Saturday 3 December 2016

SEBAR AJARAN SESAT : PAKCU AKHIRNYA BERJAYA DIBERKAS


KUALA PILAH  :  Sekian lama menjadi buruan, lelaki warga emas yang disyaki mengetuai ajaran sesat di negeri ini, Baharin Saleh, 89, atau lebih dikenali sebagai Pakcu Baharin ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), kelmarin.


Baharin ditahan ketika menyampaikan ceramah agama kepada pengikutnya di sebuah surau di Lubuk Mengkuang, dekat Seri Pilah, di sini, jam 10.30 malam.

Baharin dikehendaki JHEAINS berikutan ajaran disampaikan bercanggah daripada pengertian al-Quran, tidak memiliki tauliah dan dipercayai memiliki kitab sendiri.
Disebabkan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memfatwakan ajaran dibawa Baharin sebagai sesat dan melanggar akidah pada 1990-an.
Lebih 20 tahun berlalu, Baharin dianggap kebal kerana usaha pihak berkuasa menahannya menemui kegagalan akibat kebocoran maklumat.

No comments: