok la   di sini .  Tak cukup dengan itu, dia juga kata kelahiran Nabi Muhammad SAW sama mcm kelahiran mamat-mamat kampung yang lain. Lihat video mengenainya ... di sini .  Kalau pemimpin UMNO yang buat mcm tu, entah apa agaknya puak-puak pakatan haram jadah ni akan menggelarnya... yang pasti tak cukup dgn maki hamun keji dan carut..!!! Tapi biasalah... kalau PAS yang buat HALAL belaka....!!!

Sumber  :  pasberuk 

RANKING DUNIA HARGA PETROL MALAYSIA


Perhatikan kedudukan Malaysia dalam ranking harga petrol sedunia yang terkini. Kedudukan Malaysia betul-betul berada di bawah negara-negara pengeluar minyak yang terbesar di dunia. Malah kedudukan negara kita jauh lebih baik berbanding beberapa anggota OPEC yang lain iaitu, Angola dan Iraq.

Memang betul Malaysia ini negara pengeluar minyak, tetapi kuantitinya terlalu kecil sehingga tidak layak menjadi anggota OPEC pun. Itupun beza harga dengan Arab Saudi hanya 0.40 sen Euro sahaja (kira-kira RM1.50 sahaja).

Cuba cari pula negara-negara jiran kita yang kita boleh pandu kereta terus dan isi petrol di sana. Hanya Indonesia (bekas anggota OPEC) yang kelihatan, malah negara contoh yang sering diagung-agungkan DAP dan fuckatan, iaitu Singapura, entah ke berapa kedudukan rankingnya.

Jadi, kepada sesiapa yang masih merasakan Kerajaan BN tidak berkebajikan dan mengenakan harga minyak yang tinggi, maka, sila-silakanlah mengisi petrol anda di Thailand atau Singapura (mana lebih selesa).

Bukankah mereka lebih berkebajikan dan pandai menguruskan ekonomi berbanding Kerajaan Melayu BN yang hanya tahu menyeleweng dan rasuah ini?!!

*Tahun 1990-an, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, rakyat membayar cukai minyak (yang digelar duti petrol) sebanyak RM0.50.Anwar kutip cukai, bukan bagi subsidi. Itupun ada hati hendak hapus PTPTN! - http://www.mymassa.blogspot.com

PESAWAT TERHEMPAS, 127 MAUT.....

127 Maut Pesawat Terhempas

ISLAMABAD – Pesawat penumpang Boeing 737-200 milik Bhoja Airline terhempas ketika cuaca buruk dekat markas tentera udara Chaklala tidak jauh dari ibu negara, Islamabad, menyebabkan 127 orang terbunuh.
Kawasan kemalangan juga beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, kata Menteri Pertahanan, Chaudhry Ahmed Mukhar yang mengesahkan peluang tipis untuk penumpang terselamat.
Laporan lain menyatakan 131 maut manakala satu lagi menyatakan 122 terbunuh dalam nahas udara kali ini.
Hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan sekitar ibu negara ketika nahas berlaku pada 6.40 petang waktu tempatan.
Sumber lapangan terbang berkata, pesawat B4-213 Bhoja Airline itu dijadual mendarat di lapangan terbang Islamabad pada 6.50 waktu tempatan tetapi hilang hubungan dengan menara kawalan 10 minit sebelum itu dan terhempas ketika mendekati destinasi.
Baca seterusnya.... di sini