Friday 22 April 2016

RAYANI AIR TAK BAYAR GAJI KAKITANGAN RM 1.5 JUTA MALAH TIDAK MENCARUM DI KWSP RM 900K ???


SERAMAI 416 kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air mengadakan sidang media hari ini berdekatan dengan ibu pejabat Rayani Air bagi menuntut gaji yang dijanjikan oleh pihak pengurusan.


Kakitangan tersebut menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Ravi Alagendran dan isteri Karthiyani Govindan untuk menjelaskan bayaran gaji mereka yang tertunggak pada 28 Mac lalu sebelum Selasa depan.
Menurut Zulkalnain Azdan pada sidang media di sini hari ini, beberapa tarikh telah dijanjikan oleh pihak pengurusan namun tidak ditunaikan.
Kakitangan Rayani Air
Zulkalnain Azdan
“Pihak pengurusan telah menjanjikan beberapa tarikh pembayaran gaji kepada kami.
“Antara tarikh yang dijanjikan oleh pihak pengurusan termasuk 28 Mac, 2 April, 5 April, 7 April, 11 April dan beberapa tarikh lagi, namun sehingga kini kami masih belum memperoleh sebarang jawapan daripada mereka,” kata Zulkalnain.
Tambah Zulkalnain lagi, selain isu gaji terdapat beberapa lagi isu penipuan lain yang melibatkan kakitangan Rayani Air, antaranya berkenaan dengan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang telah diselewengkan sejak pertama kali mereka memasuki syarikat itu pada September tahun lalu. Namun telah membuat laporan polis berkaitan kes tersebut.
DSC08659
DSC08674
DSC08678
Kegagalan pihak Rayani Air melunaskan bayaran‎ gaji kakitangannya pada waktu yang ditetapkan menyebabkan sebilangan pekerja syarikat penerbangan itu enggan meneruskan tugas seperti biasa.
Seorang peguam telah dilantik bagi menjalankan tuntutan undang-undang sekiranya gaji kakitangan Rayani Air tidak dapat dijelaskan seperti yang dimaklumkan iaitu pada Selasa depan.
Dalam kes sebelum ini, Ravi telah menerima notis tiga bulan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atas masalah yang dihadapi melibatkan kewangan sehinggakan mengganggu operasi penerbangan syarikat tersebut.
‎Kegagalan tersebut menyebabkan lumpuhnya operasi Rayani Air, selain menyebabkan syarikat penerbangan itu kehilangan pelabur dari luar negara. -MYNEWSHUB.CC
- MyNewsHub

No comments: