Friday, 20 January 2012

RAFIZI BAYAR RM200 SETIAP PESERTA DEMO 901...??!!!

SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!

G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak? - Amenoworld
Wohaa!!! Memang tak sangka beb.. Kaya sungguh si Rafizi tu sampai sanggup bayar RM200 pada setiap sorang peserta demo 901 di Mahkamah hari tu..

Korang tak percaya? Tengok je lah gambar kat atas tu.., bukan gua yang bongkar, tapi blogger dorang jugak yang dedahkan..

Rugilah gua sebab pergi mahkamah hari tu tak pakai baju PKR.. Gua cuma bawak topeng Anwar je beb.. Kalau tak, bolehlah gua claim RM200 tu.. Lepas lah duit tambang teksi gua..

Lagi satu, dalam Malaysiakini hari tu kata 5000 orang ada di tapak parking mahkamah.. Kalau RM200 x 5000..., fuhhhh..., banyak tu Rafizi kena bayarr.. Mana dia cekau duit hah?

Patutlah Rafizi selamba dek je bila Shahrizat saman 100 juta..., banyak duit ropanya diaa...
SUMBER

PAS PEMBOHONG.... PERSEKUTUAN TIDAK PERNAH SALUR BANTUAN..???!!!

Pas Kelantan selalu kata, kerajaan pusat zalim.....!!!



PAS kata Kerajaan Pusat zalimi rakyat Kelantan.

PAS kata Kerajaan Pusat aniaya rakyat Kelantan.

PAS kata Kerajaan Pusat sekat pembangunan ke Kelantan. 

Habis tu duit RM73.1 juta ni duit dari siapa? Dari Kerajaan PKR Selangor atau Kerajaan DAP Penang.




Bukan itu sahaja.....





Lihat juga yang ini...



Macam tu punya fitnah pun PAS tetap tuduh UMNO kaki fitnah. Sedangkan dalam setiap kali ceramah, PAS dendangkan nada FITNAH yang sama, BN zalim terhadap rakyat Kelantan.



Thursday, 19 January 2012

ISU SYED MOKHTAR.... TERNYATA DAP ANTI MELAYU..!!!!


PANASSS..!!! DAP TUDUH WUJUD KONSPIRASI TERTINGGI ANTARA TAN SRI SYED MOKHTAR DAN KERAJAAN..???


Nampaknya, DAP memang tak puas hati pada Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari yang kini memiliki majoriti saham di dalam Proton. Katanya, ada "konspirasi peringkat tertinggi" antara Kerajaan dan Syed Mokhtar...

MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata...
“Ia menimbulkan persoalan sama ada wujud konspirasi peringkat tertinggi oleh kerajaan persekutuan untuk memindahkan aset terutamanya tanah kepada Syed Mokhtar sekiranya berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang,”
Selain itu, mamat DAP tu mempertikaikan keterlibatan Syed Mokhtar dengan projek MRT, pemilikan Pos Malaysia, MMC Corp dan dikatakan sedang mengejar pemilikan KTMB...

First of all, aku langsung tak kisah sekiranya semua business yang disebut tu dimiliki Syed Mohktar. Sebab? Sebab Syed Mokhtar adalah seorang MUSLIM. Sebab Syed Mokhtar adalah seorang MELAYU dan tebal sifat nasionalismanya.

Memang dia layak sebab dia ada modal, ada pengurusan yang cekap, berjaya dalam perniagaan dan mempunyai reputasi yang sangat hebat. So what?

DAP jeles ke kat Syed Mokhtar? Syed Mokhtar hanya mencari rezeki yang halal dan sah di sudut undang-undang. Lain la macam puak-puak DAP yang kaya raya mendapatkan kekayaan dari sumber yang haram dari sudut Islam dan tidak bermoral!

Chin Tong...lu dengar sini. Apa lu sebok dalam ini hal? Lu sapa? Kalau Lim Goh Tong atau Ronnie Lie yang dapat majoriti saham Proton tu lu komplen tak? Kalau Robert Kwok jadi pemilik KTMB atau KL Pos..eh KL Pos pulak..Pos Malaysia..lu ada mau bising ke? Tiu Na Singgg..!

Aku bagi sokongan penuh pada Tan Sri Mokhtar. Dan DAP jangan dok menyalak lagi. Sekali lagi aku dengar...satu persatu aktiviti haram DAP kitorang bongkarkan. Buat masa ni kitorang simpan dulu buat stok PRU 13..heh!

PAS, PKR.. BEREBUT KERUSI DI PERAK.....!!!


Belum pun reda isu pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, timbul pula kontroversi membabitkan PAS negeri Perak yang menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus membuktikan wujud perbalahan antara kedua-dua parti pembangkang itu dalam pembahagian kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang tetapi dibantah oleh PKR negeri.
Bagaimanapun, hasrat PAS yang diumumkan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata, Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi Pilihanraya Umum ke 13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan kepada pimpinan pusat.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

Wednesday, 18 January 2012

PENULIS BLOG...KEKAL HUKUMAN FITNAH DATUK RAIS YATIM...!!!

PUTRAJAYA 18 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.


Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.


Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.


Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais. - UTUSAN

AKHIRNYA.... KHALID PALING LAYAK GANTI TEMPAT HASSAN ALI...!!!

Khalid Ibrahim sendiri mengumumkan yang beliau ambilalih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dulu dipegang oleh Dr Hasan Ali....


ahmad_yunus_hairixxxx

SAH...Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar)  dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat Datuk Dr Hasan Ali. Beliau sudah angkat sumpah jawatan depan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi tadi.
Perkembangan ini nyata lari dari ramalan hangat mengatakan Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang juga ADUN kawasan Meru paling layak untuk jawatan itu.

Sementara itu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu Dr Ahmad akan pegang portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.
Dr. Rani
DENGAR CERITANYA, DAP KECEWA APABILA DR RANI.........iaitu kuda yang bakal menjadi tunggangan mereka tersungkur di pintu istana sebaliknya nama Dr Yunus dipilih untuk menggantikan Dr Hasan Ali sebagai Exco. Kita dapat lihat bagaimana pulisiti besar-besaran yang diberikan kepada Dr Rani oleh portal milik DAP iaitu Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan mengangkat namanya semalam sebagai calon pilihan yang paling layak untuk menggantikan tempat Dr Hasan Ali tetapi malangnya percaturan mereka tidak menjadi kenyataan.

Pada kebiasaan kedua-dua portal milik DAP ini akan cuba untuk menjadi portal yang pertama melaporkan apa apa saja berita yang menjadi kontroversi mendahului mana-mana portal atau akhbar online yang lain tetapi perkara ini tidak berlaku bagi berita mengenai perlantikan Dr Yunus sebagai Exco menggantikan Dr Hasan Ali.. Kedua-dua portal ini sekadar melaporkan berita Dr Yunus mengangkat sumpah di Istana.. cuma Harakah saja yang main cerita nama Dr Yunus dipilih menggantikan nama Dr Hasan Ali...


AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.....

umi-azwan513

Kisah pengacara Azwan Ali dengan lancangnya di twitter bukan cerita baru. Gaduh sakan dengan adiknya Ummi Hafilda juga bukan baru.  Namun Azwan sudah langgar sempadan apabila buat ugutan bunuh cara terbuka terhadap Ummi menerusi twitternya Jumaat lalu.

Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis :
 BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ...
Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya ikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.

Namun tengahari Rabu, kedua-dua Umi dan Azwan tampil dalam satu sidang akhbar bersama di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.

Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
umi-azwan2xx

Azwan juga mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik - Barisan Nasional.

Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh 'seseorang dalam kerajaan Selangor"




” Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” katanya.

SUMBER : di sini