Monday, 26 September 2016

MAYAT LELAKI REPUT TERGANTUNG DITEMUI


KUALA LUMPUR: Mayat reput seorang lelaki ditemui tergantung di sebatang pokok di Taman Tasik Menjalara, Kepong, di sini.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mengejutkan itu kira-kira pukul 5.45 petang Ahad, berikutan bau busuk berdekatan sebuah tangki air.

Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hartamas tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 8.10 malam untuk membawa turun mayat dari pokok itu.

Identiti si mati masih tidak diketahui. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  


- ms

Post a Comment