Thursday 5 May 2016

HELIKOPTER HILANG DALAM PENERBANGAN BAWA ORANG KENAMAAN KE SARAWAK


KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan Timbalan Menteri didapati hilang ketika dalam perjalanan ke Kuching petang tadi.


Difahamkan helikopter tersebut didapati hilang setelah berlepas dari SMK Spaoh, Betong.

Helikopter berkenaan dikatakan hilang dari radar kira-kira jam 5.00 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.

Berikutan itu gerakan mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat lanjut diperolehi. - Sarawakiana




Helikopter itu dipercayai  membawa dua orang Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ini dilaporkan berlepas dari padang Sekolah SMK Spaoh sebelum dilaporkan hilang di kawasan Triso, Sebuyau.

Pihak DCA juga telah melaporkan mengenai kehilangan sebuah helikopter yang membawa orang kenamaan ke Sarawak.


Sebuah helikopter hilang di Sarawak. - KP DCA
Di percayai, semasa kejadian, cuaca dilaporkan hujan dan berangin. Pesawat yang membawa 5 orang penumpang dan seorang juruterbang ini sehingga kini masih belum ditemui dan usaha mencari sedang diusahakan.
Kita nantikan berita selanjutnya....

No comments: