Thursday, 16 June 2016

RAFIZI TERNYATA 'SOTONG LEMBIK' !!!


KUALA KANGSAR- Sidang media Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar, semalam kecoh apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihalang daripada menghadiri majlis tersebut.


Kekecohan yang berlaku kira-kira 15 minit itu bermula apabila beberapa petugas Amanah menghalang Rizal memasuki tempat sidang akhbar atas alasan beliau tidak mendapat sebarang undangan daripada parti itu.

Rizal ketika ditemui pemberita berkata, tindakan Rafizi itu sama sekali berbeza dengan personalitinya yang dikatakan berfikiran terbuka dan tidak menyekat hak kebebasan bersuara.

"Kebebasan media dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Rafizi hanya pembohongan dan retorik semata-mata. Terbukti dia tidak menerima kehadiran saya," katanya.

Menurut beliau, tujuan kedatangannya adalah untuk mendengar sendiri penjelasan Rafizi berhubung isu jet peribadi yang dikaitkan dengan Rosmah.

"Saya datang sendiri ke sini nak dengar apa yang dia cakap supaya saya boleh ambil nota, dan saya boleh sediakan jawapan yang sepatutnya bagi menjawab segala tuduhan," katanya.

Beliau berkata, laporan polis berkemungkinan dibuat dan ia berdasarkan laporan yang diperolehi daripada pihak media.

"Akan tengok untuk buat laporan bergantung pada laporan media yang boleh melaporkan berita sepenuhnya," katanya.

Ditanya sama ada menghadiri Pentas Perdana Pakatan Harapan Amanah yang turut dihadiri Rafizi selaku penceramah, katanya, ia bergantung atas jemputan Rafizi.

"Insha ALLAH, kalau dijemput saya akan hadir dan duduk di bahagian paling hadapan," katanya.

Post a Comment