Ini kisah menyayat hati dan inilah bukti trajis kenapa dadah itu wajib dicegah. KISAH ini dikongsikan oleh Portal MyNewsHub mengenai seorang bekas penagih dadah yang menghidap HIV ditinggalkan hidup bersendirian di sebuah rumah oleh ahli keluarganya di Johor Bahru mendapat simpati netizen di media sosial.
Menerusi pautan di sebuah page Facebook, lelaki yang lumpuh seluruh badan ini berada dalam keadaan menyedihkan ketika ditemui, di mana tangan dan hidungnya telah dimakan ulat.
Difahamkan, mangsa telah ditinggalkan oleh keluarganya selama setahun setengah dan hanya bergantung hidup dengan bantuan jiran-jiran yang prihatin.
Bagaimanapun apabila keadaan lelaki itu semakin teruk dan berbau, jiran-jirannya tidak lagi berani membantunya kerana bimbang penyakit yang dihidapnya akan berjangkit pada mereka.
Justeru penduduk-penduduk Blok 14, Taman Desa Mutiara memohon pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor turun memberikan bantuan kepada lelaki ini.
“Pihak jiran sudah cuba mengesan warisnya tetapi gagal. Dia tinggal seorang dan tidak berupaya menguruskan dirinya. Jiran-jiran nak beri makanan pun sudah takut sekarang. Mereka khuatir jika penyakitnya berjangkit. Keselesaan penduduk juga amat terganggu dengan bau busuk najis dan bunyi jeritan lelaki ini,” kata sumber.
Menurut penduduk, mereka tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa tetapi mahu pihak berwajib memberikan pembelaan yang sewajarnya.
Salah seorang jiran Zuraidah Arbain berkata, lelaki bujang tersebut sebelum ini adalah penagih dadah tegar sehingga disahkan menghidap HIV positif.
“Dia ni bujang, ada mak dan adik perempuan sahaja. Bapanya telah lama meninggal dunia. Dia penghidap HIV atau Aids. Dia juga penagih dadah tegar. Dulu dia tinggal bersama mak dia. Tetapi mak dia merajuk sebab selalu dicaci maki oleh anak sendiri. Adik perempuan dia sudah berkahwin.
“Jangan cakap kami jiran tak peduli. Dia sudah terlantar lebih setahun setengah. Jiran-jiran yang banyak menolong. Sudah banyak kali menghubungi ambulans, tetapi mereka hanya datang sekejap sahaja. Hospital kata, dah tak boleh buat apa sebab dah capai tahap teruk. Hanya doa dan pengampunan dari ibunya sendiri yang diperlukan. Semoga Allah mengampuni segala dosa dia,” katanya.
Tidak sampai 24 jam dimuat naik, kisah lelaki ini telah mendapat 3,184 perkongsian dan lebih 1,300 komen.
Lagi gambar-gambar, sila klik link portal.
No comments:
Post a Comment