Saturday 11 June 2016

2 IMPIAN KAK MAS UNTUK ORANG KUALA TELAH DITUNAIKAN


Baru semalam,Khamis Datin Mastura Yazid adakan sidang akhbar umum lima hajatnya dalam memperjuangkan harapan orang Kuala Kangsar jika dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.



Siapa sangka esoknya Jumaat dua dari lima hajat itu sudah tertunai.

Ia tentu menjadi berita gembira bagi orang Kuala Kangsar.

Bayangkan kawasan itu kini sudah mempunyai sebuah universiti.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan sehari beliau ke Kuala Kangsar Jumaat bahawa Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dinaik taraf jadi sebuah universiti penuh berkuatkuasa serta merta dan akan dapat geran kerajaan.

Seperti yang tertera dalam risalah ( gambar atas) hajat Mastura nombor satu ialah menaiktaraf kolej berkenaan jadi sebuah universiti.

Kolej kendalian kerajaan negeri Perak itu yang ditubuh pada tahun 1999 asalnya bernama Kolej Islam Darul Ridzuan.

Kampus tetapnya yang  terletak di Chandan Putri,Bukit Chandan tidak jauh dari Istana Sultan Perak  siap dibina pada 2008 dengan kos RM66 juta.

Najib pada majlis ringkas sebelum solat Jumaat di masjid kampus berkenaan umum nama barunya kini ialah Universiti Sultan Azlan Shah.

Serentak dengan itu hajat kedua Mastura bagi mendapatkan kelulusan segera untuk projek jambatan Manong juga tertunai.

Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kariah masjid dan penduduk setempat di Masjid Nurul Huda, Manong petang Jumaat umum meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi membina Jambatan Manong bagi menyeberang Sungai Perak dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer.

Najib akui permintaan bagi membina jambatan itu sudah lama dibuat penduduk di Manong dan kerajaan sedar ia sememangnya menjadi satu keperluan bagi masyarakat di situ.

Jambatan berkenaan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 500 penduduk daripada 100 keluarga yang terdiri daripada kalangan pekebun getah dan kelapa sawit untuk berurusan di Pekan Manong atau untuk ke bandar Kuala Kangsar.

Kini penduduk sekitar kena guna bot penambang untuk menyeberang Sungai Perak dan laluan darat untuk ke Pekan Manong adalah sejauh 45 kilomiter.

Tiga lagi hajat Mastura yang akan diperjuangkan untuk orang Kuala Kangsar ialah memohon kelulusan bagi membesar dan melebarkan jalan Manong ke Kuala Kangsar.

Menaik taraf hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar.

Membangun semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.


1 comment:

Unknown said...

Adakah UNIVERSITI itu boleh mengenyangkan perot....???
Kalau KAK MAS berjaya turunkan harga sayuran di pasaran,
ini baru boleh dikatakan IMPIAN JADI KENYATAAN.
Harga sahyur pun dah melambong tinggi, nak buat apa
bina universiti banyak-banyak.............??????

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) juga perlu menurunkan segera harga sayuran yang kini dilaporkan meningkat sehingga 350 peratus.
“CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.
“CAP juga berulang kali menggesa Fama agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyenaraikan harga sayuran yang meningkat sempena Ramadan ini.
Harga untuk daun sup yang asalnya RM4 kini naik kepada RM18, daun bawang daripada RM6 kepada RM12, manakala serai daripada RM3.50 naik kepada RM8. -ismaweb