Monday 14 November 2011

ANTARA ZARINA ANN JOULIE DAN SALMA HAYEK....

ZARINA ANN JOULIE :


 KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tanah air mengenai isu aktres Zarina Ann Joulie yang beraksi panas menayangkan lebih separuh payudaranya di hadapan lensa majalah hiburan negara jiran, FHM Indonesia.

Boleh dikatakan semua blog-blog hiburan terkenal tanahair menyiarkan gambar menghairahkan Zarina hingga membuatkan ramai peminat kecewa dengan tindakan aktres yang gagal menyerlah selain meraih populariti melalui imej seksi dan kontroversi berbaur seks.
Setelah dikecam hebat pelbagai pihak, Zarina secara bersahaja mempertahankan tindakannya itu dan menempelak pengkritiknya sebagai hipokrit serta tidak wajar menyalahkan dirinya.
“Mulut kata haram..tapi sambil tengok gosok2 bebird (kemaluan) kan kan kan ;p tak senonoh je..,” kata Zarina di laman sosial Twitternya baru-baru ini.
Selain itu, Zarina turut menyindir peminat yang mengkritiknya agar duduk di atas tikar sejadah sambil membaca Al-Quran sahaja dan tidak perlu menonton televisyen, melayari internet mahu pun membaca majalah.
“Saya rasa manusia yg kutuk semua artis seksi ni,tak patut ada internet tak patut tgk tv tak patut baca majalah, semua tu x elok..
“Lebih baik korang duduk umah jgn tgk semua tu n ngaji.. Lebih afdal buat org yg kata ni haram tu haram, itu ini masuk neraka..,” katanya lagi.

SALMA HAYEK :

Berlainan pula dengan aktres terkenal antarabangsa yang dipercayai bukan beragama Islam, Salma Hayek, yang rimas payudaranya sering menjadi mangsa lelaki mata keranjang yang suka merenung “aset” berharganya itu.
“Kadang-kadang ketika saya sedang berbual dengan mereka, mereka selalu melihat buah dada saya walaupun saya memakai baju yang menutup habis,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Oh! Bulan.   

Meskipun sudah berumur 45 tahun, aktres berdarah Mexico dan memiliki bentuk badan yang menarik ini masih lagi pandai menjaga bentuk badannya agar kekal “muda” serta menawan.

Bagaimanapun, beliau baru-baru ini meluahkan kepada media tentang rasa kurang senangnya terhadap lelaki yang suka merenung buah dadanya yang bersaiz 36C dan dikatakan jarang-jarang ditemui.


Jelas sekali bukan saja memiliki latar belakang yang jauh berbeza, kedua-dua aktres itu juga mempunyai pendirian moral yang sangat berlawanan mengenai buah dada masing-masing.
Zarina Ann Joulie merupakan aktres Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang terkenal dengan adab sopan kesusilaan serta budaya ketimuran yang tinggi.

Manakala Salma Hayek pula merupakan aktres terkenal berbakat, bertaraf antarabangsa, dipercayai beragama Kristian dan sudah lali dengan budaya barat yang serba ‘terbuka’ mindanya tentang kehidupan yang bebas bersosial.
Lagipula, Salma Hayek bukanlah beragama Islam yang perlu menutup aurat dan sekiranya dia bergambar seksi sekalipun, ia dianggap biasa bagi seorang aktres antarabangsa sepertinya yang tidak kenal dosa atau pahala.


Namun agak aneh apabila Salma Hayek dilihat lebih mementingkan soal kehormatan buah dadanya berbanding Zarina Ann Joulie yang seolah-olah bangga dengan ‘aset’ miliknya dan rela hati menayangkan sepasang payudaranya itu untuk menjadi santapan mata rakyat negara jiran!
Wajarkah tindakan tersebut?  Sumber  :  PERAK TODAY...

No comments: