Showing posts with label OLIMPIK LONDON 2012. Show all posts
Showing posts with label OLIMPIK LONDON 2012. Show all posts

Sunday, 12 August 2012

PENGULAS SUKAN RTM TIDAK SEBIJAK PENGULAS SUKAN SALURAN 841 ASTRO....????


INGATKAN CAK saja meluat dengan seorang pengulas sukan di RTM sewaktu menyampaikan laporan Pandelela Rinong bersaing pada pertandingan akhir 10 meter platform individu wanita.

Rupa-rupanya ramai juga meluahkan pandangan sama. Tidak kurang membandingkan corak penyampaiannya dengan satu lagi stesen sukan di Astro, saluran khas Olimpik 841 sewaktu penyumbang pingat gangsa negara itu bersaing mendapatkan tempat terbaik.

Ceritanya, pada peringkat awal Pandelela memulakan cabaran, tidak dinafikan kedudukannya tidak berapa baik kerana beberapa kesilapan kecil dilakukan sewaktu melaksanakan penerjunan.



Namun yang mengecewakan, pengulas sukan ini terus ‘jatuh hukum’ atlet kebanggaan negara itu tidak akan berjaya dan impian negara untuk memperoleh pingat akan musnah.

Ayat negatif penyampai itu membuatkan mereka yang menyaksikan pertandingan itu berasa tidak puas hati kerana dilihat seperti meperendah-rendahkan kredibiliti penerjun negara.


Ini jauh berbeza dengan corak penyampaian saluran sukan 841 yang terus memberi kata-kata semangat dan komentar sihat supaya penonton tidak berasa marah atau putus harapan kepada wanita pertama memenangi pingat di sukan Olimpik itu.




Entah mengapa dan apa punca penyampai itu memberi komentar sedemikian pun CAK tidak faham. Masalahnya, dia bertugas di stesen milik kerajaan yang sebelum ini sering memperjuangkan slogan sihat bagi membangkitkan semangat 1Malaysia.

Itu belum lagi penyampainya memberikan laporan salah dan merapu. Kadangkala apa yang cuba mereka mahu sampaikan CAK sendiri tidak faham.



CAK nasihatkan RTM supaya memanggil kembali penyampai ‘otai’ seperti Datuk Rahim Razali bukan untuk bertugas, sebaliknya melatih penyampai dan pengulas baru supaya mereka lebih faham dan tahu apa harus dilakukan dan tidak cakap main lepas dan sedap mulut.

~  myMetro  ~

Photo: Tahniah Pandelela Rinong anak Pamg. Sukan menyatukan kita...!!!

CATAT SEJARAH. Pandelela mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London sebentar tadi dengan mata keseluruhan 359.20.
Pandelela selepas dikalungkan pingat gangsa Olimpik London 2012

Saturday, 11 August 2012

'LIGHTNING BOLT' MAKAN NUGGET AYAM SEBELUM PERLUMBAAN

Usain Bolt

PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia.

Begitupun ketika anda menyangka satu daripada bintang ternama sukan dunia itu akan bersenang lenang di hotel mewah London dalam usaha mencipta satu lagi sejarah Olimpik, Bolt membuat persiapan akhirnya di pusat persidangan di kawasan pinggir bandar Birmingham.

Cabaran utamanya adalah menyesuaikan diri dengan cuaca.

Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."

Mereka mungkin tidak mampu membawa sinar mentari Caribbean ke West Midlands tetapi Pasukan Bolt sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk membuat atlet mereka bagaikan berada di rumah sendiri, biarpun ada di antaranya sukar dilaksanakan.

Ketua chef, Wayne Willis, yang menyajikan makanan buat pelari itu dan pasukannya berkata: "Kami menerima beberapa permintaan pelik daripada mereka."

"Satu daripadanya adalah mereka mahukan kepala kambing untuk digunakan dalam masakan kari.

"Bagaimanapun kami hanya mampu mendapatkan daging kambing dan mereka nampaknya berpuas hati."

Selain diet harian yang terdiri daripada makanan Jamaica kegemarannya, Bolt dikelilingi penata gaya hinggalah teman untuk bermain permainan video dengannya.

Empat juta orang akan menyaksikan acara final 100 meter tetapi di Birmingham, atlet itu begitu tenang biarpun menghadapi beban seluruh dunia yang diletakkan di bahunya. Pada usia 25 tahun, dia adalah pelari terpantas yang memegang rekod dunia 9.58s yang dicatat dalam Kejohanan Dunia di Berlin.

Dalam kehidupan setiap hari sebagai manusia luar biasa, yang menurut saintis melakukan lonjakan fisiologi ke masa depan dengan kaki yang panjang serta tubuh berotot dan ia bukan sesuatu yang normal.

Setiap hari, dia bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan latihan intensifnya yang diselangi hidangan ayam 'jerk' dan keladi rebus yang menurut bapanya memberinya 'kuasa keladi'.

Malangnya, tiada makanan segera untuk atlet yang meminati Manchester United itu yang hanya dibenarkan jurulatih selepas Olimpik.

Sewaktu di Birmingham, dia turut diiringi penata gayanya, seorang wanita Jamaica yang akan melakukan solekan untuk sesi fotografi, pegawai publisitinya Carole, jurulatih Glen Mills, pengurus Norman Peart, ejennya Ricky Simms dan temannya sejak kecil NJ selain pengawal peribadi yang kelihatan seperti seorang bapa saudara yang perengus dan terlalu melindunginya.

Biarpun dikelilingi begitu ramai kakitangan sokongan, lelaki yang digelar Lightning Bolt memilih untuk tinggal di kediaman sederhana di Brum.

Pasukan Jamaica tinggal di Hornton Grange, sebuah rumah agam era Raja Edward yang menjadi sebahagian daripada pusat persidangan Universiti Birmingham, berhampiran kampus Edgbaston.

Bolt yang berketinggian 195sm, agak tinggi bagi seorang pelari pecut diberikan bilik sendiri sebelum berpindah ke London untuk majlis pembukaan.

Susuk tubuh yang besar dan kaki yang panjang tidak sesuai dengan katil lamanya me�nyebabkannya sakit belakang jadi kakitangan sokongannya memesan tilam ortopedik untuk memulihkan belakangnya dan kecederaan hamstring yang mengganggu persiapannya ke Olimpik.

Di luar trek, Bolt dikenali kerana jenakanya serta bersikap santai.

Dia makan nuget ayam sebelum perlumbaan besar dan makanan Cina, dia melakukan tarian Jamaica di trek dan memecahkan rekod acara 100m di Beijing tanpa mengikat tali kasutnya.

Dia pernah berkata: "Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu mereka mengingatinya selama-lamanya. Saya mahu melakukan perkara terhebat di London."

Bolt raja pecut Olimpik 2012


GAYA tersendiri Bolt selepas menjuarai acara 100 meter Lelaki Sukan Olimpik 2012 di Stadium Olimpik, London.



Friday, 10 August 2012

{FOTO} ATLET HEBAT : BERPUASA TAPI MAMPU MENANG EMAS OLIMPIK....!!!


Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata“Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.







LONDON – Mo Farah mencipta sejarah baru apabila beliau mampu meraih juara marathon 10,000 meter lelaki...kelmarin walau ketika itu beliau sedang berpuasa .   Pelari keturunan Somalia itu meraih pingat emas dengan merekodkan kepantasan  27 minit 30.42 saat. Adapun pingat perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan pingat perunggu diperolehi Tariku Bekele dari Ethiopia.

Puluhan ribu penonton yang memadati Olympic Stadium, London, bersorak gembira menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut.

Ianya adalah kerana pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Great Britain di persada Sukan Olimpik.   Dia mengungguli dua atlet Great Britain sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang merebut perak Olimpik 1984 dan 1988.

“Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan. Itu cukup menyulitkan saat saya harus berlatih keras,” ujar Farah. “Tapi saya tetap melakukannya. Hal itu berfungsi sebagai kontrol diri.”

TAHNIAH!!! PANDELELA RINONG RANGKUL PINGAT GANGSA ACARA TERJUN...

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH teman ucapkan kepada  Pandelela Rinong anak Pamg. Sukan menyatukan kita...!!!

BELIAU MENCATAT SEJARAH apabila mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London 2012 dengan mata keseluruhan 359.20.  

RATU terjun negara itu yang juga Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Photo: Tahniah Pandelela Rinong anak Pamg. Sukan menyatukan kita...!!!

CATAT SEJARAH. Pandelela mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik London sebentar tadi dengan mata keseluruhan 359.20.


Photo: Tahniah Malaysia...!!! Pandelela Rangkul Gangsa...!!!

RATU terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi..

Wednesday, 8 August 2012

CYCLING - OLYMPIC LONDON 2012


Track cycling at the velodrome finished today, which means we bid farewell for another four years to the only Olympic event where a motorised vehicle is an integral part - the Keirin.
  
A motorbike crosses the start line at a pace of 30km/h (25km/h in the women’s race) accelerates to 50km/h (45km/h for women), with the riders pacing behind before a final 2.5 lap sprint to the finish.


Wira keirin negara, Azizulhasni Awang a.k.a Pocket Rocketman tewas pada pusingan final dalam acara kegemaran beliau pada temasya Sukan Olimpik London 2012. Beliau bersaing dengan 5 lagi pelumba yang rata-ratanya bersaiz lagi besar daripada beliau. Pencabar utama, Chris Hoy mengungguli acara tersebut setelah melakukan kayuhan padu dan hebat untuk mengalahkan pelumba-pelumba lain.

Azizul bermula baik pada permulaan perlawanan, namun ketika masuk pusingan ketiga, beliau nekad membuat pecutan untuk mencari tempat di depan namun pelumba lain telah berjaya memintas beliau pada pusingan terakhir. 

Malaysia kempunan lagi untuk merangkul pingat emas pertama Olimpik selepas kegagalan Lee Chong Wei dalam acara badminton. Oleh yang demikian Baskin Robbin juga dapat menjimatkan stok aiskrim kerana sekiranya para atlet Malaysia berjaya menggondol pingat emas, mereka akan mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung kedai mereka.

Namun begitu, usaha gigih atlet Malaysia ini telah menyatukan jiwa rakyat One Malaysia untuk berganding bahu memberi sokongan kepada atlet-atlet yang sedang berjuang dalam acara masing-masing. Semoga pada temasya Olimpik yang akan datang akan membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan oleh para atlet kita.

Tuesday, 7 August 2012

ATHLET TANPA KAKI ADALAH PELARI TERPANTAS....


Pistorius pelari terpantas tanpa kaki 
Pistorius (kiri) akan bersaing dalam acara 4x400 meter Khamis ini.

MESKIPUN tersingkir daripada acara 400 meter lelaki suku akhir, Oscar Pistorius tetap akan menjadi bualan apabila menjadi atlet paralimpik pertama yang bersaing di Olimpik London.

Digelar 'blade runner' ataupun pelari terpantas tanpa kaki, atlet Afrika Selatan yang menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada fiber karbon menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dengan catatan masa 46.54s.

Memegang rekod dunia bagi kategori paralimpik T44 dalam acara 100, 200 dan 400 meter, dan akan kembali ke gelanggang sama untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Paralimpik Beijing 2008, Pistorius turut bersaing dalam acara 4x400 meter Khamis ini.

Terkenal dengan sikap tidak mudah mengalah terutama dalam mempertahankan haknya kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) bagi bertanding dengan atlet lain di Olimpik, Pistorius kini menjadi sumber inspirasi atlet Olimpik terutama juara 400m dunia, Kirani James dari Grenada yang turut memberikan penghormatan kepadanya selepas perlumbaan semalam.

Menjadi tumpuan di Olimpik London ketika ini, Pistorius bagaimanapun enggan dianggap sebagai atlet berkecuali. Sebaliknya mahu di nilai sama seperti atlet lain yang bertanding.

MANOHARAN KECEWA GILER, GAGAL WAKILI NEGARA ACARA BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012....!!!

manoharan


Teruk juga ADUN Kota Shah Alam, M Manoharan yang mewakili parti chauvinis ultra kiasu DAP dibalun rakyat Malaysia dan para peminat sukan tanahair apabila dia mengutuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang berjaya meraih pingat perak di sukan Olimpik, semalam.

Dalam kenyataan Manoharan di laman sosial Twitternya berkenaan kekalahan Chong Wei kepada seteru utamanya dari China, Lin Dan, dia kelihatan bersahaja mempersenda nama bintang badminton negara itu dengan ejekan yang tidak wajar – Lee Chong “AWAY”.







Sunday, 29 July 2012

{ FOTO } PERASMIAN OLIMPIK LONDON 2012

RATU ELIZABETH TERJUN DARI HELIKOPTER.....








BERSAMA WATAK JAMES BOND, DANIAL CRAIG






KONTINJEN MALAYSIA DI PERBARISAN PEMBUKAAN RASMI OLIMPIK LONDON 2012





OLIMPIK LONDON 2012 : MALAYSIA BOLEH...!!!


Atlet terjun negara Pandalela Rinong mengetuai atlet Malaysia yang menyertai majlis pembukaan rasmi, pada Sukan Olimpik London 2012.

Berkibar megah...Pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong anak Pamg bersama kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlit dan pegawai berarak megah pada acara pembukaan rasmi penuh gemilang temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik, awal pagi semalam.

Kontinjen negara yang diketuai oleh Chef De Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dengan peserta lelaki memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang, berarak lalu pada jam 11.13 malam (waktu tempatan). 



Malaysia adalah antara kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian dalam perarakan perasmian yang bermula jam 9 malam, didahului kontinjen Afghanistan di stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu. 

Ratu Elizabeth merasmikan pembukaan temasya berkenaan. 

Dengan kata-kata "Selamat Petang, Mr. Bond", Ratu Elizabeth buat pertama kali mempamer bakat lakonannya di sisi Daniel Craig dan sekali gus membuka tirai upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah yang memenangi Oscar, Danny Boyle menerusi filem Slumdog Millionaireselalu berkata, dia tidak mampu menyaingi bajet besar pengarah House of Flying Daggers, Zhang Yimou yang diberi tanggungjawab bagi mengendalikan upacara pembukaan pada Temasya Beijing 2008.

Sebaliknya, pengarah itu memanfaatkan kelebihan dimiliki menampilkan ikon Britain, JK Rowling membaca cerita dongeng Peter Pan, telatah Mr. Bean yang berpura-pura mengalunkan muzik, Chariot of Fire dan bintang bola sepak, David Beckham memandu bot laju merentas Sungai Thames membawa obor Olimpik.

Dengan alunan bacaan puisi karya Shakespeare dan disusuli juara Tour de France, Bradley Wiggins membunyikan loceng terbesar di dunia, upacara pembukaan Olimpik bermula.

Berbeza dengan persembahan warna-warni Zhang Yimou di Beijing empat tahun lalu, Boyle lebih selesa menggunakan pendekatan lembut menerusi latar set perkampungan Inggeris yang mencetuskan nostalgia di jiwa para hadirin.

Bermula dari situ, dia kemudiannya mengetengahkan suasana Revolusi Industri, dengan serombong yang mengeluarkan asap di seluruh stadium sambil diiringi bunyi gendang.

Pada upacara pembukaan juga, alunan muzik yang menjadi halwa telinga para penonton merupakan ramuan yang cukup penting. Boyle memanfaatkan populariti penyanyi The Beatle, Paul McCartney yang tampil mendendangkan lagu Hey Jude.

Setelah perarakan masuk negara-negara peserta, obor Olimpik dibawa mengelilingi stadium oleh tujuh atlet muda.

Hati para tetamu turut tersentuh apabila menyaksikan legenda tinju, Muhammad Ali menjadi tetamu khas bagi mengiringi bendera Olimpik yang dibawa masuk ke stadium untuk dikibarkan.






Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London. Ribuan peserta mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mempersonakan selama dua jam.

Dengan bertemakan Isles of Wonder digambarkan transformasi yang dialami negara tersebut bermula dari zaman revolusi perindustrian di abad ke-18 sehinggalah ia mencapai pemodenan dan perubahan pesat. Mengakhiri segmen pertama, lima bulatan yang melambangkan simbol Olimpik dinaikkan di tengah-tengah stadium sebelum ketibaan Ratu Elizabeth 11 pada 9.30 malam.



Pada pukul 10.30 malam, perarakan kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian pun bermula didahului oleh kontinjen Afghanistan. Kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlet dan pegawai dengan diketuai Ketua Kontinjen Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong berarak lalu pada 11.13 malam.

Kontinjen Malaysia, bagi peserta lelakinya memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna 'Harimau Malaya' serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang. - Mingguan

***Mingguan ni silap kot.... peserta wanita berbaju kebaya ler.....
Apapun semoga kesemua peserta yang mengambil bahagian akan pulang dengan kejayaan dan mampu menymbangkan pingat, walau apapun warnya....

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

MALAYSIA BOLEH!!!