Showing posts with label SEMINAR ANTARABANGSA. Show all posts
Showing posts with label SEMINAR ANTARABANGSA. Show all posts

Monday, 18 June 2012

ULAMA DUNIA BERI PERINGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....!!!




APA YANG PASTI KEEMPAT-EMPAT MEREKA BUKAN AHLI PAS, BUKAN JUGA ORANG UMNO DAN MEMANG PASTI TIDAK PERNAH UNDI PAS ATAUPUN BN/UMNO.....MALAH TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN POLITIK MALAYSIA!


Mereka adalah ulama dan cendikiawan yang mempunyai latar belakang ilmu keagamaan yang sangat hebat... Mereka bukan berasal dari Malaysia...
Tetapi apabila mereka diminta memberi jawapan pada soalan yang dilontarkan berkaitan isu-isu politik yang sedang hebat melanda Malaysia.... terutamanya isu berkaitan hudud, mereka berpendapat bahawa hukum hudud tak boleh di politikan, jangan gah bercerita pasal nak buat hudud semata-mata nak meraih sokongan pengundi Islam, tp lepas usai PRU, terus diam membisu....


Begitu juga ibadah haji.....ibadah haji itu bermusim, jika memang dah berkemampuan dan berupaya melakukannya memang perlu dilakukan ketika musim itu jugak....sambil ketawa kecil, ulama itu berkata, lagipun bukan semua rakyat Malaysia akan tunaikan haji tahun ini....


Bak kata.... Darul Ehsan Today........'Aku ternanti-nanti juga apa komen dari nik ajis, penentu syurga neraka cawangan pas nak kata, aku yakin dia akan bagi komen macam nie, utusan tak paham bahasa arab atau kenyataan 4 ulama tu di putar belitkan oleh utusan, kalau korang tak caya tengok je la nanti...'

DEMI ALLAH DEMI RASUL.... MALAYSIA NEGARA SEKULAR ADALAH FITNAH..!!!


MALAYSIA DARUL ISLAM.....!!!


Demi Allah Malaysia Bukan Negara Sekular – Dr Uthman El-Muhammadi


Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.


“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asas istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.



Wednesday, 13 June 2012

SEMINAR ANTARABANGSA : FIQH MENTAATI PEMIMPIN



PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucaptama dan merasmi "Seminar Antarabangsa : Fiqh Mentaati Pemimpin" di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula pada 15 Jun.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu ilmu fiqh yang berkaitan hubungan rakyat dan pemimpin.

"Seminar ini akan membincangkan pandangan pelbagai ulama dan cendekiawan Islam serta menganalisis pengalaman negara Arab dalam menangani isu ketaatan terhadap pemimpin," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh kertas kerja akan dibentang termasuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" oleh bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim.

Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa'id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly masing-masing akan membentang kertas kerja bertajuk 'Harapan Ummah Kepada Pemimpin Dunia Islam' dan 'Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara', katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan penajaan bernilai RM3.5 juta bagi seminar itu daripada Kumpulan Naza yang disampaikan Pengarahnya Puan Sri Zaleha Ismail kepada pengerusi seminar, Mohd Yusof Din.

Penajaan itu termasuk 600 kereta Chevrolet Captiva yang dijadikan pengangkutan rasmi pada seminar itu.






 


Abdullah berkata kira-kira 1,200 peserta Malaysia dan luar negara termasuk Sudan, Oman, Singapura dan Brunei dijangka menyertai seminar ianjuran bersama Persatuan Generasi Bestari dan MyKMU.net.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata syarikat menaja seminar itu berikutan komitmennya ke arah mengukuhkan kesepaduan ummah di Malaysia.

"Inilah peranan badan korporat seperti Kumpulan Naza kerana penglibatan kami di negara ini perlu lebih daripada hanya berniaga.

"Kami mahu lebih serius dalam membangun dan memperkasakan umat Islam di Malaysia. Inilah yang dimahukan allahyarham ayah saya (Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin)," katanya.- Bernama

Terima Kasih NAZA....