Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

SURAT WASIAT JACKO DIPALSUKAN...???


KISAH anggota-anggota keluarga Michael Jackson berantakan bukan suatu perkara baru. Walaupun Raja Pop itu telah meninggal dunia tiga tahun lalu, masih ada cerita-cerita yang kurang enak didengar dalam keluarga itu.

Antaranya tentang surat wasiat daripada Michael. Menurut sumber kepada Aceshowbiz, adik-beradik mendiang, iaitu Janet, Jermaine , Tito, Randy dan Rebbie, yakin surat wasiat yang pernah dikeluarkan oleh Michael adalah surat palsu.

Kata mereka pernyataan dalam surat wasiat itu tidak benar-benar berasal daripada Michael. Dalam surat tersebut, disebutkan bahawa harta kekayaan Michael akan diwariskan pada ibunya, Katherine dan tiga anak Michael iaitu Paris, Prince dan Blanket.

Kecurigaan itu muncul saat melihat tempat dan tarikh surat itu dikeluarkan iaitu di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 7 Julai 2002. Kata mereka, ketika itu Michael diketahui sedang berada di New York.

"Tidak mungkin dan tidak masuk akal dia boleh berada di dua tempat dalam waktu yang sama," ungkap Jackson bersaudara dalam surat mereka kepada sumber Aceshowbiz.

Monday, 11 June 2012

CANTIK...POPULAR.... TAPI BERGADUH....!!!

 

Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.
Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.
“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”
“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”
Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.
“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.
Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?
-ROTIKAYA-
**Kalau dah artis.... pempuan pulak tu....kalau tak kontroversi lambat popular pulak kan..... huh!

Sunday, 27 May 2012

SIAPA ARTIS TABUR JANJI PASLU DI IPOH..???



“Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,” kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, program itu ternyata indah khabar daripada rupa apabila artis berkenaan yang bertindak sebagai pengarah teknikal gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Dia yang dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air turut mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian dengan majlis pelancaran disempurnakan wakil kerajaan negeri.

“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.

Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.

“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.

“Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku,” katanya.

Dia berharap mangsa lain tampil mengemukakan bukti membabitkan penyelewengan artis itu. Selain mengemukakan masalah kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak, dia mempertimbangkan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu tidak diselesaikan.

“Saya tidak kisah sangat soal wang... cuma bimbang jika perkara ini tidak dipandang serius, ia akan berlaku kepada orang lain pula pada masa akan datang.

“Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Maulad, 20, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka pengalaman pertama menempuhi alam pekerjaan menjadi igauan buatnya apabila tidak dibayar gaji.

“Ini kali pertama saya bekerja... apabila ditanya soal gaji, semua senyap, seolah-olah tiada apa berlaku. Saya masih memegang kunci pejabat, namun selepas membuat tinjauan di situ, semua barang dan dokumen penting milik syarikat dipindahkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro