Showing posts with label HANTU. Show all posts
Showing posts with label HANTU. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

HANTU BERBULU DIPAMERKAN PADA UMUM DI SIANG HARI...!!!


Hantu Berbulu Berjaya Ditangkap Di Indonesia

Gambar hantu berbulu ini dikatakan di tangkap oleh seorang bomoh dari indonesia Di Pasir Putih Situbondo, Jawa Timur, kemudian di ikat di pokok di kawasan kampung mereka untuk tontonan umum.

***Kata orang, hantu bila hari dah siang, akan hilang.... tp apsal hantu tu steady je ekkk.... hantu ke orang utan??? Ishhh!!! Bulan Ramadhan pun ada hantu jugak ke...???

Monday, 9 July 2012

RUMAH HANTU TERBESAR DAN PALING SERAM DI DUNIA... ADA BERANI???

Rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.  Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.




Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 
2 - 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.  Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :