Friday, 18 November 2016

TERIMA DANA LUAR NEGARA UNTUK RBA FITNAH KERAJAAN


Aktivis Sosial, Tunku Abdul Aziz mendedahkan bahawa jentera media maya DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army (RBA) telah menerima dana dari luar negara untuk beroperasi.


Tunku Aziz yang merupakan bekas Naib Pengerusi DAP juga mendedahkan, bahawa selain diberikan upah yang banyak, Red Bean Army juga ditugaskan untuk mencetuskan propaganda didalam media bagi menjatuhkan imej kerajaan.

Beliau menjelaskan, RBA telah menjadi sebahagian dari konspirasi DAP untuk melemparkan dakyah-dakyah liar kepada umum, khususnya kepada remaja-remaja yang baru berjinak-jinak didalam politik.

RBA juga akan menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak benar tentang setiap polisi kerajaan serta menyebarkan persepsi buruk mengenai setiap isu dan informasi yang ada kaitan dengan kerajaan memerintah.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Hotel Eastin di Bayan Lepas, Tunku Aziz juga menjelaskan bahawa RBA juga dianggap sebagai satu proses teras untuk pembangkang menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Persoalan mengenai kewujudan RBA telah didebatkan sejak bertahun lama didalam dunia politik. Ramai mempersoalkan sama ada benar atau tidak, RBA berkait rapat dengan DAP di P.Pinang.

Ada sesetengah penganalisis politik serta pemimpin kerajaan mendedahkan bahawa, RBA yang dinaungi oleh DAP mempunyai 1000 tentera siber yang berkerjasama untuk melancarkan perang propaganda melalui media siber.

Pada tahun 2005, Perdana Menteri DS Najib Razak secara terbuka melancarkan 'perang' terhadap kumpulan RBA dan menggesa ahli UMNO untuk membuat serangan balas semua fitnah yang disebarkan oleh kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, DAP menafikan semua kaitan dengan RBA dan menolak tuduhan bahawa parti berkenaan membiayai sebarang tentera siber untuk menjatuhkan kerajaan. SUMBER


Post a Comment