Showing posts with label UNCLE SEEKERS. Show all posts
Showing posts with label UNCLE SEEKERS. Show all posts

Friday, 13 July 2012

UNCLE SEEKERS DIBEBAS, DITAHAN SEMULA


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim memaklumkan Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (Uncle Seekers) ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Uncle Seekers ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas. Atas perintah mahkamah beliau ditahan selama tiga hari sehingga Sabtu.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit,"
– Ismail dipetik Sinar Harian.

Teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Saturday, 7 July 2012

UNCLE SEEKERS DIBAYAR OLEH KAMAL HISHAM UNTUK FITNAH SULTAN JOHOR...???





JOHOR BAHRU 6 Julai - Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.


Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ’Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. - BERNAMA

***Penagih dadah...memang perlukan duit yang banyak untuk menampung 'perbelanjaan' hariannya. Apa susah, tulis aja sebarang fitnah berkaitan Sultan Johor, then ambik payment.... Ada kemungkinan tak bila si Kamal Hisham ni kena tangkap, dia kata tak kenal pun siapa Uncle Seekers ni...????