Tuesday 27 February 2018

ADAKAH ANAK PENAGIH SYABU? KENALI TINGKAH LAKUNYA...

''Depan mak ayah pijak semut tak mati''- Mak ayah perlu tahu tanda-tanda kemungkinan anak anda dibawah pengaruh syabu

Sungguh membimbangkan selepas angka belia terlibat dengan penyalah gunaan dadah semakin meningkat saban hari, ribuan kes berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, dan angka sebenarnya lebih besar dengan kes-kes yang belum berjaya dikesan.
Pernah penulis terjumpa kes seorang remaja perempuan yang terlibat dalam penyalah gunaan dadah, depan orang tuanya bukan main baik sampai memang tidak menimbulkan sebarang syak, tapi dibelakang hanya tuhan yang tahu penglibatannya dalam najis dadah ini.

Dadah kini tidak mengenal usia, tidak kira seseorang itu berpendidikan tinggi atau rendah, kaya atau miskin, ada yang masih dibangku sekolah rendah pun sudah terlibat, ada di Institut Pengajian tin ggi turut terlibat dan ada yang tidak berkeja terlibat, keadaan ini menimbulkan masalah sosial yang amat teruk, kes kecurian meningkat, kes ragut, kes rompakan dan pelbagai lagi demi mencari wang untuk membeli bekalan dadah.
Ibu bapa jangan pandang sepi, awasi anak-anak anda tidak kira lelaki atau perempuan kerana mangsanya tidak kira jantina, jadi bagaimana hendak kenalpasti tanda-tanda kemungkinan anak anda terlibat atau dalam pengaruh dadah.
Penulis kongsikan bagaimana untuk kenal seseorang itu dibawah pengaruh dadah syabu/ methamphetamine/ ice// batu atau serbuk kristal seperti gambar di bawah seperti yang dikongsikan oleh pihak  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah.

Baca seterusnya.... DI SINI


No comments: