Showing posts with label SIDANG DUN PERAK. Show all posts
Showing posts with label SIDANG DUN PERAK. Show all posts

Tuesday, 25 September 2012

NIZAR LARI ENGGAN TANDATANGAN MEMO BANTAHAN HINA NABI


Tindakan ADUN Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin yang lari ketika diminta menandatangani bantahan penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W Islam dan twitter Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan tentangan umat Islam dunia menjadi tanda tanya sekaligus mencerminkan pendiriannya mengenai isu ini.

Tuesday, 10 April 2012

NIZAR SUDAH KANTOI, ADUN PKR PULAK 'HILANG AKAL'...!!!

chanxx

Dah empat tahun tetapi ada wakil rakyat pembangkang  di Perak yang masih tak faham peraturan dewan.Kes ini mungkin agak terpencil namun ia tidak sepatut berlaku kerana peraturan dewan sepatut dihafal dan dihayati oleh wakil-wakil rakyat.
Pagi Isnin orang ramai terkejut yang mengikuti persidangan dewan)  gelagat seorang wakil rakyat dari PKR melanggar batas.
ADUN PKR Simpang Pulai  Chan Ming Kai mengundang kemarahan Speaker DUN Perak Dato’ R.Ganesan apabila menghampiri speaker membuat bantahan kerana soalannya tidak dijawab.
Beliau mulanya membuat “bising” di tempat duduknya sebelum bangun dan menuju ke arah speaker dan terus melempar kertas soalan bertulis  atas meja Ganesan.
Chan keciwa kerana soalannya tidak dijawab setelah speaker mengguna pakai perintah tetap 23(1) menolak permintaannya.
Bentara bertugas terpaksa membawanya keluar setelah speaker menggunakan kuasanya memerintahkan Chan meninggalkan dewan. “Keluar dari dewan,” Ganesan mengulangi arahan kepada Chan.
Insiden hari terakhir ini sewaktu Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir menjawab soalan wakil rakyat BN Batu Kurau, Dato’ Najmuddin Elias.
Dr.Zambry kemudian memberitahu media bahawa tindakan Chan menunjukan sikap tidak puas hati  amat mengejutkan.
Sebagai wakil rakyat katanya Chan tidak boleh berkelakuan begitu yang boleh ditakrif mencemar kedudukan dewan. Speaker  harus dihormati dan perbuatan Chan  mencemar maruah dan kemuliaan dewan.
Menteri Besar berpendapat ada perkara yang tidak boleh dimaklumkan dalam dewan kerana ia maklumat sulit. “Tidak dibenarkan wakil rakyat bertindak begitu kerana speaker berkuasa . . .perbuatan ini tidak boleh diterima.”

Beliau mahu Chan belajar dari kesilapan.”Jangan kerana dikuasai perasaan marah, kita hilang panduan dan melakukan tindakan begini.”
Dr.Zambry mendedahkan pengalaman pahit sewaktu Pakatan Rakyat berkuasa 11 bulan, mereka tidak pernah menjawab soalan-soalan lisan yang beliau kemukakan.
Malah mereka meletakan soalannya di bahagian bawah sekali. “Tetapi saya tidak marah. Saya membangkitkan soalan-soalan itu ketika masa perbahasan”.
Katanya soalan-soalan lisannya tidak pernah dijawab tapi “itu biasa kerana itu hak mereka.”
Sementara itu Ganesan memberitahu media ada perkara yang tidak boleh dijawab sama ada secara lisan ataupun bertulis ketika dewan bersidang kerana  ia adalah rahsia kerajaan negeri.
Beliau mengakui ADUN Simpang Pulai itu inginkan jawapan kepada perkara  berkaitan tanah, kuari dan pembalakan serta juga senarai kontraktor yang mendapat projek PIA (Projek Infrastruktur Awam).
Ganesan juga tidak menafikan Chan menemuinya mengenai soalan-soalan berkenaan

Tuesday, 3 April 2012

TITAH RAJA NAZRIN : JANGAN LANGGAR SEMPADAN AGAMA....!!!!

nazrin2xx

Perak memang negeri panas...lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum ke 13.Kebelakangan ini gelagat puak pembangkang sentuh bab agama Islam dalam kegairahan politik mereka membuatkan ramai yang ' naik angin'.
Hal ini rupanya bukan setakat pada rakyat biasa tetapi ia turut menyentuh perasaan Pemangku Sultan Perak,Raja Nazrin Shah.
Berucap merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh pagi Selasa,baginda dengan tegas memberi ingatan pada puak-puak ' yang langgar sempadan agama ' itu.
Titah Baginda,"peringatan Beta! bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri – kelak nanti terhangus negeri. "
Raja Nazrin tidak menyembunyikan rasa kesal baginda terhadap puak-puak ini.

"Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan mula dilanggar – malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat - memperkecilkan aqidah umat Islam.  
"Perkara menyentuh syariat - menyentuh aqidah Islam yang disuarakan oleh ulama Islam khusus untuk menasihati umat Islam, kini dipersoalkan – dipertikaikan – diperdebatkan secara terbuka oleh individu bukan Islam.  
nazrin3xx

"Perbuatan tersebut, nyata telah melanggar sempadan, telah melanggar adat resam beragama secara aman dan damai.  Tatasusila menghormati agama lain – tatasusila tidak memperkecilkan agama lain – tatasusila untuk tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga ayat enam Surah Al Kaafiruun:
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.”
"Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan – secara terbuka, dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca – mencetuskan berlakunya tragedi buruk.
 Oleh itu perbuatan sedemikian wajib dihentikan dan secara tegas, dicegah dari dibenarkan berlaku.  Peringatan Beta! bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri – kelak nanti terhangus negeri. 
Sebagai anggota badan perundangan di Dewan ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah mencerminkan sebaik contoh – sebaik teladan dalam aspek menghormati kesucian sesuatu agama.  
Kesucian agama Islam wajib dipertahankan setiap masa dan kebebasan agama lain wajib pula dihormati dalam ruang parameter dan sempadan masing-masing. "titah baginda.
Raja Nazrin bertitah pegangan agama dan kepercayaan akan kewujudan Tuhan wajib disemai di kalangan warga untuk membina kekuatan dalaman dan membina jati diri remaja.  
"Rukun Negara meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai prinsip pertama dan paling utama.  Tanah Air kita ini, jelas di dalam sejarah adalah tanah dan bumi yang dihuni oleh warga yang berpegang kepada agama dan percaya akan kewujudan Tuhan.  Mengamalkan agama digalakkan di bumi ini.
"Komponen agama, termaktub dalam Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan, mendahului perkara-perkara lain.  Islam ialah agama bagi Persekutuan sementara agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di serata negara.  Perkataan-perkataan agama Persekutuan, aman dan damai adalah tiga kata kunci yang wajib dijadikan kompas panduan dalam budaya beragama di negara ini.
"Agama Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun keempat belas.  Pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), memaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di Negeri-negeri.  Islam adalah ‘Magna Carta’, satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.
"Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.  Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.  Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Peruntukan dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak sama sekali digunakan oleh umat Islam untuk bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap agama lain; tidak juga dijadikan justifikasi oleh barisan pemimpin Islam dan ulama Islam di negara ini untuk bersifat ekstrem, menindas, menghina dan menyerang agama lain atau memusnahkan rumah ibadat warga bukan Islam.  Umat Islam di bumi ini, majoritinya diasuh untuk memahami erti kemuliaan agama dan menghargai kesucian Tuhan. 
"Kerana itu, umat Islam di negara ini, pada lazimnya, menghindarkan diri dari membuat ulasan, teguran atau komentar secara terbuka terhadap amalan atau pegangan kepercayaan agama lain, jauh sekali dari mahu campur tangan atau mengulas secara terbuka terhadap amalan, ritual, acara dan hukum hakam agama lain.
"Umat Islam amat mematuhi disiplin, adab dan tertib perkara berkaitan agama dan menghormati autoriti agama, waima ia seorang Raja Pemerintah.  Umat Islam senantiasa menghormati, memuliakan dan mensucikan perkara menyentuh agama.
"Oleh itu dalam perkara menyentuh hukum - menyentuh syariat, menyentuh aqidah – menyentuh ibadah, umat Islam akan merujuk kepada ulama, hatta seorang Raja Pemerintah.  Walaupun memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam, Raja Pemerintah masih merujuk kepada ulama dalam perkara berkaitan Islam.  
"Kerana itu, dalam tradisi Kesultanan Perak, seorang ulama dilantik sebagai Orang Besar Istana, bergelar Imam Paduka Tuan untuk menasihatkan Raja Pemerintah tentang perkara-perkara berkaitan Islam.  Hari ini, Raja Pemerintah turut merujuk kepada Mufti Kerajaan, dan Mufti Kerajaan dalam menyembahkan nasihat dalam perkara-perkara berkaitan hukum, di bantu oleh barisan ulama melalui forum mesyuarah Jawatankuasa Fatwa." - agendadaily

SIDANG DUN PERAK BERMULA HARI INI.... DI JANGKA PANAS !!!!!

dun-perak-zambry-nizar1

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak selama tiga hari mulai hari ini (Selasa 3/4/2012) dijangka panas kerana ia dilihat sebagai sidang terakhir sebelum PRU ke13.
Mesyuarat pertama penggal ke5 DUN ke12 ini dirasmikan Raja Muda Perak Raja Dr.Nazrin Shah sebelum wakil-wakil rakyat berbahas selama dua hari.
Justeru pembangkang  cuba menafaat setiap saat untuk membuktikan kerajaan BN tidak sehebat zaman mereka berkuasa selama 11 bulan.
Tiga tahun setengah BN memerintah, pembangkang sentiasa kantoi meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah lebih baik dari BN.
Sejak 2008 pembangkang gagal membenarkan dakwaan bahawa para pemimpin BN terjebak dalam kancah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sebagai contoh setiap kali mereka membangkitkan isu-isu ini, BN sentiasa ada jawapan mencabar kesahihan dakwaan mereka.
Barangkali kerana kehabisan modal, mereka menjurus kepada “personal attack”  terhadap Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir seperti memanggilnya “hitam metalik dan haram jadah.”
Mereka ingat cakap-cakap di  belakang tidak diketahui  BN dan rakyat amnya.
Sebaik  didedahkan wakil BN dalam sidang DUN yang lalu,  rakyat mula membuka mata tentang sikap sebenar wakil DAP itu.
Pembangkang semakin menggelabah apabila NGO-NGO tempatan juga mendedahkan satu persatu  kerakusan mereka sewaktu berkuasa selama 11 bulan.
Bagi menutup mulut, seorang pemimpin pembangkang  menyaman   seorang blogger dalam kes isu tender “uniform” MBI.
Pembangkang kini dilihat  berganding bahu dengan NGO-NGO tertentu mengitar semula isu alam sekitar.
Mereka macam menumpang pengaruh NGO-NGO kerana mereka sendiri tidak ada “kredibiliti” dan pengaruh mereka semakin merosot.
Isu pembinaan kilang pemprosesan bijeh besi di Lumut yang konon menjejas alam sekitar cuba dijadikan macam isu Lynas di Kuantan.
Mereka dilihat berganding bahu dengan NGO-NGO mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pintu masuk pejabat Vale di Teluk Rubiah 1 April lalu.
Untuk rekod, pemimpin-pemimpin pembangkang yang hadir termasuklah Nizar, Ngeh Koo Ham, Sivakumar (ADUN Tronoh) dan lain-lain.
 Niat nak kumpul 5,000 orang namun 300 saja yang hadir.
Kehadiran seorang aktivis dari Belanda, Peter Van Der Lans menimbulkan tandatanya. Apakah sudah tidak ada orang tempatan sehingga “mat salleh” ni diheret sama.
Ada yang tertanya sama ada KDN ataupun jabatan imigresen perlu bertindak terhadap orang asing yang campurtangan dalam urusan kita.
Pembangkang ingat dengan mengitar semula isu kilang Vale dari Brazil itu, rakyat boleh hilang pertimbangan dan akan memihak kepada mereka.
Pergerakan Pemuda BN dan UMNO tidak berdiam diri sebaliknya mendesak mantan MB, Nizar Jamaludin mengatakan pendirian sama ada menyokong ataupun tidak pelaburan syarikat Brazil itu.
Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sebelum ini mereka menafikan mereka bersetuju dengan pelaburan Vale di Teluk Rubiah.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak berkata Nizar melalui surat bertarikh 7 Dis. 2008 memaklumkan sokongan tetapi “sekarang menafikan pula.”
Beliau mendesak kerajaan negeri mendeklifikasikan dokumen bagi membukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak bercakap benar. “Biar rakyat tahu siapa bercakap benar.”
Selain dari itu Khairul mendesak kerajaan negeri mendedahkan dokumen berhubung pelaboran, tanah dan balak yang diluluskan kerajaan Pakatan Rakyat dulu.
Beliau juga mencabar Ngeh Koo Ham (ADUN Sitiawan) mengatakan  sama ada ia menyokong ataupun tidak langkah mengexport pasir ke Singapura semasa mereka berkuasa.
Beberapa hari lalu, Dr.Zambry juga mencabar Nizar mengenai isu Vale.
“Saya cabar Nizar mendesak saya mendeklifikasikan dokumen bahawa dia tidak menyokong pelaboran Vale itu . . .”katanya.
“Saya mencabar Nizar berterus terang kepada rakyat .. . .bertanggungjawab. Sebagai pemimpin kita tidak boleh berdolak dalik, kita kena bertanggungjawab.,”tambah Dr.Zambry.
Sidang DUN kali ini walaupun sidang terakhir menjelang PRU ke13  namun ia sudah tidak lagi diberi perhatian serius.
Masing-masing mahu menghadapi rakyat dalam PRU ke13.
Dilihat dari segi persiapan, pembangkang dan para pemimpin BN, semakin melipatgandakan jentera pilihanraya.
PRU ke13 diibaratkan seumpama buah yang sudah masak ranum menunggu gugurnya saja.
Namun bagi pengundi-pengundi di Perak sama ada Parlimen dibubarkan atau.PRU ke13 dibuat tahun depan, demam pilihanraya dahpun dirasai bahangnya.
Sebagai contoh bagi mereka yang berkunjung ke Parit, suasana pilihanraya dapat dilihat melalui bilik-bilik gerakan yang sudah dibuka.
Bendera kedua-dua parti—BN dan PR ---berkibar-kibar disepanjang jalan.
Menyedari mereka tidak mahu tertinggal,  pembangkang semakin memperbanyakan serangan ke atas  Dr.Zambry dengan menimbulkan pelbagai isu remeh temeh.
Tujuan mereka tentu saja mahu mengelirukan rakyat agar mereka mendapat sokongan atau juga disebut political mileage.
Rakyat menyaksikan sejak kembali berkuasa, di tengah-tengah kegawatan ekonomi dunia, Perak berjaya membawa masuk nilai pelaboran asing  berbillion ringgit.
Dr.Zambry dilihat instrumental dalam mengubah lanskap Perak dari lembab kepada keadaan sekarang.
Kemasukan pelabur dari Brazil membina kilang pemprosesan bijeh besi di Lumut memberi tamparan kepada pembangkang.
Ribuan penduduk tempatan khusus di Lumut akan mendapat peluang pekerjaan.
Peniaga  mendapat tempias seperti peluang perniagaan baru ataupun memperbesarkan lagi perniagaan sedia ada.
Mengikut sumber syarikat Vale dari Brazil mengatakan hasrat untuk membuka kilang di zaman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menjadi Menteri Besar.
Selepas kerajaan bertukar kepada kerajaan PR pimpinan Nizar (2008), Vale sekali lagi mendatangi kerajaan baru.
Kerajaan negeri ketika itu tidak menolak hasrat Vale tapi tidak berkesempatan memberi kebenaran kerana kerajaan PR tumbang terlebih dulu.
Di zaman Dr.Zambry, Vale secara rasmi diberikan kelulusan beroperasi tetapi dengan pelbagai syarat ketat.
Kelulusan EIA adalah antara yang dipersetujui sebelum Vale di benar memulakan perniagaan.
Isu alam sekitar cuba dipermodalkan pembangkang seperti mana mereka mengexploit isu kilang nadir bumi Lynas di Kuantan.
Macam kes Lynas, pakarnya sendiri (ahli parlimen PAS kawasan Hulu Langat) pun gagal meyakinkan puak-puak ini bahawa Lynas selamat dan tidak merbahaya kepada orang ramai.
Stail politik yang berbedza memperlihatkan Dr.Zambry menjadi idola rakyat khusus mereka yang dikategori sebagai golongan bawahan.
Rakyat di kampung-kampung dan desa-desa serta di daerah-daerah terpencil merasa mereka tidak terpinggir
Rakyat kini menanti kunjungan Menteri Besar ke daerah mereka kerana mereka mendapat menafaat dari lawatan itu.
Program turun padang dan klinik Dr.Zambry mendekatkan jarak rakyat dengan Menteri Besar.
Pekan-pekan kecil yang gagal ditembusi Menteri Besar terdahulu kini dikunjungi Menteri Besar sekarang.  -  agendadaily