Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Tuesday, 7 July 2020

DI MANA BENTENG UMNO ???


Tahukah anda mengapa UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU14 yang lalu?

Ini jawapan straight forward dari saya. Kerana benteng UMNO rapuh.

Wednesday, 19 September 2012

AHLI PARLIMEN THAI KAGUM PENTADBIRAN UMNO



KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mempunyai struktur dan organisasi mantap menjadi tumpuan delegasi antarabangsa termasuklah anggota Parlimen dari Thailand yang mengadakan kunjungan rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketua delegasinya, Phirapahan Phalusuk memberitahu bahawa kedudukan UMNO sebagai teraju kepimpinan bersama-sama komponen Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara menjadi tarikan kepada anggota delegasi untuk mengetahui lebih mendalam tentang parti ini.
“UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai sokongan kuat dari akar umbi dan kekuatan inilah yang menjadi faktor kepada kami untuk mempelajari cara dan kedudukannya dalam memperkukuh parti yang menjadi tunjang dalam kerajaan,” katanya di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Wilayah Yasothon turut mengharapkan hubungan lebih akrab akan dapat dijalinkan antara kedua-dua negara melalui parti-parti politik Malaysia-Thailand dan berkongsi pandangan dalam isu-isu semasa.
“Hubungan yang tidak rasmi melalui orang perseorangan dan juga antara parti-parti politik akan memudahkan lagi penerangan dan perkongsian yang akhirnya akan membawa kepada persekitaran untuk menyemai persahabatan,” katanya.
Sebelum itu, Tengku Adnan telah menerangkan kedudukan UMNO dalam BN yang mengadakan perkongsian kuasa bersama-sama 12 anggota kompenan lain dengan sentiasa mengamalkan kesepakatan dengan setiap agenda dipersetujui bersama.
“UMNO yang ditubuhkan sejak 66 tahun lalu telah melalui perkongsian kuasa bersama-sama BN setelah 55 tahun merdeka hinggalah ke hari ini, serta anggota kompenan tidak pernah menggunakan lambang masing-masing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya lambang BN yang dahulunya parti Perikatan digunapakai,” katanya.
Delegasi seramai 16 orang ini mewakili ahli Parlimen dari Parti Puea Thai dan Parti Demokrat yang berada di ibu negara selama tiga hari sejak 17 September lalu. – MediaUMNO

Saturday, 1 September 2012

DEMI PERJUANGAN LEBIH MANTAP, BERI PELUANG LEBIH RAMAI PROFESIONAL SERTAI UMNO

Beri Peluang Lebih Ramai Profesional Sertai Umno

GUA MUSANG  –   Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu Umno lebih terbuka untuk menerima lebih ramai golongan profesional supaya perjuangannya lebih kuat dan mantap.
Beliau berkata langkah itu sekali gus dapat memberi peluang terbaik untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang selain membaiki segala kelemahan sebelum ini.
“Kita harus membuka peluang kepada profesional termasuk guru dan penjawat awam lain menyertai Umno seperti yang pernah saya cadangkan sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gua Musang di sini, Sabtu.
Beliau ialah Ketua Umno bahagian itu.
“Jika kita tidak memberi peluang kepada mereka, pembangkang sudah tentu mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada golongan profesional terbabit untuk menyertai partinya dan sekali gus kita yang berdepan dengan masalah,” katanya.
Beliau turut berkata parti-parti komponen BN perlu membuat perubahan bagi menarik rakyat yang diwakili untuk menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Monday, 13 August 2012

UMNO TIDAK GUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK


KOTA BELUD  : Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat,  Sebaliknya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, Ahad.
Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.
Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. BERNAMA

Sunday, 22 July 2012

MARAH BILA DIKATA 'BAPA KAFIR' TAPI SEDAP MULUT KATA UMNO KAFIR...!!!!


EDISI SENTAP: LAYAK KER NIK AZIZ DIGELAR ULAMA'!? MENGONG PUNYA PAS!


MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini? Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina, diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir? Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan, sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir, iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..Yang menentang Islam dijulang,dipuja.. Sami Buddha ke?

Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit, Tan Sri Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menobatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri.

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.

KREDIT TO..... GOSSIP RAKYAT

Sunday, 10 June 2012

'CAH KETING' KAWAN, PUNCA BN KALAH 2008...???


Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yakin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, mempunyai peluang baik untuk merampas kembali Kelantan daripada Pas dengan syarat unsur-unsur 'cah keting' yang selalu menjadi amalan golongan yang kecewa, dibuang sepenuhnya.




Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu, kebanyakan pemimpin UMNO terutama ketua bahagian yang tidak terpilih sebagai calon akan mensabotaj mereka yang menjadi pilihan parti dan akhirnya mengakibatkan kekalahan.


Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak boleh mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu memberi pertolongan serta sokongan padu kepada rakan lain yang terpilih sekali pun muka baru.


"Perkara ini sangat penting, saya sebagai veteran UMNO berharap dalam pilihan raya akan datang, orang UMNO sedar diri. Biarlah sesiapa sahaja yang naik pun, jangan kerana kita tidak menjadi calon, maka kita 'cah keting' sedangkan kita sepatutnya memberi sumbangan dan pertolongan.


"Harus diingat dalam proses pilihan raya bukan penyokong UMNO sahaja yang jadi pemilih atau pengundi, tetapi orang lain juga adalah pemilih termasuk penyokong Pas dan golongan atas pagar.


"Jadi (untuk menarik undian mereka) kita kena pilih calon yang boleh menang termasuk muka baru yang layak," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Sri Nilam Bhd. Ke-38 di sebuah hotel di sini hari ini.


Tengku Ahmad Rithauddeen yang juga Yang Dipertua Koperasi Sri Nilam berkata, penerimaan rakyat Kelantan kepada UMNO kali ini didapati lebih memberangsangkan dan berharap keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan pemilihan calon yang baik.


"Saya rasa calon baru penting, kita memerlukan muka baru, orang yang ada kebolehan, dan ada kepercayaan, orang yang mempunyai rekod bagus dalam membantu dasar kerajaan dan tidak mempunyai sikap pentingkan diri sendiri," katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau yang merupakan bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) selama 12 tahun berharap UDA Holdings Bhd. (UDA) lebih berperanan menyediakan ruang niaga untuk peniaga Melayu Islam termasuk membantu mereka memiliki bangunan sendiri terutama di kawasan bandar.


"Badan seperti UDA berperanan besar untuk membantu bumiputera khususnya dalam menyediakan ruang sewa dengan harga berpatutan dan saya harap ia ditingkatkan lagi.


"Kita bukan saja perlu menaikkan bilangan Melayu Islam yang terlibat dalam perniagaan, bahkan membantu lebih ramai Melayu memiliki bangunan sendiri," katanya.

Saturday, 9 June 2012

UMNO DAN MCA DITIKAM DARI BELAKANG DI KEDAH..???!!!


Majlis Peguam membantah peruntukan undang-undang di Kedah yang menghindar sebarang fatwa daripada dicabar, dirayu, disemak, dinafikan atau dipersoalkan. Pindaan yang dibuat ke atas Darul Aman 2008 bulan lepas akan mengetepikan bidang kuasa mahkamah, kata badan itu.
Menurut presidennya Lim Chee Wee semalam, kekebalan yang diberikan – malah kepada apa-apa fatwa yang belum diwartakan pun – yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa adalah bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa.
Pindaan ke atas enakmen tersebut sudah diluluskan oleh DUN Kedah. Namun Lim menegaskan bahawa sesebuah dewan undangan negeri tidak berhak untuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan akhbar Wanita MCA

Senator Chew Lee Giok, iaitu setiausaha agung Wanita MCA, berkata kegagalan DAP untuk memberikan apa-apa komen atas pindaan enakmen Kedah itu menonjolkan sikap mengelak serta keengganan parti untuk menangani isu.
Chew berkata ketidakberanian DAP bersuara menunjukkan parti tersebut tidak mendokong keluhuran Perlembagaan serta membayangkan DAP tidak terdaya untuk mempertikaikan tindakan-tindakan keras yang diambil oleh kerajaan negeri PAS.
Tambah beliau lagi, Adun DAP Kedah telah mengabaikan tanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak golongan bukan-Muslim.
Kenyataan akhbar dikeluarkan kelmarin oleh senator MCA itu.
(Sumber: Laman MCA)

Seperti biasa Star mensabotaj

Sila rujuk (di kaki halaman) screenshot Star Online dirakam baru sebentar tadi pada pukul 3:05 petang. The Star tidak menyiarkan pandangan Senator Chew sama ada pada hari ini ataupun semalam.
Soalnya kenapa tidak?
Laman MCA tidak mempunyai ramai pembaca.
Dalam pada itu, pandangan Chew, yang juga setiausaha-agung Wanita MCA, seharusnya diterbitkan di dalam akhbar milik MCA kerana ianya merupakan isu mustahak bukan sahaja kepada parti dan masyarakat Cina; kesannya tidak terhingga ke atas hala tuju negara.
Ini bukannya kali pertama suratkhabar itu menenggelamkan isu kontroversi atau sensitif yang akan memberi impak negatif kepada DAP.
Sebelum ini juga, para pemimpin MCA telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu hudud tetapi pendirian parti tersebut diremehkan oleh Star.
  • Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tee Siew Kiong (setiausaha penyelenggara kebangsaan MCA) telah disunat oleh Star dari 366 patah perkataan menjadi 112 pp sahaja,
  • Yang Senator Chiew Lian Keng (pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan) punya kenyataan dikembiri panjangnya tiga suku — dari 409 pp menjadi 109 pp, dan
  • Yang Loh Seng Kok (ahli majlis tertinggi merangkap timbalan pengerusi biro publisiti) punya telah dipotong hampir ke pangkal, dari 484 pp tinggal 84 pp.

Baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’

Apa sebenarnya muslihat Star?
Jawapan kepada soalan amat mudah sekali. The Star sengaja kuburkan berita demi menjaga DAP yang pasti tercabar dengan perkembangan di Kedah ini.
Sebagai perbandingan, kempen mempromo peribadi (personality cult) DAP, seperti Lim Guan Eng meraikan Hari Ibu dengan memberi bunga-bungaan kepada warga emas, mendapat liputan satu mukasurat penuh di Star.

Gunting dalam lipatan

Pada hakikatnya kebanyakan kerusi MCA dimenangi atas ehsan undi Melayu dan senator-senator MCA pula dilantik atas ehsan presiden Umno.
Dalam hal hudud dan fatwa, tangan Umno terikat gara-gara terpaksa menjaga hati pemilih luar bandar. Takkan The Star, akhbar milik MCA, mahu supaya Umno bertegang urat dengan PAS berkaitan isu-isu agama Islam dan seterusnya menghadapi risiko hilang undi Melayu?
Ataupun itulah yang sebenarnya dikehendaki Star dalam diam-diam? Yakni jikalau ada orang Umno yang kurang menyenangi pemerintahan sistem pemerintahan berasaskan hukum agama (theocracy), maka Umno terpaksa pandai-pandai menyangah PAS dengan sendiri (fight its own battle)?
Hubungan Ali Baba yang terjalin di antara Umno dan MCA bermakna kerja mengekang PAS dalam hal ekstrimisme agama perlu di’sub kontrak’ kepada parti BN yang bukan-Islam agar kedudukan Umno di kalangan masyarakat Melayu tidak akan tergugat, terutamanya dalam saat genting menjelang PRU.
Adakah MCA sedia memenuhi tuntutan ini (keeping its side of the bargain) untuk menzahirkan apa yang tidak mampu diluahkan secara terbuka oleh Umno?
Nampaknya MCA lepas tangan sahaja.
INFO SETERUSNYA...... KLIK DI SINI

Saturday, 7 April 2012

PENUBUHAN PAKEMBAR...... UMNO YANG MESTI DIKETAHUI DAN DIKENANGI ORANG UMNO


Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union 
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. 

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi.

Saturday, 17 March 2012

EKSKLUSIF : DELEGASI HAMAS KUNJUNGI IBU PEJABAT UMNO.... BUKTIKAN PEMBANGKANG MEMANG JAGUH PUTAR BELIT!!!!

 

KUALA LUMPUR – Kunjungan hormat delegasi Hamas yang diketuai oleh Osama Hamdan selaku Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hamas kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, petang tadi secara tidak langsung telah menjawab tohmahan pembangkang selama ini.
Semalam, di Parlimen isu sokongan kepada Israel dibangkitkan dan UMNO/Barisan Nasional (BN) telah dituduh tidak mengiktiraf perjuangan Hamas dan gagal menjalin hubungan dengan pihak terbabit.
“UMNO sentiasa menyokong perjuangan Hamas dalam menentang keganasan dan memastikan kemerdekaan rakyat Palestin dan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan sengaja diada-adakan bagi menimbulkan persepsi kononnya UMNO dan BN tidak berbuat demikian,” jelas Tengku Adnan.
Dalam pertemuan tersebut, beliau telah meminta agar Hamas dan Fatah dapat mengenepikan idealogi masing-masing dan bersatu dalam menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.
“Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara Islam kami di Palestin dan berharap agar Hamas dan Fatah dapat bersatu kerana apabila berpecah, pelbagai kekacauan boleh berlaku dan anasir-anasir luar akan mudah mengambil kesempatan.
“Di Malaysia juga, kita percaya pada kesatuan dan ia diaplikasikan dengan menyatukan pelbagai kaum, pelbagai etnik yang berbeza budaya dan agama bagi memastikan keamanan negara terpelihara,” katanya.
Terang Tengku Adnan lagi, situasi politik tempatan turut dikaitkan dengan keadaan di peringkat antarabangsa termasuklah hubungan dengan Hamas dan manipulasi pembangkang terhadap Israel sendiri.
“Ketua pembangkang sendiri iaitu Anwar Ibrahim pernah bersama-sama dalam UMNO dan tahu mengenai gerak kerja kita tetapi dia sendiri boleh melemparkan tuduhan sedangkan kerajaan Malaysia sentiasa menolak keganasan dan menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Timbalan Presiden PKR juga dilaporkan berkata bahawa keengganan UMNO untuk mengiktiraf Hamas sekali gus menafikan suara dan aspirasi rakyat Palestin, namun dengan kunjungan tersebut telah terbukti bahawa dakwaannya adalah tidak benar.
Dalam ucapan balasnya, Osama memaklumkan rasa penghargaan terhadap kerajaan Malaysia dan UMNO yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin.
“Alhamdulillah, negara-negara Islam termasuklah Malaysia memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan ini secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kami,” katanya.
Turut serta dalam kunjungan hormat seramai enam orang ini adalah Pengerusi Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia, Mohamad Husin.
– MediaUMNO

Friday, 2 December 2011

AKU 'ORANG UMNO'