Friday 25 November 2016

HIMPUNAN AMAN BANTAH KEZALIMAN MYANMAR KE ATAS ETNIK ROHINGYA


WALAUPUN hujan, tetapi tidak menghalang seramai lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia terdiri daripada wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Parti Politik berhimpun di hadapan Kedutaan Myanmar bagi menyerahkan memorandum membantah kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya di Rakhine.



Mereka berarak sejauh 1 kilometer bermula dari Masjid Tabung Haji sebelum menyerahkan memorandum tersebut yang kemudian hanya diterima oleh pengawal keselamatan kedutaan.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha berucap dihadapan ratusan peserta Perhimpunan Aman Soladiriti Islam selepas menyerahkan memorandum bantahan kekejaman terhadap penganut agama Islam di Myanmar kepada pihak Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR

Antara NGO dan parti politik yang hadir termasuk Aman Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM, Majlis Perunding Islam Malaysia MAPIM, dan Pemuda UMNO Malaysia.



No comments: