Showing posts with label SULTAN PERAK. Show all posts
Showing posts with label SULTAN PERAK. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

SULTAN PERAK SELAMAT DIBEDAH...SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN SEGERA PULIH...


IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat menjalani pembedahan bahu di sebuah hospital di London, 30 Julai lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak, Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, baginda berangkat ke London pada 23 Julai bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Ahli
Lembaga Rayuan acara hoki Olimpik London 2012 dan menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas kapasiti sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos ini.
Ketika di sana, baginda mengalami masalah pada bahu dan menjalani pembedahan.
Menurut Abdul Rahim, baginda akan terus berada di London untuk menjalani rawatan pasca pembedahan dan berangkat kembali ke tanah air apabila dinasihatkan sesuai berbuat demikian oleh pakar perubatan yang merawat baginda.
“Sama-samalah doakan semoga baginda dilimpahkan rahmat dari Ilahi untuk segera pulih dan kembali berada dalam keafiatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
~ Sinar Harian ~

Wednesday, 20 June 2012

SULTAN PERAK TIDAK PERNAH KELUAR WATIKAH AHLI DIRAJA


IPOH - Pejabat Sultan Perak mengesahkan bahawa Sultan Azlan Shah tidak pernah mengeluarkan watikah atau surat kuasa kepada mana-mana pihak atau individu bagi membolehkan mereka memberi sijil keahlian "Ahli Diraja", kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata oleh yang demikian pengeluaran lencana menggunakan lambang negeri Perak dan keanggotaan Ahli Diraja seperti yang dilaporkan oleh akhbar pada 8 Jun lepas adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan melanggar Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

"Adalah dengan ini ditegaskan bahawa pihak berkuasa negeri Perak tidak pernah pada bila-bila masa memberi sebarang kebenaran secara bertulis kepada mana-mana pihak atau individu untuk mengeluarkan sijil keahlian Ahli Diraja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Enakmen itu secara jelas menggariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi Sultan Perak, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan, darjah kebesaran, lambang, pingat dan lencana yang diperkenankan oleh Sultan Perak, tidak boleh digunakan oleh sesiapa kecuali diberikan kebenaran secara bertulis oleh pihak berkuasa negeri Perak.

Katanya orang awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya untuk membeli atau memperoleh keahlian Ahli Diraja yang ditawarkan dan dijanjikan oleh mana-mana pihak sekalipun. - BERNAMA

Friday, 13 April 2012

PENDEDAHAN ~ BAGAIMANA CINA DAP MEMPERGUNAKAN NIZAR UNTUK MEMBERONTAK TERHADAP SULTAN PERAK!!!










Bekas Timbalam Ketua Penerangan PKR Pusat Shamsul Hidayat telah membuat pendedahan bagaimana Cina DAP mempergunakan Nizar Jamaluddin untuk memberontak terhadap Sultan Perak.

Cerita sebenar yang telah didedahkan iaitu sembah derhaka oleh Nizar pada tahun 2009 adalah atas arahan pemimpin Cina DAP Ngeh, Nga dan beberapa pemimpin kanan DAP pusat.

Nizar pula telah mempergunakan sokongan rakyat ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan tetapi hanya untuk memberontak terhadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas arahan Ngeh dan Nga.

 

Nizar telah memanggil hampir semua kepimpinan pakatan rakyat termasuk dua pemimpin DAP iaitu Ngah dan Nga, kononnya untuk membuat ceramah besar-besaran untuk memberitahu rakyat bahawa rampasan kuasa yang berlaku adalah dengan penglibatan DYMM Sultan Perak.

Tetapi apabila semua pemimpin Pakatan Rakyat berada di rumah Nizar lain pula jadinya, dia dan Ngeh telah mengemukakan perancangan bagaimana untuk menyekat kereta Sultan Perak, kereta Raja Muda dan kereta Datuk Seri Zambry supaya kereta mereka tidak sampai ke Istana.

Ngeh memberitahu kami "jangan sesekali membiarkan ketiga-tiga kereta ini sampai ke Istana walau kita mati terbunuh sekalipun" disambut dengan takbir yang bergema.

Dan pada keesokan harinya jadilah apa yang dirancang oleh pemimpin Cina DAP tetapi DAP pandai, tiada seorang pun cina DAP berada ditempat tersebut kononnya untuk mengelak daripada rakyat tahu ini semua adalah perancangan daripada pemimpin Cina DAP.

Semuanya adalah perancangan cina DAP yang mempergunakan Nizar sebagai pencetus semangat untuk orang Melayu pakatan Rakyat baring di atas jalan sambil memegang bendera Palestin yang tidak ada kena mengena pun. Kesian orang Melayu dipergunakan oleh Nizar demi kuasa yang dijanjikan oleh pemimpin Cina DAP.

Ceramah ini disampaikan  di Taman Song Choon, Shamsul mencabar Nizar supaya menafikan dakwaannya jika Nizar berani.

Monday, 6 February 2012

BIADAP!!! TITAH SULTAN PERAK DIPERLEKEHKAN SECARA TERBUKA!!!


Twitter timeline Sivarasa Rasiah dari PKR yang aku baca tadi agak kurang ajar kerana komen beliau berkenaan artikel Malaysiakini yang bertajuk 'Perak sultan calls for return to 'honorable leadership''


Jawapan balas beliau dalam artikel itu seolah-olah menyindir titah Sultan Perak


Malah komen-komen di laman web Malaysiakini berkenaan posting berkenaan juga agak keterlaluan kerana seolah-olah mempermainkan titah Sultan Perak. 


Antara yang saya anggap agak kurang ajar ialah komen berikut dari nickname 'wanderer'

wanderer Well said Sultan Azlan but, you were part of the problem..or rather, you have created dishonorable men to be leaders of your State. How do you explain your sudden increase of wealth to your family company Gamuda during the time of the Perak political crisis? Is that 'honorable leadership' you are referring to? Show by example first, you have lost your color!

Beliau dengan agak sinis dan kurang ajar mengatakan Sultan adalah sebahagian dari masalah , atau Sultan sendiri yang memilih orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin di negeri Perak. Beliau juga mempersoalkan bagaimana kekayaan sultan boleh meningkat secara mendadak melalui syarikat Gamuda yang dikatakan milik kaum kerabat semasa krisis politik Perak. Dan orang yang memberi komen ni mengakhiri komen beliau dengan nada yang paling sinikal seolah-olah Sultan memberikan titah seperti 'cakap tak serupa bikin' 





Hampir kesemua komen-komen diberikan diatas menunjukkan tiada lagi rasa hormat kepada Sultan Perak. Saya berpendapat sindiran-sindiran sebegini menjatuhkan maruah seorang Sultan. Hilang sudah rasa hormat generasi sekarang kepada seorang Sultan . Titah yang diberikan seolah-olah dipermainkan dan diperkecilkan. Adakah hal-hal sebegini patut didiamkan sahaja ? Agak jelas tindak-tanduk tidak menghormati Sultan semakin berleluasa dari hari ke hari . Adakah institusi kesultanan / raja akan terus diperlekehkan pada masa akan datang ?

<<  MB  >>