Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Thursday, 30 August 2012

PERHIMPUNAN 'GABUNGAN JANJI DEMOKRASI' LANGGAR AKTA



SHAH ALAM – Polis hari ini menegaskan, perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang hendak diadakan di Dataran Merdeka malam ini, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan esok, bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata, ia melanggar akta itu kerana gagal memberi pemberitahuan, tidak memperoleh persetujuan daripada pemunya Dataran Merdeka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan esok.

Zainuddin memaklumkan pendirian polis itu menerusi satu surat bertarikh hari ini, yang dialamatkan kepda Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah.

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos (hari ini) antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang (Akta Perhimpunan Aman)," katanya.

Bagaimanapun surat itu tidak menyebut tindakan bakal diambil pihak polis jika penganjur meneruskan rancangan mereka.

Perhimpunan itu dijadual untuk diadakan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, Maria Chin ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan menerima surat daripada pihak polis pada jam 2.30 petang tadi.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, pihak Gabungan Janji tidak mahu sebarang konfrontasi dengan pihak berkuasa.

Menurut Maria, jika dihalang memasuki Dataran Merdeka, pihaknya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja dalam di ibu negara.

"Kami tidak mahu sebarang konfrontasi dengan pihak polis. Jika kami tidak dibenarkan masuk atau Dataran Merdeka dikepung, kami akan cari tempat lain.

"Apa-apa tempat di Kuala Lumpur yang boleh kami sambut merdeka. Tak kira padang, stesen LRT atau kedai kopi. Yang penting sambutan itu," katanya.

Tetapi beliau mempersoalkan tindakan pihak berkuasa.

"Kenapa kami perlu dapatkan kebenaran daripada pihak polis? Sedangkan setiap tahun rakyat Malaysia menyambut ambang merdeka.

Kalau begitu, setiap rakyat perlu dapatkan kebenaran sebelum berkumpul untuk menyambut merdeka?” katanya lagi.

Beliau mengulangi pendirian pihaknya bahawa Gabungan Janji Bersih menganjurkan sambutan bukannya mengadakan perhimpunan.

Tambahnya: "Ini bukan perhimpunan. Ini cuma sambutan. Tiada ucapan, tiada perarakan, tiada kain rentang dan sebagainya cuma pakai simbol kuning."

Pada masa yang sama, sambutan malam ini turut akan menjadi medan bagi mereka meraikan hari raya dengan sebahagian peserta akan membawa kuih-muih.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak menyertai Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan malam ini kerana penganjurnya gagal mendapatkan kebenaran daripada DBKL.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kehadiran peserta juga boleh menjejaskan sambutan kemerdekaan yang akan diadakan esok.
"Kita menganggap tidak akan berlaku kekecohan tetapi sekiranya ada, kita akan mengenakan tindakan undang-undang yang sewajajarnya," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menasihatkan penganjur untuk tidak merosakkan sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama menyambutnya dengan aman.
Himpunan Janji Demokrasi juga dijadual diadakan di Melaka, Johor dan Perak.

Maria Chin
Maria Chin

Thursday, 23 August 2012

KEBODOHAN PARA BIJAK PANDAI PUAK-PUAK PAKATAN HARAM JADAH...!!!!

PETIKAN DARI BLOG dinturtle :



Minta maaf kalau saya agak kasar jika menulis begini - Kenapa Pembangkang ni BODOH-BODOH belaka ? Dari yang belajar tinggi hingga ada title IR pada pangkal nama dan pernah jadi MB Perak untuk setahun ( huh ? ) kepada blogger tersohor bekas Adun Umno yang 
masuk Dap Dato Sak, termasuk Harakah hinggalah para pencacai pembangkang terutamanya yang Melayu - KENAPA BODOH SANGAT ?

Kalau dah tak tahu bahasa Omputeh, janganlah memandai nak komen, setakat baca dan 
rujuk kepada kamus cukuplah. Kalau nak komen juga, banyak2kan rujuk kepada yang agak2 pandai speaking omputeh dulu supaya orang yang baca nanti tak merendahkan tahap 
mentaliti kita.

Saya merujuk kepada komen Tun Mahathir dalam artikel terbaru beliau - Change - daripada banyak2 yang ditulis, bahagian ini yang pembangkang berikan tumpuan ..... kalau faham 
omputeh tu takperlah juga. Itupun ayat pendek yang paling akhir sekali yang dikutip - 
25. Better the devil you know than the angel you don’t.

Dari Harakah -
Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang 
dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Ayat itu adalah satu bentuk Metaphor atau Peribahasa Omputeh yang jika mereka rajin nak 
cek, maksud omputehnya -

Not really a spiritual or theological question...

The words "devil" and "angel" are just being used metaphorically.
 

It is just an expression that means:
 
It is better to be dealing with somebody who's faults you are aware of than to be 
dealing with somebody who appears perfect but whom you actually don't know at all.

atau terjemahannya - lebih baik berurusan dengan seseorang yang kita tahu kelemahannya 
dari seorang yang tampak baik diluar tapi kita tidak kenal langsung peribadinya
Lagi senang - JANGAN TERTIPU DENGAN PERWATAKAN ORANG. 
Peribahasa kita mungkin - Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Tapi tak sangka mereka yang terpelajar dari kalangan pembangkang pun BODOH2 BELAKA
tak kenal apa itu Metaphor / Peribahasa. Habis diterjemah dan diambil secara lisan !

Makanya kita dapat baca dalam artikel yang sama -

"Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

"Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh,"
 kata Nizar. Kemudian lagi ....

"Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. 
Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

"Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat," 


Adoiyai ....... Macam ini boleh jadi Menteri Besar ? Kemudian habis dikutip para pencacai Pas termasuk Dato Sak ! Siapa yang boleh terkeliru ? Hanya orang bodoh je yang boleh keliru ....
Orang yang tak reti omputeh tapi nak berlagak macam pandai.

Agak-agaklah kalau nak hentam pun..... tapi jangan sampai orang mempertikaikan tahap IQ 
kita pulak. Kalau kita buat LAWAK BODOH macam INI mungkin orang taklah tuduh kita yang bukan2. Itupun ada pengomen yang tak faham konteks LAWAK yang saya gunakan. 
Tapi mereka ini cakap punyalah SERIUS ! Agak2 ada tak bijak pandai dari Dap yang akan mentertawakan rakan2 Melayu yang tak reti omputeh ni ?

ATAU MUNGKIN MEREKA INI SEBENARNYA MENGHENTAM NIK AZIZ  ( yang sanggup terima bantuan syaitan ) tapi berselindung disebalik peribahasa yang digunakan Tun ? ?

Friday, 17 August 2012

KHALID GEREJA KATA USTAZ NASHA GILA JAWATAN TAPI USTAZ NASHA BERTEGAS TIDAK AKAN KELUAR PARTI....MACAM MANA NI..!!!



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan gesaan dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak pelaksanaan hudud adalah kerana kekecewaan beliau tidak dapat melihat penggabungan Umno dan Pas.

Malah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor beranggapan Nasharudin mungkin mengimpikan untuk mendapat jawatan lebih tinggi sekiranya idea penggabungan tersebut berhasil.

“Secara peribadi saya rasa dia sengaja nak timbulkan isu dan saya rasa dia (Nasharudin) memang kecewa apabila Pas tidak mahu bersama dengan Umno maka dia hilang peluang untuk pegang jawatan lebih besar kerana sekiranya ianya terjadi mungkin boleh dapat jawatan di peringkat pusat.

“Mungkin itulah dia (Nasharudin) melihat terlepas dan pada masa sama kecewa kalah dalam pertandingan merebut timbalan presiden lantas menyebabkan dia ‘tidak seperti dahulu’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

NAMUN BEGITU...... USTAZ NASHA BERTEGAS BAHAWA BELIAU TIDAK AKAN KELUAR PAS!!!

SEPANG  - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap dengan pendiriannya tidak akan keluar daripada parti tersebut.

Malahan beliau turut menafikan dakwaan akan menyertai UMNO ekoran paparan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

"Pertemuan yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai politik apatah lagi Pas atau UMNO," katanya ketika pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini (semalam) - UTUSAN

**** ANDA...................fikir-fikirkan.....

Sunday, 17 June 2012

ZUL NOORDIN SELAMBA BOGELKAN PAKATAN RAKYAT...!!!




Video Terbaik Dari Zul Nordin..... Balun Pembangkang Senyap tak terkata dibuatnya.... 



U M
SIAPA ZUL NOORDIN.... ??
BELIAU BUKAN ADUN ATAU AHLI PARLIMEN BN/ .... tapi kenapa beliau begitu berani dan selamba mengecam dan membongkar kejelekan politik PR..???

Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana beliau tahu apa sebenarnya yang berlaku dlm PR...

Friday, 27 April 2012

SIAPA HALAU ORANG TENGAH SEMBAHYANG..???

PAKATAN PR HALAU ORANG TENGAH SEMBAHYANG..!!!




Barulah terkena batang hidung bangsa Cina pula kali ni, jika tempoh hari rakyat India mangamuk terhadap pakatan PR yang suka tidak menepati janji. Diganggu pula keamanan kaum cina yang sedang menjalankan upacara sembahyang mereka.

Jika dahulu kerajaan BN tidak pernah berbuat demikian, tetapi sekarang Pakatan PR cuba tunjuk taring. Itu belum lagi dapat memerintah menjadi kerajaan Malaysia..!!!

Kerajaan sekarang iaitu kerajaan BN memang menghormati agama semua jenis bangsa, menjaga hati dan berbincang dengan begitu lembut sekali. Pakatan PR memang tak boleh bawa berbincang, apa pun akan dipolitikkan.

Biar semua bangsa yang ada di Malaysia ini mengambil iktibar mengambil langkah menghindari parti yang tidak boleh berlebih-kurang terhadap rakyatnya sendiri. Bagaimana nak membela nasib rakyat apabila diberi mandat berkuasa akan datang...???

Fikirkanlah secara matang, pemimpin mereka ni semuanya hanya pandai mencari kesalahan orang lain. Sebaliknyamereka sorok kesalahan yang sering mereka lakukan...!!! 
KL Boyz

Friday, 16 March 2012

BENARKAH PRU13 PELUANG DAP, PR LEBIH BAIK DARI 2008??

KITA IKUTI TULISAN BERIKUT YANG DIAMBIL DARI BLOG PEMBANGKANG

Bagaimana saudara menilai persiapan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang?

Masalah yang paling besar setakat ini adalah kita tak tahu bila pilihan raya. Semasa saya di Parlimen kelmarin saya telah beritahu Speaker bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi.

Beliau bertanya bila? Saya kata dalam satu dua bulan ini…Tetapi yang mustahak adalah persiapan kita telah bermula.

 Dari segi akar umbi kita, cawangan, peringkat Parlimen, peringkat negeri, kita telah mengadakan kursus, perjumpaan, taklimat dan turun padang untuk bertemu rakyat. Semua ini telah pun bermula.

 Pada hemat saya, kita lebih bersedia sekarang berbanding tahun 2008.

Bagaimana saudara menilai peluang DAP dan Pakatan?

Saya rasa Pakatan Rakyat akan mendapat keputusan yang baik. It goes without saying. Terutamanya DAP yang mempunyai rekod yang cukup baik di Pulau Pinang. Mereka telah menetapkan standard yang amat baik untuk diikuti negeri-negeri lain di Malaysia.

Adun-Adun dan Ahli-Ahli Parlimen kita juga terbukti telus dan amanah, dan ini memberikan harapan baru kepada masyarakat.

Tanpa keraguan kita akan menunjukan prestasi dan hasil yang baik.

Soalnya cuma Sabah dan Sarawak masih menjadi keraguan bagi kita.

Tapi negeri-negeri tersebut pun dilihat mengikuti angin perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah isu-isu yang sadauara ingin ketengahkan untuk diketahui rakyat Malaysia secara am?

Sesetengah isu yang mempunyai kesan adalah seperti isu keselamatan. Meski pun kerajaan dan polis mengatakan bahawa kebanyakan kes jenayah berat kita menurun, rakyat masih tidak berasa selamat.

 Contohnya apabila saya balik ke kawasan saya, ia terasa bahawa kes jenayah tidak berkurangan.

Jika kita turun padang kita akan dapati bahawa ramai orang di Ipoh menjadi mangsa ragut, kecurian, rompakan, gangsterisme. Jadi angka-angka yang diberikan kerajaan seperti tak sama dengan realiti yang dialami masyarakat. Jadi kita bertanya adakah ini semua statistik yang betul?

Yang kedua, pemberian wang kepada rakyat Malaysia harus diuruskan dengan betul. Kerajaan kini dilihat memberi banyak ‘hadiah’ dan rakyat kena peka bahawa ini semua adalah sebab pilihan raya sudah pun dekat. Ini adalah untuk sementara sahaja. Janganlah terbawa-bawa.

 Rakyat harus melihat Buku Jingga (tawaran Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia) dan kita telah membuktikan bahawa kita memang mentadbir dengan baik dan menunaikan segala apa yang kami janjikan. Oleh itu, berilah Pakatan Rakyat satu peluang untuk pilihan raya yang akan datang.

Apakah manifesto Pakatan Rakyat untuk negeri Perak bagi pilihan raya yang bakal menjelang tiba?

Manifesto secara terperinci untuk negeri Perak masih berada dalam perbincangan, tapi dasar-dasar kita secara umum adalah lebih menekankan apa yang dimahukan oleh rakyat negeri Perak.

Antaranya kita akan memberikan statusfreehold atau pegangan bebas kepada tanah-tanah di negeri Perak. [Pegangan bebas – tanah atau rumah menjadi milik kekal pembeli atau pemilik].

Ini adalah satu dasar yang istimewa kerana dasar ini belum lagi diperkenalkan di mana-mana negeri di mana negeri-negeri lain kebanyakanya adalah ‘leasehold’. [Leaseholdatau pegangan sementara – biasanya pemilikan selama 99 tahun; boleh disambung untuk 99 tahun lagi, namun hak selepas tempoh biasanya dipegang oleh kerajaan].

Kita juga akan fokus kepada ketelusan kerajaan negeri dan akan memperjuangkan hak-hak kaum minoriti seperti Orang Asli yang selama ini telah dipinggirkan selama 54 tahun.

Apabila kita menjadi kerajaan negeri, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk Orang Asli, iaitu yang pertama di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Rakyat telah memutuskan secara bersama bahawa kita akan ada dua manifesto, iaitu peringkat nasional dan juga manifesto untuk negeri masing-masing yang lebih khusus dan terperinci untuk negeri tersebut. – Roketkini.com


http://roketkini.com/pru13-peluang-dap-pakatan-rakyat-lebih-baik-dari-2008



***Manifesto PRU12 untuk negeri-negeri yang dikuasai PR yang 'sangat istimewa' itu dah tertunai ke???? uhuk...uhuk!!!