Thursday, 17 November 2011

MASIH INGAT... ISU CINCIN ROSMAH 24 JUTA USD..?????

Dari Info 4 The Truth penulis ingin mengimbas kembali berkaitan cincin DS Rosmah Mansor yg dikatakan dibeli oleh beliau dengan harga 24 juta USD..... wow!!!


Apa yg menarik penulis adalah berkairan harganya, kerana pada pendapat peribadi penulis TERSANGATLAH KELAKARNYA... ahahaha... nak tau mana  dapat cerita fitnah ni.... cuba tgk di sini....


INI FAKTANYA :






1- Adakah ini dapat dikira bukti???? Capture gambar photo dan bukan print screen... rasanya, budak sekolah menengah kalau diberi format pon boleh buat ni... hahaha....

2- Cincin termahal dunia yang dijual kepada orang ramai hanya USD 1.5 Juta sahaja. Atas dari pada tu semua ada dalam muzium untuk pameran, not for sale. Harga cincin termahal dunia ialah USD 16.26 Juta dan ia adalah not for sale.


3- Chopard Blue Diamond ring - USD 1.5 Juta, termahal di pasaran hari ni. FAKTA! Harga atas daripada tu hanya pameran sahaja. Cincin berlian ni control item, boleh check sendiri. 



4- Client untuk blue diamond ni hanya utk VVVVIP sahaja. Tak semua perdana menteri, raja dan Isteri mereka dapat mencapai tahap 4 V. Hanyalah untuk billionaire, pemimpin, raja yang yang mempunyai harga diri (personal value) melebihi USD 3 Billion.

5- Ni informasi untuk anda pasal cincin termahal iaitu jenis blue diamond yang dilelong dengan harga USD 7.98 Juta dan ia telah pecah rekod harga tertinggi dalam lelongan cincin berlian. Ia dilelong di Hong Kong. Sekarang cincin tu berada di Muzium Smithsonian Institute di Washington D.C. Untuk pameran sahaja. Jadi sapa dengar cerita DS Rosmah ada cincin 24 juta, hanyalah kelentong. KLIK SINI UNTUK  REKOD HARGA BERLIAN TERTINGGI DIDUNIA


6- Setakat ni cincin termahal di dunia yang berada di jari manusia adalah USD 1.5 Juta iaitu jenis blue diamond. Dan cincin lain yang harganya lebih tinggi dari itu semuanya menjadi pameran di muzium dan private collector seperti Moussaieff Jewellers, Chopard dan lain-lain syarikat perniagaan berlian.


7- Orang yang pakai cincin termahal di dunia bukan Imelda marcos, bukan isteri Sultan Brunei, bukan isteri Bill Gates tetapi Elizabeth Taylor dan harga cincin tersebut ialah USD 1.3 Juta. Dan rekod Elizabeth Taylor telah dipecah pada 2009 oleh seorang billionaire yang menghadiahkan cincin pertunangan berharga USD 1.5 Juta kepada isterinya.
8- Berkenaan gambar sistem kastam yang kononnya dikatakan sebagai bukti... Ini pun boleh jadi bukti ker? Sistem macam ni amat mudah dimanipulasikan BLOG DR.MIM


Apa kata puak2 pembangkang haramjadah ni jawab soalan saya pula....  


Apa bukti lebih sahih dari ini seperti:

1. Bukti pembelian?
2. 
Ada Resit Pembayaran?
3. 
Tunai atau Kad Kredit?


Kalau nak kira logik akal... betul juga kata sahabat saya... 

Daripada DS Rosmah tu beli cincin harga RM 24 Juta, baik dia beli satu pulau kat Bahamas, nama pulau Leaf Cay. Harga USD 8 Juta sahaja, complete dengan 1.5km landasan kapal terbang, generator elektrik, sistem kumbahan, sistem sekuriti semua cukup. 

Lagipun, penulis pun agak pelik la kan.... kenapa seorang isteri Perdana Menteri, yang  membeli sebentuk cincin berlian  yg sgt mahal sebegitu.... perlu melalui kastam???? Bukan kah beliau boleh membelinya sendiri di kaunter (jika ada lah cincin semahal itu di jual).... bayar .... dan masukkan je kotak bekas cincin tu dlm handbeg.... besar mana lah sgt kotak bekas cincin tu  kan.... Sebagai seorang Isteri Perdana Menteri, penulis percaya, beliau takkan sebodoh itu (beli cincin melalui penghantaran kastam) hanya kerana mmbeli sebentuk cincin  dan 'memaparkan' segala transaksi pembeliannya kepada kastam.  Bukankah itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi, anggapan dan andaian   yg tidak baik terhadap PM sendiri. 

Pesanan pada puak2 pakatan haram... kalau nk kencing pon agak2 la... kreatif la sikit lain kali... baru beberapa hari dah kantoi... ahahaha....

Penghargaan dan sekalung budi :  Apa2 ajer dan Info 4 The Truth

Tuesday, 15 November 2011

PENYOKONG PAS AKUI BN PERAK ADIL....


Perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berlandaskan kepada prinsip adil, saksama dan telus sememangnya telah lama diamalkan walaupun masih ada pihak yang mahu menyangkal kenyataan ini.

Monday, 14 November 2011

MB PERAK ~ TERUSKAN AGENDA TURUN PADANG, SELAMI PERMASALAHAN RAKYAT


SEMUA pemimpin masyarakat termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta meneruskan program turun padang di kawasan masing-masing bagi menyelami sendiri permasalahan penduduk serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan kadar segera.

KECEWA TIDAK DIJEMPUT KE PENDENGARAN AWAM PSC

Sedih mendengar keluhan Nasrudin [ Tantawi ] Ketua Pemuda Pas yang nak menganjurkan BerShit 3.0.  Tantawi  ingin mengantikan Ambiga dan ingin menonjolkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen. Kedua ialah Tantawi amat kecewa kerana nama beliau tidak disenaraikan dalam jawatan kuasa pilihan khas parlimen [PSC]  dan tidak dijemput untuk hadir ke pendengaran awam yang telah berlangsung pada 11 dan 12 November di Kuala Lumpur. Wakil Pas yang dilantik ke jawatan kuasa PSC  ialah Dr Mohd Hatta Ramli sahaja.

ANTARA ZARINA ANN JOULIE DAN SALMA HAYEK....

ZARINA ANN JOULIE :


 KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tanah air mengenai isu aktres Zarina Ann Joulie yang beraksi panas menayangkan lebih separuh payudaranya di hadapan lensa majalah hiburan negara jiran, FHM Indonesia.

Boleh dikatakan semua blog-blog hiburan terkenal tanahair menyiarkan gambar menghairahkan Zarina hingga membuatkan ramai peminat kecewa dengan tindakan aktres yang gagal menyerlah selain meraih populariti melalui imej seksi dan kontroversi berbaur seks.

PELAJAR TERLIBAT KONGSI GELAP DI LUMUT

Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut 110 km dari sini malam tadi.



Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.
Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.

SEKOLAH PERIKANAN DI SITIAWAN MOHON DIPERCEPATKAN


MAJLIS Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) diminta supaya mempercepatkan kerja-kerja membina sebuah Sekolah Perikanan di Kampung Acheh, Sitiawan bagi melatih tenaga mahir serta separuh mahir dalam industri perikanan negara.