Wednesday 18 January 2012

AKHIRNYA.... KHALID PALING LAYAK GANTI TEMPAT HASSAN ALI...!!!

Khalid Ibrahim sendiri mengumumkan yang beliau ambilalih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dulu dipegang oleh Dr Hasan Ali....


ahmad_yunus_hairixxxx

SAH...Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar)  dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat Datuk Dr Hasan Ali. Beliau sudah angkat sumpah jawatan depan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi tadi.
Perkembangan ini nyata lari dari ramalan hangat mengatakan Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang juga ADUN kawasan Meru paling layak untuk jawatan itu.

Sementara itu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu Dr Ahmad akan pegang portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.
Dr. Rani
DENGAR CERITANYA, DAP KECEWA APABILA DR RANI.........iaitu kuda yang bakal menjadi tunggangan mereka tersungkur di pintu istana sebaliknya nama Dr Yunus dipilih untuk menggantikan Dr Hasan Ali sebagai Exco. Kita dapat lihat bagaimana pulisiti besar-besaran yang diberikan kepada Dr Rani oleh portal milik DAP iaitu Malaysiakini dan Malaysian Insider dengan mengangkat namanya semalam sebagai calon pilihan yang paling layak untuk menggantikan tempat Dr Hasan Ali tetapi malangnya percaturan mereka tidak menjadi kenyataan.

Pada kebiasaan kedua-dua portal milik DAP ini akan cuba untuk menjadi portal yang pertama melaporkan apa apa saja berita yang menjadi kontroversi mendahului mana-mana portal atau akhbar online yang lain tetapi perkara ini tidak berlaku bagi berita mengenai perlantikan Dr Yunus sebagai Exco menggantikan Dr Hasan Ali.. Kedua-dua portal ini sekadar melaporkan berita Dr Yunus mengangkat sumpah di Istana.. cuma Harakah saja yang main cerita nama Dr Yunus dipilih menggantikan nama Dr Hasan Ali...


No comments: