Teka teki sejak sebulan yang lalu akhirnya terjawab apabila Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan bahawa kontrak Datuk Roshidi Hashim sebagai Datuk Bandar Ipoh disambung lagi.
Menurut Dr. Zambry, kontrak Roshidi yang tamat 23 Julai lalu disambung bagi tempoh setahun sehingga 2013.
Ini merupakan penggal kelima Roshidi menjadi Datuk Bandar sejak mula dilantik pada tahun 2008.
Kontrak penyandang jawatan Datuk Bandar kini memasuki perubahan apabila ianya diperbaharui setiap tahun. Dulu ia untuk tempoh dua tahun.
