Thursday 12 May 2016

IRSYAD MANJI PEJUANG LBGT KAHWIN SESAMA JANTINA

Irsyad Manji Pejuang LGBT Kahwin Dengan Pasangan Sejantina

SUBHANALLAH. Irsyad Manji, wanita pejuang LGBT, feminisme dan  berideologi Liberal, telah berkahwin dengan pasangan sejantinanya yang juga merupakan tunangnya dikenali sebagai Laura.


Penulis Kanada ini telah berkahwin di Hawaii pada Sabtu lepas.
Maha suci Allah dari perbuatan terkutuk seperti ini. Sesungguhnya Allah telah melaknat perbuatan sumbang mereka.
Hadis diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda;

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan seperti perbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa saja yang melakukan seperti paerbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa saja yang melakukan seperti perbuatan kaum Luth” [HR Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 (no. 7337)]
Yang hairannya, masih ada yang mahu menjemput beliau berceramah di Malaysia. – sumber asal MYNEWSHUB.CC
#NoLGBT
#AllahLaknatLGBT
Untuk pengetahuan, Irshad Manji, lahir di Uganda.  Ayahnya berasal dari India dan ibunya dari Mesir.  Awal 70an dahulu ketika pemerintahan Presiden Idi Amin Dada telah berlaku kacau-bilau dan huru-hara politik di Uganda.  Keluarga Irshad antara yang dihalau dari Uganda ketika itu dan telah melarikan diri ke Kanada.  Ketika itu Irshad baru berumur 4 tahun.  Beliau dikatakan mendapat didikan agama Islam dan sekular di Vancouver, Kanada.
Pada tahun 2012, buku tulisan Irshad yang diterjemah ke bahasa Melayu bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’ telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Dalam buku tulisannya ‘The Trouble with Islam Today’, Irshad Manji mempersoalkan kesempurnaan Al-Quran dan mempertikaikan kemaksuman Rasulullah SAW.
Irshad juga meremeh-temehkan kefarduan solat dan mempromosikan gejala seks songsang dalam bukunya itu.

No comments: