Monday, 20 June 2016

TERJEMAHAN KEMENANGAN BN DI PRK KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR


Kita sedia maklum bahawa BN menang di PRK Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor. Persoalannya, apakah kemenangan BN dikedua-dua kawasan parlimen ini benar-benar boleh diterjemahkan kepada kemenangan yang disebabkan oleh pemulihan, penerimaan balik rakyat atau kekuatan parti BN itu sendiri?


Atau pun ada perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kemenangan berganda parti BN ini? 

Untuk itu, kita buat perbandingan prestasi calon- calon BN di PRK ini dengan PRU13 yang lepas.
Keputusan PRK Kusla Kangsar
Datin Mastura Yazid (BN) : 12,653 undi  
Najhatussalehah Ahmad (PAS): 5,684 undi 
Ahmad Termizi Ramli (Amanah) : 4,883 undi 
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS): 54 undi 
Undi rosak : 239 undi 
Keluar mengundi : 71.4% 
MAJORITI : 6,969 undi
Kita bandingkan dengan keputusan PRU13 yang lepas:
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar (BN) : 14,218 undi  
Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) : 13,136 undi  
Kamilia Ibrahim (Bebas) : 447 undi 
Undi rosak : 407 undi 
Keluar mengundi : 84.3% 
MAJORITI : 1,082 undi 
Yang jelas ialah jatuhnya peratusan keluar mengundi sebanyak 12.9%(84.3 - 71.4 = 12.9) tetapi ianya satu nilai yang agak konsisten pada mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini dan kita akan dapati bahawajumlah undi calon BN juga berkurangan sebanyak 1,565 undi (14,218 - 12,653 = 1565).

Tetapi dalam masa yang sama, undi popular BN pada PRK kali ini ialah 2,032 undi (12653 - 5684 - 4883 - 54 = 2032) , jauh lebih baik jika dibandingkan dengan undi popular BN pada PRU13 iaitu 635 undi sahaja (14218 - 13136 - 447 = 635). 

Ada peningkatan sebanyak 1,397 undi, di antaranya disebabkan ada pengundi-pengundi yang kali ini mengundi BN dan bukan lagi Pembangkang. Kenapa mereka menukar undi mereka dan menyokong calon BN pula?

Yang pastinya, pembangkang tidak menunjukkan kemampuan untuk menggantikan BN, apatah lagi untuk menjadi wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat setempat seperti calon BN. 

Calon-calon Pembangkang membuktikan yang mereka itu hanyalah calon 'bidan terjun' dan 'touch & go'. Dan percayalah bahawa mereka ini akan menghilangkan diri daripada kawasan parlimen dan akan hanya berada di sana jika mereka dicalonkan sekali lagi.    


Parti PAN pula terang-terangan dilihat sebagai parti suruhan yang melutut kepada parti chauvinis DAP manakala kepimpinan DAP pula sedang berdepan dengan skandal billion ringgit wang rakyat, persoalan tentang korupsi dan salah guna kuasa di Pulau Pinang.

Tetapi kesan yang amat dirasai oleh pihak pembangkang sebenarnya ialah apabila pembangkang tidak lagi satu kapal seperti di PRU13. Tiada lagi satu lawan satu. 

Ini sangat jelas apabila kita dapati bahawa PAS dan PAN terpaksa berkongsi undi yang PAS terima pada PRU13 dan juga berdepan dengan para pengundi yang tidak lagi mengundi Pembangkang.

Dan apabila undi parti pembangkang berpecah dua, maka nilai undi majoriti calon BN menjadi amat tinggi sekali iaitu 6,969 undi (12653 - 5684). Perkara ini juga berlaku di PRK Sungai Besar apabila calon BN mendapat undi majoriti yang sangat tinggi iaitu 9,191 undi (16,800 - 7609).

Seperti di Kuala Kangsar, berlaku perpecahan undi di antara PAS dan PAN yang sangat sgnifikan dan menguntungkan BN di Sungai Besar jika dibandingkan dengan keputusan di PRU13.

Kita buat perbandingan di antara PRK dan PRU13:

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016

Budiman Mohd Zohdi (BN) : 16,800 undi 
Azhar Abdul Shukur (AMANAH) : 7,609 undi 
Abdul Rani Osman (PAS) : 6,902 undi 
Undi rosak : 379 undi 
Keluar mengundi : 74.3% 
MAJORITI : 9,191 undi
Keputusan Sungai Besar di PRU13:
Noriah Kasnon (BN) : 18,695 undi 
Mohammed Salleh M Husin (PAS) : 18,296 
Undi rosak : 690 
Keluar mengundi : 87.96% 
MAJORITI : 399 
Kita lihat bahawa peratusan yang keluar mengundi turun sebanyak 13.66% dan jumlah undi calon BN menurun sebanyak 1,895 undi (18695 - 16800). Tetapi jumlah undi popular calon BN meningkat sebanyak 1,890. Undi popular BN pada PRK ialah 2,289 undi (16800 - 6902 -7609)manakala hanya 399 undi popular (18695 - 18296) pada PRU13. 

Dan penyebab kepada peningkatan undi popular di PRK Sungai Besar ini mungkin hampir sama dengan di PRK Kuala Kangsar dan sepatutnya akan menyebabkan kerajaan Selangor bertambah kucar kacir kerana mereka bertanding sesama sendiri di Sungai Besar.

Manakala apabila undi pembangkang berpecah dua kepada PAS dan PAN dan bukan lagi PAS sahaja semasa PRU13, maka undi majoriti BN menjadi begitu tinggi sekali (9191).

Tetapi diharapkan agar kepimpinan dan jentera BN tidak menjadi komplesen apabila melihat nombor 6969 di PRK Kuala Kangsar dan 9191 di PRK Sungai Besar. Malah jentera BN perlu bekerja lebih keras lagi.

Realitinya, BN mendapat lebihan sebanyak lebih kurang 2,000 undi sahaja di kedua-dua PRK parlimen. Malah, pada PRU 14 yang akan datang, tidak mungkin akan wujud pertandingan 3 penjuru di antara parti-parti politik di semua kawasan parlimen di Malaysia. SUMBER

Post a Comment