Tuesday 25 October 2016

KERAJAAN KURANGKAN SUBSIDI........ PENIAGA MULA SOROKKAN MINYAK MASAK ???


Laporan SH menyatakan bahawa KETIKA pihak berwajib memberi jaminan bekalan minyak masak stabil dan tidak terjejas, ketika itu jugalah kedengaran penjual dan pembeli mengeluh sukar mendapat minyak masak dalam pasaran.  


Rata-rata pusat jualan dikatakan mengalami masalah penyusutan bekalan, hanya tinggal stok lama hingga pekedai terpaksa mengehadkan pembelian maksimum tiga paket setiap pelanggan untuk memastikan bekalan kekal stabil.

Sama ada berlaku pembelian panik atau alasan tipikal iaitu permainan pemborong, ramalan dan cakap-cakap mengenai masalah bekalan minyak bakal terjejas sudah hangat diperkatakan sejak seminggu lalu.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng sebelum ini dilaporkan berkata, dengan kenaikan minyak masak antara 40 sen hingga RM1.90, sudah pasti akan berlaku pembelian panik daripada pengguna sama ada orang perseorangan mahupun peniaga.

Chee Meng berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak masak akan menyebabkan rakyat tertekan setelah harga barang-barang keperluan harian yang lain semakin hari semakin mahal.

Harga baharu minyak masak ini dikatakan akan bermula 1 November ini.

Mengulas lanjut, Chee Meng berkata, pekedai runcit kini gagal memperoleh bekalan minyak masak untuk dijual kepada pengguna. Seterusnya....

Baca juga ... yang ini

Bagaimanapun... Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan.


“Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.
Johari bagaimanapun berkata langkah bagi mengatasi ketirisan subsidi minyak masak perlu diberi perhatian serta memuji ketegasan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu berkenaan.
“Apa yang berlaku subsidi minyak masak kerajaan beri diguna pakai untuk jualan eksport, itu yang kita nak kawal,” katanya.
Pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata lesen perniagaan pemborong dan pembekal minyak masak akan ditarik balik jika mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi mengaut keuntungan.

No comments: