Saturday, 30 April 2016

DR. ZETI AKHTAR AZIZ - SATU LEGASI

Rakaman ucapan penghargaan dari Bank Negara.
Rakaman ucapan penghargaan dari Bank Negara.

Berakhirlah satu legasi, satu ikon yang diiktiraf seluruh dunia dalam masa sama dia juga salah seorang dari 10 individu paling berpengaruh  didunia perbankan, Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz meninggalkan BNM pada pukul 7.40 pm tadi setelah berkhidmat selama 16 tahun sebagai Gabenor BNM dan 35 tahun di BNM.

Tanggal 29 April, menjadi hari terakhir Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, mencurahkan khidmat baktinya.

Pastinya kecemerlangan yang dicatatkan beliau akan menjadi legasi yang akan terus dikenang seluruh rakyat Malaysia.

Netizen membanjiri akaun Facebook rasmi Bank Negara untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Zeti.


Antara komen dan ucapan selamat tinggal di Facebook Bank Negara Malaysia.
Antara komen dan ucapan selamat tinggal di Facebook Bank Negara Malaysia.


Zeti disifatkan ramai sebagai berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan cukup baik, malah menjadi inspirasi buat kaum wanita secara khususnya.

Twitter juga turut dibanjiri dengan ucapan yang sama, malah ramai juga menggunakan hashtag #zetiaziz untuk menyampaikan rasa terharu dan ucapan selamat tinggal.

Tan Sri Zeti memulakan tugasnya sebagai Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 2000, dan tempatnya bakal digantikan oleh Datuk Muhammad Ibrahim.

Post a Comment