| Ben Affleck |
Ben Affleck yang bakal muncul di dalam filem Batman telah berjaya memenangi hati jutaan penganut agama Islam seluruh dunia apabila mempertahankan agama tersebut di dalam rancangan televisyen bersama Bill Maher. Seorang lagi tetamu di dalam rancangan tersebut iaitu Sam Harris tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.