Showing posts with label BLOGGER MEMFITNAH. Show all posts
Showing posts with label BLOGGER MEMFITNAH. Show all posts

Friday, 10 August 2012

BLOGGER PKR HINA RAIS YATIM DIPENJARA 3 BULAN...!!!


Blogger PKR Amizudin Ahmat aka DinBinjai.
(sharpshooterblogger.blogspot.com)

Pada 19 Julai 2011, tahun lepas, DS Dr Rais Yatim berjaya membuktikan dimahkamah bahawa blogger PKR Amizudin Ahmat (sharpshooterblogger.blogspot.com) telah memfitnah beliau. Mahkamah Tinggi kemudian telah mengarahkan Amizudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 dalam kos kepada Rais (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan). Dan juga arahan supaya Amizudin tidak lagi menulis diblog memfitnah Rais.

Tidak serik-serik Amizudin terus menulis lagi 11 article yang menghina Rais dan secara langsung menghina dan mengingkari arahan mahkamah.

Oleh itu Rais sekali lagi pada 21 Nov 2011, tahun lepas, telah diberikan kebenaran untuk memulakan ‘prosiding menghina mahkamah’ terhadap Amizudin.

Kemudian hari ini, Blogger Amizudin Ahmat didapati bersalah buat kali kedua dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas sebab menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais Yatim.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," - Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof

Datin Zabariah berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali, tetapi 11 kali dan perkataan yang digunakan amat kesat.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,"

Amizudin, buat bodoh dan berlagak tunjuk pandai sambil meraih simpati dan berkata:

"Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".

**Bodoh tahap bangang dahhh!!!

Wednesday, 18 January 2012

PENULIS BLOG...KEKAL HUKUMAN FITNAH DATUK RAIS YATIM...!!!

PUTRAJAYA 18 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.


Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.


Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.


Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais. - UTUSAN