Showing posts with label NALLA VS ANWAR. Show all posts
Showing posts with label NALLA VS ANWAR. Show all posts

Wednesday, 20 June 2012

ANWAR BERJAYA KES SAMAN NALLA..???

Anwar_Ibrahim

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.
Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.

Wednesday, 6 June 2012

ANWAR KENA JAWAB NALLA PALING LEWAT SEHINGGA 20 JUN!!!


AIDCNews  –   Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh sehingga 20 Jun untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pernyataan pembelaan Senator Datuk S.Nallakaruppan berhubung saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkannya Mac lalu.
Menurut laporan Bernama, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memohon tempoh selama dua minggu untuk menjawab pernyataan tersebut.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang didakwa telah mencemar nama baiknya melalui kenyataan bertajuk “Nallakarupan tuduh Anwar biseksual” yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka enggan berbuat demikian.
Kemudian, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Nalla melalui peguamnya, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah telah mengemukakan hujah-hujah pembelaan yang boleh dibaca di sini dan sini.
Salinan dokumen pembelaan Nalla juga boleh dibaca di bawah ini :

LIHAT DOKUMEN SETERUSNYA..... di sini

Wednesday, 30 May 2012

RAKAMAN VHS 1 JAM 20 MINIT ADA PADA NALLA....


AIDCNews  – “Saya bukan baru kenal Anwar..saya sudah kenal 30 tahun lebih..dia pusing macam mana, saya tahu..tunggu lah…”, kata Senator Datuk S Nallakaruppan ketika sidang media semalam tentang karektor sahabat lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali. Bacaan lanjut klik di sini
Nalla dalam sidang media semalam mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.
“Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah
“Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia..Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.

Thursday, 29 March 2012

NALLA TETAP PENDIRIAN : ANWAR MEMANG TAK LAYAK JADI PM

Anwar Tak Layak Jadi PM: Nalla

KUALA LUMPUR – Datuk S Nallakaruppan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.
Dengan nada tegas, bekas rakan karib Anwar itu berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah.
“Saya tetap dengan pendirian bahawa seorang biseksual tidak layak jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya tetap pegang walaupun saya disaman RM500 juta,” katanya yang membaca kenyataan empat perenggan pada sidang media, di sini semalam.
Hadir sama peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah serta tiga Ahli Parlimen BEBAS, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan N Gobalakrishnan (Padang Serai).
Isnin lalu, Anwar mengemukakan saman malu menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) dan dua pihak lagi berhubung artikel dalam akhbar Utusan Malaysia yang didakwa mengaitkannya dengan aktiviti biseksual.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata, semua defendan secara salah dan berniat jahat menerbitkan perkataan fitnah melalui artikel muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac lalu bertajuk ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi ketua pembangkang – Nalla’ dan pada muka enam bertajuk ‘Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.’
Anwar mendakwa, perkataan fitnah dalam artikel itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, pemimpin Muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam, tidak mempunyai reputasi yang baik dan rendah moral.
Katanya, perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat serta menjejaskan dengan teruk karakter, penghormatan, reputasi peribadi, politik serta kedudukannya.
Anwar mendakwa, beliau melalui peguam Tetuan Edwin Lim Suren & Soh pada 20 Mac lalu mengarahkan ketiga-tiga defendan menarik semula artikel berkenaan, memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya tetapi sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.
Dalam sidang media itu, Nallakaruppan juga mahu perbicaraan dimulakan segera bagi membolehkan rakyat mengetahui kebenaran.
Beliau juga mendakwa Anwar menyamannya kerana kenyataannya yang mengatakan tiada peruntukan dalam Perlembagaan bahawa seorang biseksual tidak boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.
“Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin,” katanya.
Sementara itu Zahrain, berkata kehadiran beliau bersama pemimpin lain pada sidang media itu bagi membuktikan sokongan mereka terhadap pendedahan Nallakaruppan.
“Kita lebih mengenali Anwar dan kita tidak mahu rakyat terus ditipu. Sebab itu saya akan bersama-sama dengan beberapa pemimpin lain untuk menjelaskannya kepada rakyat,” katanya.
Pengasas PKR, Ng Lum Yong yang turut hadir pula berpendapat kes saman itu bukan antara Anwar dengan Nallakaruppan, sebaliknya antara pemimpin pembangkang itu dengan rakyat Malaysia.
Bekas setiausaha politiknya, Annuar Shaari pula menyifatkan hubungan Anwar dengan Nallakaruppan sangat akrab dan pasti tahu banyak mengenainya.
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Md Arip pula secara sinis berharap Anwar tidak lagi cuba berselindung di sebalik nama besar ulama Yusof Al-Qardawi dalam menghadapi kes biseksual itu. - Berita Harian Online