BANGI, Selasa – Tidak cukup dengan bantahan biadab oleh Hindraf, MIC dan DAP, kini pemimpin parti Cina MCA pula campur tangan dalam isu Dr Zakir Naik.
Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun meminta pihak polis mengekalkan larangan terhadap ceramah Dr Zakir Naik dan juga mengkritik PAS kerana memperjuangkan hudud di Kelantan.
“MCA sentiasa berusaha menguatkan keharmonian kaum dan keamanan selari dengan konsep 1 Malaysia.
“Sebab itu kami menentang ideologi PAS dan hudud Kelantan kerana kami percaya ia menggugat keharmonian dan toleransi.
“Atas alasan sama, kami juga menentang Dr Zakir dan meminta pihak polis kekal dengan keputusan menghalang ceramahnya dan jangan tunduk dengan tekanan politik oleh PAS,” katanya.
Mei Fun juga mendakwa sesetengah orang Islam berpendapat bahawa Dr Zakir adalah seorang yang kufur berikutan beberapa kenyataan beliau sebelum ini yang memuji Osama Bin Laden dan berkata bahawa al-Quran membolehkan kumpulan militan Daesh untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan.
Katanya, malah negara seperti United Kingdom dan Kanada telah mengharamkan Dr Zakir dari berdakwah di sana.
“Kata-kata dan ideologi yang merendahkan martabat adalah bukan apa yang rakyat Malaysia mahu. Kami tidak menyokong keganasan, dan kami juga tidak menidakkan hak-hak wanita, ” kata Chew.
Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membenarkan pendakwah Dr Zakir mengadakan syarahan umum di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya. -ismaweb
No comments:
Post a Comment